Michael Carrick mendedahkan tentang bagaimana pengalaman beliau berdepan depression dan bagaimana hal itu mengganggu kariernya bersama skuad kebangsaan England.
Carrick melakukan debutnya bersama skuad kebangsaan England pada tahun 2001 bertemu Mexico selepas mempamerkan aksi persembahan mantap bersama West Ham.
Beliau sempat membuat 34 penampilan secara keseluruhannya bersama skuad kebangsaan England sebelum bersara dari pentas bola sepak antarabangsa.
Adults didn’t understand how good he was at the time neither. England went to a World Cup & tried to get Steven Gerrard to do the role Carrick had done for 10+ years & left him at home 🤦🏽♂️ https://t.co/9QeE4WWmvC
— #TouchlineFracas (@touchlinefracas) May 23, 2021
Walau bagaimanapun, beliau hanya membuat satu penampilan sahaja di pentas pertandingan besar untuk skuad The Three Liones ketika bertemu Ecuador di pentas Piala Dunia 2006.
Ramai peminat yang percaya pengurus seperti Goran-Eriksson, Fabio Capello dan Roy Hodgson sebenarnya tak tahu cara sebenar mahu gunakan Carrick.
Walaupun beliau memiliki kualiti yang menakjubkan sebagai deep-lying midfield dan seseorang yang mampu kawal permainan, Carrick sepertinya sukar untuk mara lebih jauh.
Walau bagaimanapun, bekas pemain Manchester United itu sebenarnya tak suka dengan tugasan antarabangsa dan tak mahu mewakili negaranya.
Pada tahun 2018 yang lalu, Carrick mendedahkan yang beliau menjadi depressed ketika perlu beraksi bersama skuad kebangsaan England.
Dek kerana masalah itu, beliau akhirnya memilih untuk memberitahu FA supaya tidak memilihnya untuk sertai skuad The Three Liones lagi.
“Saya ada dalam skuad untuk tempoh yang lama, jujur saya katakan yang saya rasa susah sebenarnya untuk beraksi bersama England.”
"I beat myself up over that goal."
Michael Carrick says he was depressed for two years after the 2009 Champions League final.
Read 👉 https://t.co/IHwk7OhvOa pic.twitter.com/zuvgcmt5zh
— BBC Sport (@BBCSport) October 9, 2018
Jelasnya kepada Gabby Logan dalam satu temu bual bersama BBC.
“Saya tak ada masalah pergi away bersama United pada pra musim untuk tempoh tiga minggu atau berapa lama pun dan kembali pulang, tapi pergi bersama England ia buatkan saya depressed, ia buat saya muram.”
“Saya sampai pada satu titik yang mana saya fikir saya tak boleh lakukan itu lagi dan orang akan kata paksa diri dan bersyukur tentang itu.”
“Saya faham posisi saya duduk, kelebihan yang saya ada dengan hal itu, tapi saya dapati ia sangat sukar dan saya tak boleh teruskan itu.”
“Saya sampai depressed. Saya beritahu FA, ‘dengar, tolonglah jangan pilih saya.”
Carrick sangat terbuka untuk mendedahkan tentang kesihatan mental beliau dalam dalam satu temu bual berbeza, beliau pernah mendedahkan yang kekalahan dalam perlawanan akhir Champions League 2009 merupakan pencetus kepada bermulanya penyakit mental beliau.
Michael Carrick: Playing for England made me 'depressed' – I asked not to be picked https://t.co/Z6sztyuHPf
— Telegraph Football (@TeleFootball) April 19, 2018
Beliau ketika itu dipersalahkan sebagai punca terhasilnya gol jaringan Samuel Eto dan beliau benar-benar mengambil masa yang lama untuk memaafkan dirinya sendiri tentang hal tersebut.
Dari pada situlah bermulanya masalah mental beliau yang semakin teruk dan menyebabkan Carrick kerap diserang masalah depressed.
Carrick bersara dari dunia bola sepak pada penghujung musim 2017/18 dengan beliau selepas itu mula menceburkan diri dalam dunia kejurulatihan.
Beliau sempat bertugas sebagai barisan kejurulatihan ketika Ole Gunnar Solskjaer masih lagi menjadi pengurus tetap Manchester United.
Selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat, Michael Carrick telah menggalas tugas sebagai pengurus sementara, sebelum Ralf Rangnick dilantik menjadi pengurus interim kelab.
Ketika menjadi pengurus sementara, Carrick hanya sempat mengendalikan United untuk tiga perlawanan sahaja dan beliau berjaya memegang rekod tanpa kalah sepanjang tempoh tersebut.
Selepas Ralf Rangnick mengambil alih kelab sebagai pengurus interim, Michael Carrick segera meletak jawatan dan mahu berehat seketika sebelum kembali ke dunia pengurusan.
Michael Carrick reveals being away on international duty made him so 'depressed' he told England 'please don't pick me' after 2010 World Cup https://t.co/IWemLVgo8V
— MailOnline Sport (@MailSport) April 19, 2018
Beliau jelas sekali pergi meninggalkan kelab sebagai legenda yang dihormati dengan Carrick sudah menyerahkan segalanya baik ketika masih pemain, mahupun ketika menjadi pengurus.
Sumber: SPORTbible