Suku Juta Penyokong Perancis Mahu Perlawanan Bertemu Switzerland Diulang Semula

Hampir suku juta penyokong Perancis telah menandatangani satu petition yang menggesa agar UEFA mengulang semula perlawanan di pusingan 16 terbaik antara Perancis bertemu Switzerland.

Peminat mahu perlawanan itu diulang semula kerana merasakan ada kecurangan yang berlaku dan mendakwa skuad kebangsaan mereka telah dizalimi.

Switzerland berjaya menewaskan Perancis 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 3-3.

Para penyokong Perancis yang memang dari awal sudah tidak menerima kenyataan bahawa pasukan mereka kalah, telah mengusulkan satu petition di laman web Perancis, Les Lignes Bougent.

Mereka mendakwa yang penjaga gol Switzerland, Yann Sommer tidak memijak garisan ketika menyelamatkan sepakan penalti Kylian Mbappe, bahkan peminat mengatakan yang beliau berada lebih kedepan berbanding garisan gol.

Ketika aksi penentuan sepakan penalti antara Perancis dan Switzerland itu, penjaga gol, Sommer telah berdiri di hadapan garisan gol sebelum menyelamatkan sepakan Mbappe.

Berikut merupakan petition yang dihantar terus kepada UEFA:

“Kami meminta supaya pihak UEFA membatalkan kelayakan Switzerland dan mengulang semula aksi perlawanan pusingan 16 terbaik. Sukan mesti dimainkan mengikut peraturan yang ditetapkan dan waktu itu peraturan yang ada sama sekali tidak dihormati.”

Agak mengejutkan apabila melihat lebih dari 270,000 penyokong yang menandatangani petition tersebut dan jelas sekali kesemua mereka merupakan golongan yang tak boleh terima kekalahan.

Petition dan permintaan mengarut para penyokong Juara Dunia 2018 itu telah menarik perhatian para media dan peminat seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, rakaman perlawanan itu jelas membuktikan yang bahagian belakang kaki Yann Sommer sememangnya berada tepat di atas garisan ketika Mbappe menghayunkan kakinya untuk merembat bola.

Jadi ia tiada sebarang masalah di situ dan hak untuk Switzerland meraikan kejayaan mereka pertama kali melayakan diri ke peringkat suku akhir dalam kejohanan utama sejak Piala Dunia 1954 tidak boleh dinafikan.

Menurut jawatan kuasa protokol UEFA, sepakan penalti dari Kylian Mbappe itu sememangnya sudah diperiksa oleh VAR sebelum perlawanan itu ditamatkan lagi.

Mereka telah sebulat suara mengesahkan yang tiada masalah berlaku dan tiada bantahan yang akan diterima memandangkan semuanya sudah diperiksa.

Hal ini menyebabkan Les Lignes Bougent terpaksa menghubungi orang pertama yang mengusulkan petition itu untuk memadam semula petition tersebut dari platform mereka.

Rakaman tak jelas yang buatkan peminat Perancis anggap Sommer tak pijak garisan

“Kami bercakap dengan orang yang mengusulkan petition itu dan beri penjelasan kepada dia tentang hal itu dan dia memutuskan untuk menghentikan petition tersebut.”

Tulis laman web tersebut.

“Mari jadikan sukan ini lebih indah. Switzerland sememangnya layak atas kemenangan mereka, dan tidak ada hal yang harus dimalukan oleh Perancis memandangkan mereka berjuang sehingga ke akhirnya.”

Benar, Perancis tak perlu malu kalah penalti, tapi mereka perlu malu dengan sikap dan mentaliti para pemain yang bergaduh sesama sendiri ketika perlawanan berlangsung, bahkan turut melibatkan keluarga mereka.

Selepas tamat perlawanan tersebut, telah tular berita yang menyatakan bahawa ibu kepada Adrien Rabiot telah bertengkar dengan keluarga Paul Pogba dan keluarga Kylian Mbappe.

Ibu kepada Adrien Rabiot, Veronique yang juga merupakan ejennya telah mencetuskan kekecohan selepas beliau dengan bersahaja mengkritik Paul Pogba sebagai punca kepada terhasilnya gol penyamaan pasukan Switzerland.

Selain mencari gaduh dengan keluarga Pogba, beliau turut mencari gaduh dengan keluarga Kylian Mbappe dengan menyuruh orang tua bintang PSG itu supaya mendidik anak mereka menjadi lebih bersopan santun.

Selepas selesai perang mulut dengan bapa Mbappe, Veronique dilaporkan bergaduh pula dengan ibu kepada bintang PSG itu, Fayza Lamara dan hal tersebut disaksikan oleh para wartawan yang ada di tempat kejadian.

