Taufik Hidayat bengang bendera Indonesia tidak dikibarkan selepas kejayaan mereka memenangi Piala Thomas, sebaliknya digantikan dengan bendera Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI).
Kontinjen badminton Indonesia akhirnya berjaya menjulang kejuaraan Piala Thomas pertama mereka sejak 19 tahun yang lalu, dan ia merupakan pencapaian yang sungguh menakjubkan.
Indonesia turun beraksi bertemu China dalam aksi perlawanan akhir saingan Piala Thomas di Ceres Arena semalam, dengan mereka akhirnya berjaya juga menundukkan kuasa besar dunia sukan badminton itu.
Kritikan Pedas Taufik Hidayat Sikapi Tercorengnya Momen Indonesia Juarai Piala Thomas 2021
https://t.co/cg9Hgtaz89— Tribunnews.com (@tribunnews) October 18, 2021
Kemenangan yang berjaya diraih oleh Jonatan Christie pada perlawanan ketiga berjaya membantu Indonesia untuk menamatkan kemarau 19 tahun mereka untuk menjulang Piala keramat dalam dunia sukan badminton itu.
Walau bagaimanapun, kegembiraan penyokong Indonesia untuk meraikan kejayaan mereka itu, sedikit terganggu dek kerana ketiadaan bendera merah putih.
Hal ini kerana bendera Indonesia di larang untuk berkibar di atas podium kejuaraan dan ia sebenarnya mencetuskan rasa tidak gembira para penyokong.
Larangan untuk mengibar bendera Indonesia di atas podium atau di arena adalah kerana hukuman yang dijatuhkan oleh WADA.
WADA merupakan badan Anti doping dunia dan mereka telah menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Indonesia.
Larangan yang diberikan oleh WADA adalah disebabkan oleh tindakan Indonesia yang dianggap tidak mengikuti standard yang ditetapkan dalam mendapat hasil ujian yang lebih berkesan.
Antara kesan buruk dari larangan itu adalah Indonesia di larang sama sekali untuk mengibar bendera mereka di dalam stadium, tidak kira mereka menang atau kalah.
Atas permasalahan itu jugalah PBSI memutuskan untuk mengibar bendera mereka, ketika kontinjen Indonesia naik ke podium pemenang.
Hal itu menyebabkan Taufik Hidayat membantai semua pihak yang terlibat, dan menganggap kesalahan mereka sebenarnya memalukan negara.
Taufik Hidayat kritik dan sindir sejumlah pihak lantaran tak adanya pengibaran bendera Merah Putih di podium Thomas Cup 2020. https://t.co/vQ2W05uDzD
— detikcom (@detikcom) October 18, 2021
“Selamat Piala Thomas cup kembali ke INDONESIA.. terimakasih atas kerja kerasnya team Bulutangkis Indonesia.”
“Tapi ada yang aneh, bendera merah putih ngak ada? Di ganti dengan bendera PBSI, apa ada dengan Ladi (Lembaga Anti Dadah Indonesia), dan pemerintah kita?”
“Khususnya Menpora (Menteri), Koni (Komite Olahraga Nasional Indonesia) dan Koi (Komite Olimpiade Indonesia). Kerjamh selama ini ngapain aja?”
“Bikin malu negara Indonesia aja, jangan ngerap mau jadi tuan rumah Olimpik atau Piala dunia, urusan kecil aja ngak bisa beres.”
2 Pebulutangkis Yang Menangkan Indonesia Sbg Juara Thomas Cup 2002;Taufik Hidayat dan Candra Wijaya,Sayangkan Merah Putih Tak Berkibar di Piala Thomas 2020. Kita juga menyesalkan. Pemerintah harus segera perbaiki dg WADA, dan jangan diulangi lalai lagi. https://t.co/8RSychf2ZI
— Hidayat Nur Wahid (@hnurwahid) October 17, 2021
Begitulah luahan hati Taufik Hidayat yang terkesan dengan isu ketiadaan bendera Indonesia ketika aksi penyampaian hadiah Piala Thomas.
Taufik Hidayat dedah hal berkait rasuah di Indonesia
Nama Taufik Hidayat cukup terkenal sebagai salah seorang legenda Badminton Indonesia. Beliau merupakan pemain perseorangan lelaki yang banyak memenangi kejuaraan untuk negaranya.
Awal tahun lalu, Taufik telah dijemput kedalam sebuah acara temu bual bersama Deddy Corbuzier di Channel Youtube milik Deddy.
Sentil Menpora Usai Merah Putih Tak Berkibar di Piala Thomas, Taufik Hidayat: Kerjamu Selama Ini Ngapain Aja? https://t.co/B8pxiLMdYO
— Pikiran Rakyat (@pikiran_rakyat) October 18, 2021
Dalam rancangan tersebut, Taufik telah mendedahkan tentang segala ketidak puas hatian beliau tentang pentadbiran negara Indonesia terutama kepada badan induk Badminton negara tersebut.
Beliau secara terang-terangan mengatakan bahawa banyak rasuah yang terjadi dari pimpinan tertinggi sehingga ke akar umbi dalam pemerintahan yang ada sekarang.
Menurut Taufik sendiri, beliau sudah meluahkan rasa tidak puas hati dengan rasuah yang dilihat berlaku secara terang-terangan sejak dari beliau masih beraksi untuk negara lagi.
