Suarez Dengan Jujur Membedal Koeman Hingga Ke Tulang Sumsum

Luis Suarez nyata tidak dapat melupakan hari-hari terakhir beliau ketika bersama Barcelona apabila dengan jujur telah membedal pengurus Barcelona, Ronald Koeman tanpa beralas sehingga ke tulang sumsum.

Pemain penyerang Uruguay itu telah membuktikan bahawa keputusan Barcelona itu salah apabila dengan bergaya membantu Atletico Madrid muncul juara La Liga buat pertama kali sejak musim 2013/14.

Luis Suarez hanya mengetahui beliau tidak diperlukan Barcelona melalui media dan Ronald Koeman memaklumkan beliau sudah tidak diperlukan hanya dengan satu panggilan telefon berdurasi kurang 60 saat.

Beberapa hari selepas menjulang trofi bersama Atletico Madrid, bekas pemain Liverpool itu tiada teragak-agak untuk membicarakan kembali kisahnya disampahkan oleh Barcelona.

Bercakap dalam satu wawancara secara atas talian dengan El Partidazo de COPE, Suarez berkata:

“Koeman, setelah mengatakan bahawa dia tidak lagi bergantung pada aku, kemudian dia beritahu aku ‘jika esok keadaan anda tidak diselesaikan, aku akan bergantung kepada kau untuk perlawanan menentang Villarreal.”

” Aku melihat bahawa dia tidak mempunyai keperibadian. Koeman tak cukup kuat nak bagitau aku tak diperlukan lagi. Keputusan itu datang dari lembaga.”

Jika peminat bola sepak merasakan Suarez seperti disampahkan oleh Barcelona apatah lagi tuan empunya diri yang nyata terkesan dengan layanan buruk dan biadap beliau terima pada ketika itu.

Suarez juga mendedahkan bahawa, Barcelona telah bersemuka secara peribadi meminta beliau supaya Messi kekal namun bila melibatkan dirinya, berita ini hanya diketahui melalui media.

Ketika ditanya lagi siapa yang melayan beliau dengan teruk ketika di Barcelona? Suarez menjawab:

” Yang pertama, presiden Barcelona yang telah bercerita segalanya kepada media berbanding bercakap dengan aku secara peribadi dan beritahu mereka tidak mahukan aku. Kenapa mereka tidak memberitahu perkara ini secara peribadi?”

“Mereka telah menggunakan aku untuk meyakinkan Leo supaya kekal di Barcelona. Tapi kemudian, mereka tidak bercakap terus dengan aku bila perkara itu melibatkan aku.”

Suarez mendedahkan bahaw betapa deritanya beliau apabila telah diarahkan berlatih bersendirian dan berasingan dari skuad utama selepas tiada lagi dalam perancangan.

“Aku menderita apabila Barcelona menghantar aku untuk berlatih secara berasingan.”

Suarez tetap Suarez yang bercadang untuk menghantar gambar kepada Barcelona selepas cemerlang bersama Atletico Madrid muncul juara La Liga musim 2020/21.

“Bartomeu atau mana-mana ahli lembaga pengarah tidak menghubungi aku tapi aku akan menghantar mereka gambar.”

Luis Suarez telah melabel Luis Enrique yang kini menjadi pengurus Sepanyol yang tidak menyenaraikan seorang pun pemain Real Madrid sebagai jurulatih terbaik.

“Luis Enrique adalah seorang jurulatih terbaik yang pernah aku ada. Beliau takde konar-konar dan sentiasa jujur.”

Ketika ditanya adakah Lionel Messi sudah memberitahu beliau samada ada akan kekal atau tidak bersama Barcelona, Suarez sambil ketawa menjawab:

“Belum lagi.”

Diego Simeone merupakan insan paling beruntung dengan kehadiran Luis Suarez di Atletico Madrid dengan kualiti bertaraf dunia yang ada pada pemain penyerang tersebut.

Jurulatih berasal dari Argentina itu tidak berselindung dan sedar Suarez hadir dengan misi membalas dendam membuktikan beliau masih relevan sebagai penyerang berbisa.

Situasi ketika itu menang-menang buat Suarez yang wajib bergelar juara menyertai pasukan yang memerlukan kejuaraan.

“Suarez tiba dengan penuh semangat dan ingin membalas dendam, dia ingin menunjukkan bahawa dia masih berbisa. “

“Bila seorang lelaki sangat inginkan kejuaraan menyertai pasukan yang memerlukan kejuaraan.. Aku fikir tahun ini kami harungi dengan baik.”

Dengan 21 jaringan dan 3 assist, Luis Suarez dan Diego Simeone kini berjaya membawa Atletico Madrid sekali lagi memecah duopoly Real Madrid dan Barcelona di La Liga.

BACA:  Suarez Sedih Dan Menyesal Kerana Pernah Marah Kepada Penyokong Liverpool