Steven Gerrard Menamakan Empat Bintang Premier League Yang Beliau Impikan Untuk Beraksi Bersama

Steven Gerrard telah menamakan empat pemain Premier League ketika ini yang beliau sangat berminat untuk beraksi bersama.

Legenda Liverpool itu mendedahkan yang beliau sangat gembira andai diberikan kesempatan untuk bermain bersama empat pemain itu ketika kariernya sebagai pemain dahulu.

​Gerrard merupakan seorang lagi individu berprofil tinggi yang muncul di rancangan The Overlap yang dikelolakan oleh Gary Neville.

Jelas sekali beliau tidak menghampakan peminat dengan Gerrard berjaya membuatkan rancangan tersebut semakin menarik untuk ditonton.

Pengurus Aston Villa itu membincangkan pelbagai topik dengan Gerrard juga turut menjawab 32 soalan pantas yang ditanya oleh Gary Neville.

Dari kariernya sebagai pengurus hingga ke topik perdebatan antara Lionel Messi dan Cristiano dengan Gerrard turut mendedahkan empat pemain yang beliau impikan untuk beraksi bersama.

Legenda Liverpool itu tanpa menunggu lama dengan segera menyebut nama Mohamed Salah sebelum memilih Bruno Fernandes sebagai pemain yang beliau impikan untuk beraksi bersama.

“Mo Salah, Bruno Fernandes, kamu mungkin tak akan setuju dengan itu, tapi saya betul-betul sukakan dia.”

Jelas Gerrard kepada Neville.

Gerrard kemudiannya memilih bintang handalan Manchester City, Kevin De Bruyne dan menganggapnya sebagai salah seorang pemain terhebat dalam dunia bola sepak.

Beliau kemudiannya memilih seorang lagi bintang Liverpool, Virgil Van Dijk sebagai pemain pilihan keempat beliau.

“Kevin De Bruyne, tu dah tentu, 100 peratus, saya rasa dia salah seorang yang terhebat di dunia sekarang.”

“Dari segi pertahanan, saya fikir Virgil Van Dijk, dia merupakan yang terhebat dalam dunia bola sepak pada ketika ini.”

Gerrard kemudiannya telah ditanya soalan paling terkenal dalam dunia bola sepak, yang mana beliau ditanya tentang Messi vs Ronaldo.

Gerrard dengan tenang dan yakin menjawab beliau memilih legenda Barcelona dan bintang Paris Saint Germain itu sebagai yang lebih baik.

“Bagi saya Lionel Messi, tapi saya jenis orang yang tak akan bercakap hal buruk tentang Ronaldo kerana dia juga antara yang terhebat dalam dunia.”

“Mereka berdua ketika era saya memang sungguh hebat… Ketika kamu sendiri sebagai pemain bola sepak dan kamu sudah lakukan untuk diri sendiri, nombor yang berjaya dicatat itu memuaskan hati. Saya tak yakin akan ada sesiapa yang mampu lakukan hal itu lagi.”

Steven Gerrard selepas cemerlang memimpin Rangers dalam saingan Scottish Premiership beliau telah ditawarkan untuk mengurus Aston Villa dalam saingan Premier League.

Beliau ketika ini berjaya untuk mengendalikan Aston Villa dengan baik dan jelas sekali para penyokong Liverpool sangat berharap beliau akan ke Anfield satu hari nanti.

Liverpool sementara itu sedang menikmati musim yang sungguh luar biasa dasyat di bawah kendalian Jurgen Klopp dengan mereka musim ini sudah berjaya menjulang gelaran Carabao Cup.

Liverpool kini sedang dalam usaha mereka untuk menjadi pasukan pertama dalam sejarah bola sepak Inggeris yang akan memenangi gelaran quadruple.

The Reds hari ini akan turun beraksi bertemu Man City di peringkat separuh akhir saingan FA Cup dan jelas sekali mereka bakal lakukan apa saja untuk menang, dan menjulang Piala kedua mereka pada musim ini.

Anak-anak buah Jurgen Klopp itu juga kini berada di peringkat separuh akhir saingan Champions League dengan mereka dijadualkan bakal bertemu Villarreal.

Liverpool dianggap pasukan kegemaran untuk singkirkan Villarreal seterusnya layak ke aksi perlawanan akhir saingan Champions League dan bakal muncul sebagai Juara.

Mereka juga sedang dalam usaha untuk memintas Man City di puncak saingan liga dengan Liverpool kini hanya satu mata sahaja di belakang The Citizens itu.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Gerrard Berjaya Pukau Pimpinan Villa Sejak Dari Hari Temuduga Lagi