Tiket Perlawanan Liga Terakhir Liverpool Sudah Mula Dijual Pada Harga Tidak Masuk Akal

Tiket bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris terakhir Liverpool sudah mula dijual dan anda tentu tidak percaya berapa harga tiket itu sekarang !

Liverpool akan turun menentang Wolves pada 12 May 2019 dalam aksi terakhir Liga Perdana Inggeris musim ini, dihadapan penyokong sendiri yang sudah pasti bakal memenuhi segenap ceruk Stadium Anfield.

12 Mei 2019. Save the date. Hari Liverpool menjulang trofi Liga Perdana Inggeris buat kali pertama !

Ia juga mungkin menjadi hari paling bersejarah buat Kelab Bola Sepak Liverpool kerana hari itu mungkin adalah hari dimana The Reds menamatkan kemarau selama 29 tahun tanpa menjulang sebarang kejuaraan liga.

Walau bagaimanapun, masih terdapat 15 perlawanan untuk diharungi dan juara bertahan, Manchester City hanya ketinggalan 4 mata di belakang Liverpool. Kita sudah melihat beberapa tahun lepas dimana Liverpool kecundang ketika saingan liga memasuki fasa terakhir dengan Manchester City menjadi juara pada tahun tersebut.

Walaupun liga masih berbaki 4 bulan lagi,  ia tidak menghalang sesetengah pihak untuk menjual tiket perlawanan pada harga yang tidak masuk akal.

Website bernama livefootballtickets.com dilihat mempunyai sejumlah 212 tiket ‘Liverpool vs Wolves’ dengan pelbagai tempat duduk ditawarkan.

Tiket paling murah dijual pada harga £1,100 (RM5,950 !) dan tiket paling mahal yang dijual website tersebut adalah tiket di bahagian blok bawah ‘KK’ yang berharga  £5,950 (RM 32,181 !!).

Terdapat juga tiket VIP bagi mereka yang inginkan keselesaan dan hidangan makanan sepanjang perlawanan berlangsung. Tiket kategori VIP ini dijual pada harga £5,000 (RM 27,000 !!!).

Untuk pengetahuan umum, Liverpool tidak mempunyai kuasa untuk menghalang pemegang tiket bermusim untuk menjual tiket mereka kepada pihak ketiga. Jadi perkara sebegini sudah dijangka akan berlaku.

Menurut Daily Mail, purata harga tiket untuk menonton perlawanan liga di Anfield adalah sekitar £37 sehinga £59 sahaja.

Ulat tiket Malaysia pon boleh menangis kalau tengok harga tiket Liverpool mahal macam ni. Mengalahkan Zionis !

BACA:  Mourinho: Lukaku Tahu Beliau Mampu 'Ayamkan' Lovren Sebelum Perlawanan