Saksi kejadian melaporkan perang mulut antara mereka berlangsung sekitar 20 minit dan mereka bergaduh agak besar juga hingga mencetuskan kekecohan.

Menurut laporan terbaru, terdapat beberapa isu panas lagi yang sebenarnya telah berlaku semasa perlawanan tersebut berlangsung dan selepas tamat aksi kekalahan Perancis itu.

Laporan pertama mendakwa bahawa Rabiot dan Paul Pogba sudah bertengkar terlebih dahulu di atas padang dengan kedua-dua mereka saling berbalas makian

Rabiot dikatakan tidak gembira melihat sumbangan Paul Pogba ketika membantu barisan pertahanan menyerap asakan bertali arus yang dilancarkan oleh Switzerland.

Selain itu, Raphael Varane juga dilaporkan memaki Benjamin Pavard kerana merasakan bintang Bayern Munich itu kerap melakukan kesilapan ketika bertahan.

Benjamin Pavard kemudiannya menyalahkan Paul Pogba kerana tidak bertahan dengan baik dan Varane terus berpihak kepada pertahanan Bayern Munich itu.

Terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa Deschamps turut bertengkar dengan Kingsley Coman ketika perlawanan sedang berlangsung.

Ia kerana Kingsley Coman menolak untuk keluar pada aksi babak pertama masa tambahan, namun Deschamps menyuruh beliau untuk tetap keluar.

Bintang 25 tahun yang dimasukkan pada aksi babak kedua permainan itu mahu tetap terus beraksi walau beliau dikatakan mengalami kecederaan.

Coman hanya mahu mengubah persepsi masyarakat yang memandang beliau sebagai mat kaca dan beliau mahu membuktikan dirinya mampu melakukan sesuatu.

Dek kerana kedegilan Coman untuk keluar, beliau dilihat bertengkar dengan Deschamps di tepi padang sehingga pengurusnya itu berteriak kepadanya dengan menyatakan:

“Tapi kamu tak akan mampu untuk terus bermain Kingsley!”

Didier Deschamps kemudiannya telah mengeluarkan pemain sayap Bayern Munich itu pada minit ke-111 permainan dan digantikan dengan Marcus Thuram.

Yann Sommer Selamatkan Penalti Mbappe

Tidak terhenti sampai di situ sahaja, legenda bola sepak Perancis, Emmanuel Petit turut masuk campur dalam hal tersebut dan beliau telah meletakkan sepenuh kesalahan kepada Pogba.

Bekas pemain midfield Perancis dan Arsenal, Emmanuel Petit telah membincangkan apa yang berlaku di atas padang, dan beliau turut percaya bahawa Pogba telah melakukan kesilapan ketika pasukannya sudah mendahului 3-1.

“Saya tidak begitu faham apa yang sebenarnya berlaku dalam perlawanan Perancis bertemu Switzerland.”

Jelas Petit kepada Paddy power.

“Semasa perlawanan berlangsung mereka hanya bermain dengan baik dalam 20 minit sahaja selepas LIoris menyelamatkan sepakan penalti. Selepas itu, mereka nampak terlalu yakin seolah mereka pasukan yang hebat.”

“Selepas itu, ada satu insiden yang mana Pogba hilang bola dan ia memberikan gol kedua kepada pasukan Switzerland. Perancis terus huru hara.”

“Mereka kehilangan segalanya. Tumpuan, semangat sepasukan, keinginan dan hilang dari perlawanan. Apa yang lebih teruk lagi, mereka mula bergaduh sesama sendiri di atas padang.”

“Memang ada pergaduhan besar antara Adrien Rabiot dan Pogba yang hilang arah, selepas gol kedua Swiss dan saya nampak mereka hilang kawalan hilang keyakinan.”

“Mereka nampak terlalu teruk, sukar untuk saya jelaskan.”

“Kylian Mbappe telah diminta untuk lebih bertanggungjawab sebelum bermulanya kejohanan dan ada timbul isu dia tak nak hantar bola kepada Olivier Giroud.”

Tidak cukup dengan semua masalah ini, penyokong mereka pula menunjukkan kedunguan mereka dengan mengusulkan petition yang tak sepatutnya diusulkan.

Jelas bukan pijak garisan?

Switzerland bukan hanya sudah layak ke peringkat suku akhir, mereka bahkan sudah tersingkir selepas ditewaskan oleh Sepanyol juga menerusi penentuan sepakan penalti awal pagi tadi.

Sepanyol berjaya mara ke peringkat separuh akhir dan mereka dijadualkan akan bertemu dengan Itali yang berjaya menumbangkan Belgium 2-1 awal pagi tadi.

Sumber : Paddy Power

: The Telegraph

: GFFN

BACA:  "Keputusan Jadikan Mbappe Kapten Pasukan Buat Saya Sembelit"- Griezmann