Carrick Namakan Pemain Yang Bakal Menggantikan Tempat Beliau Dalam Pasukan United

Pemain tengah Manchester United, Michael Carrick telah menamakan pengganti yang bakal mengambil alih tempatnya dalam pasukan utama selepas beliau bersara hujung musim nanti.

Carrick sebelum ini telah mengumumkan rancangannya untuk bersara musim panas nanti, dengan Jose Mourinho bersedia menawarkan posisi jurulatih skuad remaja kepada Carrick jika beliau mahu menceburi bidang tersebut.

Scott McTominay yang jambu. Pengganti Carrick suatu hari nanti

Carrick sudah kembali dalam pasukan utama United selepas mengalami kecederaan panjang pada awal musim. Beliau masuk menggantikan tempat Paul Pogba ketika mereka tewas ditangan Newcastle 1-0 hujung minggu lalu.

Pemain yang dimaksudkan oleh Carrick untuk menjadi pengganti beliau di bahagian tengah Red Devils adalah Scott McTominay.

Musim ini menyaksikan McTominay semakin kerap tampil dalam pasukan utama, dan beliau hampir pasti akan diturunkan dalam kesebelasan utama bagi perlawanan Piala FA menentang Huddersfield hujung minggu ini.

Musim terakhir Carrick sebagai pemain bolasepak sebelum melabuhkah tirai kariernya

McTominay merupakan pemain yang dipandang tinggi oleh Mourinho. Mourinho juga adalah individu yang bertangungjawab memberikan debut kepada McTominay pada Mei tahun lalu ketika menentang Arsenal.

Walaupun semakin jarang mendapat peluang beraksi dalam kesebelasan utama, Carrick kini sibuk menurunkan segala ilmu pengetahuannya kepada pemain muda di Old Trafford. Carrick turut memuji kesungguhan McTominay untuk menjadi pemain yang lebih baik.

“Peningkatan yang ditunjukkan McTominay sejak 6 hingga 12 bulan lalu adalah sangat menakjubkan, dari apa yang saya lihat ketika beliau menjalani latihan bersama pasukan.”

“McTominay adalah seorang atlet. Beliau adalah pemain yang kuat, laju dan selesa memegang bola. Beliau mempunyai ramuan yang lengkap untuk memiliki karier bolasepak yang bagus.”

“Kini apa yang diperlukan McTominay adalah peluang bermain, yang mana beliau sering perolehi pada musim ini. Saya berharap beliau mampu menggunakan peluang tersebut dengan sebaik mungkin.”

Siapa cakap aku x bagi peluang dekat pemain muda ?

Pemain berusi 20 tahun ini sudah melakukan 5 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris musim ini, disamping 3 penampilan dalam Piala Carabao dan Liga Juara-Juara.

Carrick percaya McTominay akan menjadi pemain yang bagus buat United pada masa hadapan kerana sifat pemain ini yang mahu belajar dari pemain yang lebih berpengalaman.

“Beliau sedia untuk mendengar nasihat pemain yang lebih senior. Ini adalah ciri paling penting yang harus dimiliki pemain muda untuk berjaya.”

“Sudah tentu saya akan membantu beliau sebanyak yang mungkin selagi saya masih disini.”

BACA:  Dari Maguire, Mctominay, Fred, De Beek, Bailly, Evans Sehinggalah Amrabat Dan Todibo... Ini Situasinya