Ekoran dari itu beliau menjadi antara pemain yang paling tidak disukai oleh badan induk badminton Indonesia kerana kelantangannya yang menolak rasuah secara terbuka.
Sarcasm + jokes punchline level : deddy + taufik hidayat pic.twitter.com/FbruAq03r0
— The Undertaker (@RachulGrimald) May 16, 2020
Menurut Taufik lagi, Indonesia tidak pernah meletakkan sukan sebagai keutamaan negara dan hakikatnya sukanlah yang akan menaikkan nama negara.
Dana yang sepatutnya menjadi milik atlet turut tidak pernah diterima dan adakalanya dana yang disediakan oleh pemerintah untuk mereka tidak pernah diterima oleh para atlet.
Taufik sekeras-kerasnya menolak sukan dikaitkan dengan politik tetapi apa yang berlaku di Indonesia semuanya dikaitkan dengan politik dan menteri yang ada sama sekali tidak tahu tentang sukan.
“Sukan bukan keutamaan negara, sebaliknya negara lain semua menaikkan harga dan darjat negara melalui sukan. Lihat saja China bagaimana mereka bersaing dengan Amerika di peringkat Olimpik. Tetapi di Indonesia sukan bukan keutamaan sedangkan sukanlah yang boleh menaikkan merah putih itu.”
Taufik turut merasakan nasib atlet di Indonesia mudah dikenang dan mudah juga untuk dilupakan.
Taufik Hidayat : Dibenci, ditakutin hingga dimatiin geraknya di PBSI ( credit : Deddy Corbuzier Podcast ) #TaufikHidayat pic.twitter.com/IHgJGAWDer
— SemarangTalks (@SemarangTalks) May 11, 2020
Taufik mendedahkan bertapa banyaknya berlaku rasuah dalam badan induk Badminton negara tersebut dan beliau terang-terangan mengatakan dirinya tidak disukai dalam badan induk itu.
Beliau selain menjadi atlet, Taufik pernah masuk dalam pimpinan untuk melihat sendiri apa yang berlaku sebalik pengurusan yang menyebabkan atlet mengalami kesukaran.
“Sukan ini tidak boleh ditangguhkan, jadi jangan politikkan, kalau sudah ditetapkan besok harus bermain maka esok harus main, tapi kalau dananya tidak ada macam mana mahu meneruskan acara?”
“Saya pernah masuk sendiri untuk lihat apa yang berlaku dan ternyata dana untuk atlet itu ada tetapi sebab sukan bukan keutamaan jadi dana itu lambat untuk sampai.”
Orang humble tuh emang aura nya beda ya…
Anteng bgt gue nontonin obrolan nya om Deddy sama Taufik Hidayat.
Ini jadi video ke-2 yg bisa habis gue tontonin dari detik 1-terakhir. 👏🏼🤯 pic.twitter.com/c56ki1e000— merica ketumbar (@erikalourful27) August 23, 2020
“Saya masuk ke situ untuk betulkan keadaan dan bantu atlet, kerana saya pernah jadi atlet dan saya tahu susahnya jadi atlet, tetapi saya tidak mampu untuk mengubahnya.”
“Dalam badminton lawan saya orang tapi masuk kesana lawan saya dajjal.”
“Jadi saya rasa cukup untuk saya berjuang dan saya mahu uruskan hal saya sendiri. Fikirkan tentang sukan tak ada penghujungnya, sampai kiamat pon tak kan maju.”
“Di Indonesia yang akan maju hanya sukan individu kalau berkumpulan tidak mungkin kerana tidak pernah ada kesefahaman.”
Taufik turut mendedahkan bahawa beliau tidak mahu anaknya menjadi atlet di Indonesia dengan keadaan yang berlaku pada dirinya.
Kalo gue mungkin lebih inget kata2nya mas taufik hidayat dipodcastnya om deddy.
siapapun presidenya, jokowi atau yg lain, kalo bawahnya ga dihapus juga ya sama aja. pic.twitter.com/BxRGNk8t6l
— Marshall Gibson (@MarshalGibson) June 14, 2020
“Anak perempuan saya sudah ada cabang dia sendiri, dia minat seni, anak lelaki saya minat sukan dan dia boleh bermain pelbagai sukan tetapi kalau boleh saya tidak mahu dia menjadi atlet.”
“Berat sebenarnya untuk dia membawa nama saya dengan apa yang pernah saya capai, apa lagi dengan di Indonesia seseorang itu mudah diingati dan mudah dilupakan.”
Taufik turut mempersoalkan pucuk pimpinan pemerintahan berkaitan sukan di Indonesia sememangnya memilih yang mempunyai nama sahaja dan mengapa tidak memilih bakat-bakat lain yang ada untuk diketengahkan.
“Dari 100 atlet mungkin lima orang sahaja yang akan diangkat, kerana juaranya cuma satu. Orang kenal saya tetapi orang tidak tahu kemana semua atlet yang bersama saya dari awal. Tiada siapa yang tahu siapa angkatan awal bersama saya.”
Taufik Hidayat tidak menutup apa pon perkara yang terjadi dan beliau mendedahkan semua yang berlaku kepada umum melalui rancangan tersebut.
Dari pimpinan badan induk badminton sampai ke menteri sukan Indonesia semuanya dibahaskan oleh legenda badminton Indonesia itu.
Sumber: Tribunenewa