Courtois Mahu Kembali Bergabung Dengan Hazard Di Real Madrid

Penjaga gol Real Madrid, Thibout Courtois melabel Eden Hazard sebagai antara pemain terbaik dunia ketika ini dan mahu pemain itu menyertai beliau di Santiago Bernabeu.

Kontrak Hazard bersama Chelsea akan tamat pada penghujung musim hadapan dan beliau masih lagi belum menunjukkan sebarang tanda untuk menandatangani kontrak baru di Stamford Bridge.

Sesuai kan ?

Berdasarkan keadaan semasa, Hazard dijangka akan meninggalkan Chelsea pada musim panas nanti sekiranya beliau enggan menandatangani kontrak baru.

Chelsea pula sudah tentu tidak mahu kehilangan pemain berharga seperti Hazard secara percuma dan bersedia untuk menjualnya pada musim panas nanti kepada kelab yang berminat.

Awal minggu ini, Hazard sekali lagi dikaitkan dengan Real Madrid apabila terdapat laporan yang mengatakan beliau sudah bersetuju untuk menandatangani kontrak selama 5 tahun bersama pasukan gergasi Sepanyol itu pada musim panas ini. Walau bagaimanapun, Hazard menafikan dakwaan tersebut.

Namun begitu, ia tidak menghalang rakan baik Hazard, Courtois untuk bercakap mengenai minat Real Madrid terhadap bintang Chelsea itu secara terbuka.

Courtois mahu kembali bergabung dengan Hazard di Sepanyol

“Saya tidak tahu sama ada Hazard akan menandantangani kontrak dengan Real Madrid atau tidak, atau Real Madrid berminat ke atas beliau atau tidak.”

“Bagi saya, Hazard adalah pemain yang hebat, tetapi saya tidak membuat keputusan dalam hal seperti ini.”

“Hazard mempunyai kuasa untuk membuat keputusan mengenai hala tuju hidupnya. Bagi saya, beliau adalah salah seorang pemain terbaik dunia dan sebagai seorang kawan, saya mahu melihat beliau berada di Real Madrid.”

Beberapa hari lalu, akhbar terkemuka Sepanyol, Marca melaporkan Hazard merupakan sasaran utama Real Madrid pada musim panas nanti.

Walau bagaimanapun, Real Madrid mungkin berdepan sedikit kesukaran untuk meyakinkan Chelsea untuk melepaskan Hazard kerana kelab London itu kini digantung dari membeli pemain selama dua jendela perpindahan, bermula musim panas nanti.

Courtois dan Hazard kini kembali ke pangkuan kelab masing-masing selepas terlibat dalam perlawanan kelayakan Euro 2020 bersama Belgium minggu lalu. Mereka berjaya membantu skuad kendalian Roberto Martinez mencatatkan kemenangan ke atas Russia dan Cypurs sekaligus mendahului kumpulan I.

Courtois harus berjuang untuk memenangi kembali tempatnya dalam kesebelasan utama Los Blancos

Di peringkat kelab pula, Courtois berdepan tugas sukar untuk menambat hati pengendali baru Real Madrid, Zinedine Zidane yang kembali ke pangkuan kelab tersebut dua minggu lalu.

Dalam perlawanan pertama Zidane sejak kembali bergelar pengurus Real Madrid, beliau memilih untuk menggunakan Keylor Navar sebagai penjaga gol utama dan Courtois hanya dibiarkan memanaskan bangku simpanan.

Bagi Hazard pula, pemain berusia 28 tahun itu berdepan cabaran sukar untuk memacu pasukan tersebut layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan. Hazard melalui musim yang baik dari segi peribadi dimana beliau berjaya menjaringkan 13 gol dalam Liga Perdana Inggeris dan mempunyai 11 assists setakat ini.

BACA:  Bapa Dedahkan Eden Hazard Sedang Tunggu Tawaran Real Madrid