Son Heung-min baru-baru ini berjaya memenangi anugerah kasut emas Premier League pertama dalam kariernya dan kini beliau juga berpotensi untuk memenangi hadiah Nobel keamanan.
Bintang Tottenham Hotspur itu berjaya menjaringkan gol yang cukup padu menerusi sudut sepakan percuma untuk Korea Selatan ketika aksi bertemu Chile.
Gol itu secara tak langsung merupakan gol ke-32 beliau dari 100 penampilan bersama skuad Korea Selatan.
Son Heung-min was awarded the Cheongnyong Medal, his country’s highest sporting honour, by South Korea’s president 🎖 pic.twitter.com/hSsY2Ct0EO
— GOAL (@goal) June 3, 2022
Selain N’Golo Kante dan Sadio Mane, Son Heung-min juga turut dikenali sebagai antara pemain yang paling merendah diri dalam dunia bola sepak.
Terbaru, beliau dipuji ramai kerana berjaya meleraikan pergaduhan sesama sendiri antara dua pemain Chile ketika kedua-dua pasukan itu bertemu semalam.
Paulo Diaz dan Benjamin Kuscevic kedua-duanya dilihat saling maki memaki antara satu sama lain di tengah padang ketika permainan sedang berlangsung.
Dari saling maki memaki, kedua-dua mereka kemudiannya saling berdepan dan berpotensi untuk bertumbuk di tengah-tengah padang.
Walau bagaimanapun, ketua pasukan Korea Selatan, Son Heung-min memainkan peranan yang cukup penting dalam meleraikan pergaduhan tersebut.
Sonny’s freekick 🇰🇷😮💨 pic.twitter.com/v1hKw3UFR7
— 🇦🇷 (@thfcsxn) June 6, 2022
Son segera meleraikan pergaduhan itu dan memisahkan kedua-dua pemain Chile itu supaya tidak bertumbuk.
Tindakan pantas Son Heung-min berjaya memisahkan kedua-dua pemain itu dan lebih menakjubkan lagi beliau bertindak lebih cepat berbanding pemain Chile yang lain sendiri.
True captain https://t.co/hEdGBSFspn
— Bima Prawira Utama (@bimaprawira) June 7, 2022
Heung-min Son being peacemaker amongst two rivals Chilean on verge of starting a brawl.
This guy seriously, it’s Son and it’s the Holy Spirit pic.twitter.com/izpGuRmzgw— Tancredi Palmeri (@tancredipalmeri) June 7, 2022
Para peminat di media sosial dengan segera membincangkan hal tersebut dan mereka turut menghamburkan pujian menggunung kepada bintang Korea Selatan itu.
Ada peminat bahkan turut mencadangkan supaya Son Heung-min dihadiahkan dengan hadiah Nobel keamanan atas sikap mula dan terpuji yang beliau persembahkan.
“Berikan hadiah Nobel keamanan kepada dia, dia memang berhak untuk dapatkannya.”
“Sikap kemanusiaan yang sangat terpuji dan Son berhak untuk dianggap pemain paling mulia dalam dunia bola sepak.”
“Son memang selalu buat kita rasa kita tak boleh benci dia, dia sangat baik dan sangat merendah diri.”
“Walau bukan rakan sepasukan dia, tapi dia tetap cuba untuk tenangkan mereka, kalau dia abaikan ia tentu akan beri kelebihan kepada pasukan dia.”
“Dia layak diberikan hadiah Nobel keamanan, memang layak. Sikap spontan yang sebenarnya memberi banyak makna.”
Son Heung-min is so wholesome ❤️ pic.twitter.com/NMO5Gl2OoO
— GOAL (@goal) June 2, 2022
Chile sememangnya mempunyai masalah dari segi disiplin mereka dalam perlawanan persahabatan ini dengan Alex Ibacache turut dilayangkan kad merah selepas rehat separuh masa.
Son berjaya menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan permainan dengan menjaringkan gol yang sungguh luar biasa menakjubkan.
WHAT A FREE-KICK! @Sonny7's goal for South Korea (v. Chile): 100 caps, 32 goals now for the Tottenham legend ⚽️👏 #COYS #THFC #Son #손흥민pic.twitter.com/giRAKYzOby
— Chris Cowlin (@ChrisCowlin) June 6, 2022
Bekas bintang Bayer Leverkusen dan Hamburg itu sememangnya sentiasa mengukir senyuman di bibir manisnya itu dan sangat sukar sebenarnya untuk melihat beliau marah.
Walau bagaimanapun, pada Jun 2020 yang lalu, Son sebenarnya pernah terlibat dengan satu insiden pergaduhan dengan rakan sepasukannya, Hugo LIoris.
LIoris bengang kerana Son tidak melakukan pressing dan kedua-dua mereka dilihat bergaduh besar ketika sedang berjalan masuk ke terowong.
Kedua-dua mereka kemudiannya dipisahkan oleh para pemain Spurs sebelum mereka kembali berdamai.
Another angle of Hugo Lloris & Son being separated at half-time 🤬 pic.twitter.com/QpeIAgLmvi
— Football Daily (@footballdaily) July 6, 2020
Tindakan kedua-dua mereka yang segera saling bermaaf-maafan mendapat pujian dari pengurus mereka pada ketika itu, Jose Mourinho.
"A little cuddle, all friends again in the Spurs team." 🤗
Hugo Lloris and Son Heung-min appear to have made up during the interval. 👀 pic.twitter.com/sX4YU2tjBm
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) July 6, 2020
Jose Mourinho menganggap tindakan kedua-dua anak buahnya itu sebagai sebahagian dari keindahan dalam dunia bola sepak.
Kerana sikap beliau itu jugalah Son Heung-min menjadi antara pemain paling disayangi oleh penyokong Tottenham Hotspur dan tidak dinafikan juga beliau sebenarnya tiada pembenci.
Ketika nama Kevin De Bruyne diumumkan sebagai penerima anugerah PFA Player of The Year, ramai peminat yang mempertikaikan hal tersebut dan menganggap Son pemain paling layak untuk mendapatkan anugerah tersebut.
Sumber: SPORTbible