“Tak Berhenti Call” – Barcelona Sangat Berminat Mahu Dapatkan Marcus Rashford

Barcelona dilaporkan sangat berminat untuk menandatangani Marcus Rashford, terutama selepas mereka mendengar tentang situasi bintang England itu di Old Trafford pada ketika ini.

Pemain berusia 24 tahun itu dilaporkan sedang mempertimbangkan tentang masa depannya bersama United pada ketika ini, selepas aksi persembahannya teruk dikritik ramai.

Selepas aksi kekalahan 4-1 Man Utd bertemu Man City, Rashford telah menjadi antara pemain yang paling teruk dikritik selain dari Harry Maguire.

Menurut sumber laporan dari Manchester Evening News, sumber terdekat Rashford ada menyatakan yang telefon bintang England itu tidak henti-henti berdering selepas berita soal masa depannya tersebar.

Ada yang percaya bahawa itu hanyalah cara untuk Rashford mendapat tawaran kontrak baru kerana beliau tidak mahu meninggalkan kelab kesayangannya itu.

Kontrak beliau bersama Manchester United akan tamat pada 2023 nanti, namun Man Utd setakat ini hanya menawarkan tawaran lanjutan kontrak selama satu tahun sahaja kepadanya.

Rashford tampil dalam 26 perlawanan dari semua pertandingan sepanjang musim ini, namun beliau hanya mampu menjaringkan lima gol sahaja setakat ini.

Barcelona sangat berminat untuk mendapatkan khidmat Marcus Rashford dalam usaha mereka untuk memantapkan lagi jentera serangan skuad.

Gergasi Catalan itu baru sahaja menandatangani Ferran Torres dan Pierre Emerick Aubameyang pada jendela perpindahan Januari lalu.

Mereka turut berjaya mendapatkan khidmat Adama Traore dari Wolverhampton Wanderers sebagai pemain pinjaman pada jendela perpindahan Januari baru-baru ini.

Kontrak Ousmane Dembele akan tamat pada musim panas nanti, sementara Luuk de Jong pula akan kembali ke Sevilla.

Terdapat persoalan juga yang timbul berkait masa depan Memphis Depay pada ketika ini, walaupun bekas bintang Man Utd itu baru sahaja ditandatangani pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Rashford juga sebenarnya berjaya menarik minat Liverpool untuk mendapatkan khidmatnya, namun sepertinya hal itu tidak mungkin akan berlaku.

Tidak ada mana-mana pemain yang pernah melengkapkan perpindahan terus dari Manchester United ke Liverpool sejak dari 1964 lagi.

Kedatangan Jadon Sancho dan persembahan semasa Anthony Elanga sepertinya akan membataskan lagi aksi Marcus Rashford dengan beliau turut kerap berada di bangku simpanan sahaja sejak kebelakangan ini.

Elanga dan Sancho diturunkan dalam kesebelasan utama United ketika beraksi bertemu Atletico Madrid kemarin, sementara Marcus Rashford pula sekadar dimasukkan sebagai pemain gantian.

Pengurus interim kelab, Ralf Rangnick menyatakan yang beliau tiada masalah andai Marcus Rashford mahu meninggalkan kelab jika beliau rasa tak gembira di Old Trafford.

“Saya tak fikir ini adalah satu isu dan dia tidak pernah cakap apa-apa tentang itu sejak kami bercakap semalam (minggu lalu).”

Jelas Ralf Rangnick kepada The Guardian.

“Tapi jendela perpindahan sudah tutup sekarang. Tapi jika dia, ejen dia atau keluarga dia ada merancang untuk berpindah ke kelab lain, saya rasa dia boleh lakukan itu tapi pada musim panas nanti. Sekarang jendela perpindahan sudah ditutup.”

“Saya bercakap dengan dia semalam dan sehari sebelum itu jadi saya tak tahu apa-apa tentang dia tak gembira. Dia tak kata apa-apa kepada saya, dia kata kepada saya yang dia masih gembira dan dia mahu beraksi lebih baik untuk kelab.”

“Tak ada langsung dia sebut yang dia tak gembira di sini.”

Melihat situasi masa depannya yang tidak jelas pada ketika ini, Barcelona dilihat cuba memanfaatkan peluang yang ada dengan mereka sedang dalam usaha untuk memujuk Rashford agar ke Nou Camp pada musim panas nanti.

Tidak pasti sama ada dakwaan dari sumber terdekat Rashford itu benar atau tidak, namun jelas sekali tidak akan mengejutkan andai kem Barca benar-benar terus menerus menghubungi bintang United itu untuk memujuknya.

Barca sememangnya sangat terdesak mahu memantapkan skuad sedia ada mereka, dengan Xavi sendiri sudah lama menyatakan minatnya mahu mendapatkan khidmat Rashford.

Adakah Rashford akan kekal di Old Trafford? Atau beliau akan pergi meninggalkan kelab pada musim panas nanti? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Rashford Berhadapan Amarah ETH Selepas 'Libur-Libur' Di Kelab Malam Selama Dua Malam