Gareth Southgate membuat penyokong beremosi selepas beliau meluahkan isi hatinya ketika sesi sidang media selepas tamat perlawanan England bertemu Jerman awal pagi tadi.
Beliau jelas sangat berbahagia dengan kejayaan membantu England mencatatkan kemenangan pertama dalam 55 tahun untuk menewaskan Jerman di pusingan kalah mati.
Gol jaringan Raheem Sterling dan Harry Kane pada aksi babak kedua permainan di hadapan 45,000 penonton yang memenuhi Wembley Stadium mengesahkan tempat untuk England mara ke peringkat suku akhir.
#ANALYSIS: Gareth Southgate's emotional post-match interview shows how much beating Germany means https://t.co/jqtueWPXiX
— ABC News (@abcnews) June 29, 2021
Ia merupakan kemenangan yang sungguh bermakna untuk skuad The Three Lions berdepan dengan negara yang sering menyakiti serta melukakan hati mereka sebelum-sebelum ini.
Southgate mungkin menjadi individu paling terkesan dengan sejarah pertemuan England bertemu Jerman, memandangkan beliau ada sejarah yang sukar untuk dilupakan.
Beliau merupakan pemain yang gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti ketika aksi peringkat separuh akhir Euro 96 bertemu Jerman, dan menyebabkan skuad The Three Lions tersingkir.
Jadi kemenangan pada awal pagi tadi memberi satu kepuasan yang sangat mengagumkan untuk beliau dalam usahanya untuk membalas dendam.
Humanly beautiful this. As a player, Gareth Southgate missed penalty in Euro 96 semi-final shoot-out loss to Germany. Today, as manager, he led England to first Tournament win against their rivals since 1966. Many doubt his tactics but his empathy is elite pic.twitter.com/VXqXoxEyxY
— roger bennett (@rogbennett) June 29, 2021
Redemption. What a man. pic.twitter.com/bPtlriwTnq
— Dino Sofos (@dinosofos) June 29, 2021
Pengurus England itu memberikan ucapan yang sungguh beremosi ketika sesi sidang media bersama BBC dan turut mengenang semula insiden sepakan penalti beliau 25 tahun yang lalu.
“Saya sangat bersyukur.”
Jelas Southgate.
“Saya melihat ke skrin besar dan saya nampak Dave Seamen ada di atas sana dan kamu tahu, untuk semua rakan sepasukan yang pernah bermain dengan saya, saya tak boleh ubah keputusan penalti 1996, jadi ia akan selalu menyakiti saya.”
“Tapi apa yang menariknya adalah kita beri semua orang satu lagi hari untuk dikenang dan sekarang kita harus teruskan usaha dan lakukan dengan baik di Rome.”
Selepas tamat temu bual tersebut, Gary Lineker bertanya kepada legenda England, Alan Shearer jika beliau telah memaafkan Southgate atas kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti itu.
England’s greatest win of the modern era, I think, and certainly Gareth Southgate’s greatest night as coach. My piece on a profound and moving night at Wembley:https://t.co/ezUvVkhzfV
— Jack Pitt-Brooke (@JackPittBrooke) June 29, 2021
Shearer dengan tenang menjawab yang beliau sebenarnya sudah lama memaafkan Southgate atas hal berkait insiden tersebut.
Southgate sering dikritik atas taktikal beliau, namun ketika melihat kepada temu bualnya, sukar untuk peminat menafikan yang beliau benar-benar mahukan negaranya mencatat kemenangan.
Beliau memuji aksi luar biasa para pemainnya dan menyatakan anak-anak buah beliau mempunyai pemikiran yang bagus, keinginan dan hati untuk bermain.
“Kita bermain bertemu pasukan yang sudah memenangi empat kali gelaran Piala Dunia, pengurus yang ada perjalanan karier luar biasa hebat bersama Jerman.”
"You can't beat a bit of Sweet Caroline, that's a belter" 😂
"Grealish is a really special talent" ⭐️
"It's hard to give all our forwards the love they need" ❤️
Gareth Southgate speaks after England's incredible win against Germany 🗣#EURO2020 pic.twitter.com/ZvgsAgPiwH
— Goal (@goal) June 29, 2021
Jelas Southgate menurut Sky Sports.
“Saya sangat menghormati dia atas apa yang sudah dia lakukan.”
“Kita tahu memang ramai yang mempersoalkan kemampuan kami untuk berdepan dengan pasukan besar dan kami tahu Jerman, dengan pengalaman mereka, akan mendominasi beberapa sudut dalam perlawanan itu.”
“Kita akan sentiasa ada semangat dan meletakkan hati serta mempunyai pemikiran yang hebat. Kita menekan di waktu yang betul, para penyerang memilih waktu yang tepat untuk pergi dan bila perlu bertahan, kita temui kelebihan jika berani mengawal bola dan menguasai penguasaan bola di kawasan kami dan bila tiba waktu yang tepat kami terus lakukan serangan pantas. Itu merupakan kemajuan nyata yang kami lakukan.”
Kedua-dua Jerman dan England terikat tanpa jaringan pada aksi babak pertama perlawanan, dengan kedua-dua pasukan sering berbalas serangan.
"We've been talking about Saturday already."
Gareth Southgate was full of praise for his #ENG players' performances in their 2-0 win over Germany at Wembley. pic.twitter.com/k9jQztE05m
— Sky Sports News (@SkySportsNews) June 29, 2021
Tiada pasukan yang dilihat begitu dominan pada 60 minit pertama permainan dengan perlawanan berlangsung dengan agak seimbang.
Keputusan Southgate memasukkan Jack Grealish ternyata membuahkan hasil dengan bintang Aston Villa itu berjaya memberi impak yang sangat positif.
England berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-75 menerusi Raheem Sterling yang berjaya meledak gol hasil build up serangan yang dimulakan olehnya sendiri.
Selepas berjaya mendahului permainan, England dilihat semakin bersemangat dengan mereka kemudiannya berjaya melancarkan beberapa siri serangan ke arah gawang gol Jerman.
Skuad kendalian Joachim Low beberapa kali berkesempatan untuk mendapatkan gol penyamaan namun jentera serangan mereka gagal untuk melakukannya.
A superb performance from Gareth Southgate’s England 👏 https://t.co/iyLXS4OV2a
— Crystal Palace F.C. (@CPFC) June 29, 2021
Pada minit ke-86 permainan, Harry Kane berjaya menutup mulut para pengkritiknya selepas beliau cemerlang menyempurnakan hantaran Jack Grealish untuk meledak gol kedua England.
Jerman jelas tidak berdaya untuk melakukan aksi comeback sebaliknya mereka lebih berfikir untuk pulang sahaja dan mahu wisel penamat segera dibunyikan.
England akhirnya berjaya menewaskan Jerman buat pertama kalinya dalam tempoh 55 tahun di pusingan kalah mati.
Kejayaan England menewaskan Jerman telah membantu mereka untuk mara ke peringkat suku akhir, dengan mereka selepas ini akan berdepan dengan Ukraine di Rome.
⏱ 69’
Gareth Southgate: We need that spark ⚡️
Jack Grealish: Consider it done ✅ #EURO2020 | #ENG | #GER pic.twitter.com/2AatDyecf1
— SuperSport 🏆 (@SuperSportTV) June 29, 2021
England ketika ini sedang berada di landasan terbaik untuk mereka memenangi gelaran European Championship pertama dalam sejarah mereka.
Sumber: SB