TCH Umum Senarai Akhir 24 Pemain Skuad Harimau Malaya Ke Piala AFF

Jurulatih pasukan Malaysia, Tan Cheng Hoe telah mengumumkan senarai akhir 24 pemain skuad Harimau Malaya ke Piala AFF 2020 yang bakal berlangsung di Singapura.

Sebelum mengumumkan senarai akhir pemain, Tan Cheng Hoe telah membawa masuk dua muka baharu iaitu penjaga gol PJ City FC, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi dan pemain muda berbisa JDT, Arif Aiman Mohd Hanapi.

Kedua-dua pemain ini dipanggil Ke Latihan Pusat Harimau Malaya bagi menggantikan Azri Ab Ghani dan Mohamadou Sumareh yang disahkan mengalami kecederaan.

Selepas berakhirnya dan tamatnya liga Malaysia dengan satu penutup indah dari Kuala Lumpur City FC yang mencipta kisah dongeng di perlawanan akhir, Tan Cheng Hoe memuktamadkan pemilihan pemain akhir beliau.

Pemain yang beraksi bersama kelab di luar negara akan hadir untuk kem latihan mengikut tarikh pelepasan yang dibenarkan oleh kelab masing-masing.

Pemain kacukan Malaysia, Dion Cools akan menjadi pemain terakhir menyertai skuad Harimau Malaya selepas tamat tugas bersama FC Midtjylland di saingan Piala Danish peringkat suku akhir pada 13 Disember.

Dion Cools dijangka hanya akan beraksi dan membuat debut di Piala AFF pada perlawanan keempat peringkat kumpulan menentang Indonesia pada 19 Disember.

Penjaga Gol

1. Mohd Khairulazhan Mohd Khalid – Selangor FC (32 Tahun)
2. Khairul Fahmi Che Mat – Melaka United FC (32 Tahun)
3. Kalamullah Al-hafiz Md Rowi – Petaling Jaya City FC (26 Tahun)

Pertahanan

1. Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak – Johor Darul Ta’zim FC (34 Tahun)
2. Shahrul Mohd Saad – Johor Darul Ta’zim FC (28 Tahun)
3. Mohd Rizal Mohd Ghazali – Kedah Darul Aman FC (29 Tahun)
4. Muhammad Ariff Farhan Md Isa – Kedah Darul Aman FC (25 Tahun)
5. Muhammad Syahmi Safari – Selangor FC (23 Tahun)
6. Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar – Terengganu FC (25 Tahun)
7. Quentin Cheng Jiun-ho – Penang FC (22 Tahun)
8. Junior Eldstal – Chonburi FC (30 Tahun)
9. Dominic Tan – Police Tero FC (24 Tahun)
10. Dion-johan Cools – FC Midtjylland (25 Tahun)

Tengah

1. Kogileswaran Raj A/l Mohana Raj – Petaling Jaya City FC (23 Tahun)
2. Muhammad Syafiq Ahmad – Johor Darul Ta’zim FC (26 Tahun)
3. Baddrol Bakhtiar – Kedah Darul Aman FC (33 Tahun)
4. Muhammad Akhyar Abdul Rashid – Johor Darul Ta’zim FC (22 Tahun)
5. Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi – Selangor FC (20 Tahun)
6. Arif Aiman Mohd Hanapi – Johor Darul Ta’zim FC (19Tahun)
7. Mohamad Faisal Abdul Halim – Terengganu FC (23 Tahun)
8. Muhammad Safawi Rasid – Johor Darul Ta’zim FC (24 Tahun)

Penyerang

1. Luqman Hakim Shamsudin – KV Kortrijk (19 Tahun)
2. Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi – Selangor FC (27 Tahun)
3. Guilherme De Paula Lucrecio – Johor Darul Ta’zim FC (35 Tahun)

Pemain Yang Digugurkan

1. Mohamadou Sumareh – Johor Darul Ta’zim FC (27 Tahun)
2. Muhammad Akram Mahinan – Kuala Lumpur City FC (28 Tahun)
3. Kenny Pallraj A/l Davaragi – Kuala Lumpur City FC (28 Tahun)
4. Mohammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin – Kedah Darul Aman FC (29 Tahun)

Jadual Perlawanan Malaysia di Piala AFF 2020

Bagi saingan Piala AFF 2020 yang tertangguh ini, Malaysia telah diundi untuk berada dalam kumpulan B yang agak seimbang bersama Kemboja, Laos, Vietnam dan Indonesia.

Lawan terkuat Harimau Malaya sudah pastilah Vietnam namun tidak boleh dipandang sepi saingan dari musuh tradisi zaman berzaman iaitu Indonesia.

Berikut jadual perlawanan skuad Harimau Malaya di peringkat Kumpulan B :

1. Isnin, 6 Disember 2021

KEMBOJA lwn MALAYSIA di Stadium Bishan, Singapura, 5.30 petang

2. Khamis, 9 Disember 2021
MALAYSIA lwn LAOS di Stadium Bishan, Singapura, 5.30 petang

3. Ahad, 12 Disember 2021
VIETNAM lwn MALAYSIA di Stadium Bishan, Singapura, 8.30 malam

4. Ahad, 19 Disember 2021
MALAYSIA lwn INDONESIA di Stadium Nasional, Singapura, 8.30 malam

SEPARUH AKHIR:
22 & 23 Disember 2021 dan 25 & 26 Disember 2021 di Stadium Nasional, Singapura

FINAL:
29 Disember 2021 dan 1 Januari 2021 di Stadium Nasional, Singapura

BACA:  Perlawanan Persahabatan: Malaysia 4-0 Brunei