Thibaut Courtois Menghina Anthony Martial Dengan Sangat Kejam

Thibaut Courtois dengan kejamnya telah menghina Anthony Martial dengan beliau seolah-olah menafikan kemampuan dan bakat bintang Manchester United itu dalam dunia bola sepak.

Beliau dengan tenang, santai dan penuh kejujuran telah mengatakan yang Anthony Martial bukanlah seorang ‘major player’ ketika berbual bersama rakan sepasukannya.

Bintang Real Madrid itu sedang ada program bersama rakan sepasukannya di Belgium, Jan Vertonghen dan ketika itu beliau telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak panas.

Mereka berdua mungkin sedang bermain satu permainan, dengan bekas pertahanan Tottenham Hotspur itu telah meminta kepada Thibaut Courtois untuk menamakan tiga ‘major player’ dari benua Eropah yang tidak menyertai saingan Euro 2020.

Courtois awalnya menyebut nama bekas rakan sepasukannya, Sergio Ramos yang telah digugurkan dari skuad kebangsaan Sepanyol.

La Roja pada kejohanan Euro kali ini langsung tidak menampilkan mana-mana pemain dari Real Madrid.

Namun penjaga gol berusia 29 tahun itu gagal untuk menamakan pemain lain selain dari Ramos, menyebabkan Vertonghen ketawa sambil menyebut beberapa nama lain termasuk penyerang Manchester United, Martial.

Courtois nampak keliru ketika beliau mendengar nama Martial dan beliau sambil mengeluh telah menyatakan:

“Dia bukan ‘major player’ pun.”

Vertonghen yang mendengar kenyataan berani dari Courtois hanya mampu ketawa besar sahaja sambil mengenang apa agaknya reaksi Martial andai beliau mendengar hinaan tersebut.

Media Perancis, L’Equipe sebelum ini pernah menyenaraikan kesebelasan terbaik pemain di benua Eropah yang terlepas aksi Euro 2020.

Bukan Major Player yang Courtois maksudkan

Senarai tersebut telah membariskan barisan pemain yang hebat dan tidak keterlaluan untuk katakan andai kesebelasan ini dibawa beraksi ke saingan Euro, mereka mampu bergelar Juara.

Senarai itu mengumpulkan para pemain yang beraksi bersama negara yang tak layak sertai Euro dan ditambah dengan barisan pemain yang mengalami kecederaan dan terpaksa diketepikan dari skuad kebangsaan masing-masing.

Apa yang lebih menakjubkan lagi, barisan pemain yang disenaraikan oleh L’Equipe itu sebenarnya boleh dianggap kesebelasan yang lebih hebat berbanding mana-mana skuad Euro yang lain.

Di posisi penjaga gol, Jan Oblak telah disenaraikan sebagai tembok terakhir untuk kesebelasan terbaik pilihan L’Equipe itu, memandangkan Slovenia gagal untuk melayakkan diri ke saingan Euro.

Selain memiliki penjaga gol terhebat dunia, senarai ini turut membarisi empat pertahanan yang juga dianggap sebagai yang terhebat di dunia.

Bermula dengan Trent Alexander Arnold (Cedera), Sergio Ramos (Tidak terpilih), Virgil Van Dijk (Cedera) dan Theo Hernandez (Tidak terpilih).

Dua pemain centre-back yang sememangnya terhebat di dunia dengan pengalaman dan kebolehan masing-masing.

Di tambah pula dengan dua pemain full-back yang juga terhebat di dunia pada ketika ini dengan kemampuan mereka untuk bertahan dan membantu jentera serangan.

Di posisi midfield juga terdapat barisan pemain berbakat dan hebat yang tidak dapat beraksi dalam saingan Euro tahun ini.

Bermula dengan pemain prospek masa depan Perancis, Eduardo Camavinga (Tak terpilih), Sergej Milinkovic-Savic (Serbia tak layak) dan bintang Hungary yang sedang meningkat naik, Dominik Szoboszlai (Cedera).

Ketiga-tiga pemain ini mempunyai kelebihan masing-masing dan hebat bermain di posisi midfield sebagai AM, CM dan DM.

Selain penjaga gol yang super mantap bersama barisan pertahanan yang terhebat di dunia dan midfield yang kreatif, kesebelasan terbaik ini turut dihiasi dengan pemain penyerang yang luar biasa menakjubkan.

Jentera serangan untuk skuad ini dibarisi oleh bintang-bintang handalan dunia seperti Marco Reus (Menolak panggilan menyertai skuad Jerman) yang akan bermain di belakang Zlatan Ibrahimovic (Cedera).

Penyerang legenda Sweden itu akan digandingkan dengan penyerang terhebat dunia ketika ini, Erling Haaland (Norway tak layak) sebagai penyerang utama.

Kesebelasan utama pilihan L’Equipe

Martial sebelum ini telah membuat 27 caps bersama skuad kebangsaan Perancis dan sepanjang tempoh tersebut beliau berjaya menjaringkan satu gol.

Selepas melalui musim yang agak suram bersama setan merah dalam saingan premier league musim lalu, beliau gagal untuk menarik perhatian pengurus skuad kebangsaan Perancis, Didier Deschamps.

Martial sepanjang musim lalu hanya berjaya menjaringkan empat gol sahaja dalam saingan premier league, dan beliau kerap diketepikan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Pemain seperti Marcus Thuram, Olivier Giroud dan Wissam Ben Yedder telah dipilih untuk menyertai skuad Perancis berbanding Martial.

Sementara Karim Benzema turut dipanggil semula untuk menyertai skuad Les Bleus dan digandingkan bersama duo handalan Perancis, Griezmann dan Kylian Mbappe.

Pasukan Juara Dunia, Perancis telah disingkirkan dari saingan Euro 2020 selepas ditewaskan oleh Switzerland di pusingan 16 terbaik sebelum ini menerusi penentuan sepakan penalti.

masa depan Anthony Martial bersama skuad setan merah sepertinya sedikit samar-samar pada ketika ini selepas pihak kelab berjaya menandatangani bintang Borussia Dortmund, Jadon Sancho.

Setan merah akhirnya bersetuju untuk membayar £73 juta untuk melengkapkan perpindahan pemain sayap kanan itu dan hal tersebut akan diumumkan secara rasmi selepas berakhirnya saingan Euro 2020.

Sumber: SPORTbible

talkSPORT

BACA:  "Mahu Lebih Dihargai" - Courtois Kecewa Tak Dapat Penghargaan Yang Selayaknya Beliau Dapat