Tim Krull Pakar Penyelamat Tendangan Penalti

Tim Krul membuktikan dirinya adalah raja menyelamat sepakan penalti, apabila beliau dapat mengkaji bagaimana cara setiap pemain Spurs mengambil tendangan penalti dan menulisnya di botol minuman.

Krul menyelamatkan dua tendangan penalti, lantas membantu pasukan Norwich City menewaskan Tottenham Hotspurs menerusi penentuan sepakan penalti untuk perlawanan pusingan ke lima Piala FA.

Kalau kau bawa toyol semasa peperiksaan, Krul tenang bawa toyol untuk sepakan penalti.

Lihatlah sendiri bagaimana persiapan penjaga gol berpengalaman ini untuk menghadapi penentuan sepakan penalti.

Beliau mengambil botol minumannya setiap kali pemain Spurs melangkah untuk mengambil sepakan penalti. Satu teknik yang boleh mengelirukan lawan.

Para peminat di Twitter memuji tindakan bijak dari Krull dan menganggap beliau sememangnya Dewa dalam menyelamatkan sepakan penalti.

Toyol pada botol Krul telah tertera nama penyepak penalti Spurs dan arah tendangan yang akan dibuat.

1. No 6. Sanchez (kanan)
2. No 18. Lo Celso (kiri)
3. No 15. Dier (kanan)
4. No 30. Gedson (Stand)
5. No 52. Parrott (kanan)
6. No 11. Lamela (kiri)
7. No 29. Skipp (Kiri)

Penjaga gawang berusia 31 tahun itu telah menyelamatkan tendangan penalti dari Troy Parrot dan Gedson Fernandes untuk membantu The Canaries melangkah ke peringkat suku akhir Piala FA buat pertama kali selepas 28 tahun.

Spurs terlebih dahulu didepan ketika aksi babak pertama menerusi jaringan Jar Vertonghen. Norwich menyamakan kedudukan menerusi Josip Drmic 12 minit Sebelum tamat masa sebenar perlawanan.

Walaupun Kenny Mclean gagal menyempurnakan tendangan penalti pertama namun Norwich tetap berjaya menewaskan Spurs 3-2 kerana ketangkasan Tim Krull.

Pemenang perlawanan antara Manchester United menentang Derby Country akan bertemu pasukan Norwich di peringkat suku akhir nanti.

Namun kejadian selepas tamat perlawanan itu telah menarik perhatian dunia. Menyaksikan Eric Dier cuba menjadi Eric Cantona. Bezanya dia tak melakukan kungfu, dan menyerang penyokong sendiri.

Dier dengan wajah bengisnya, telah pergi menerjah kawasan penyokong dan menaiki tangga.

Jose Mourinho dah sahkan ianya berlaku kerana Eric Dier bengang dengan penyokong tersebut yang memaki hamun dan mencarut dekat dia di hadapan keluarga dan adik lelakinya.

Walau bagaimanapun, ‘Special One’ menganggap tindak balas pemainnya terhadap kejadian itu adalah salah.

Mourinho menjelaskan dalam satu sidang akhbar:

“Saya fikir Eric Dier telah melakukan sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh kami sebagai profesional.”

“Namun dalam keadaan tersebut, sesiapa sahaja di antara kita akan melakukan perkara yang sama.”

“Ini apabila keluarga kamu dihina, saya ulangi, Eric melakukan perkara yang tidak boleh dilakukan seorang pemain profesional, dan ada kemungkinan setiap orang akan melakukannya, jika di tempat dia.”

Eric Dier mungkin bakal berhadapan dengan hukuman daripada FA England dan juga daripada kelab beliau sendiri.

Ada juga beberapa pihak yang menyatakan tindakan Dier ini boleh membuatkannya digantung sehingga 8 perlawanan. Kerana menyerang seksyen penyokong.

BACA:  Penalti Diberi Kepada PSG Langgar Garis Panduan UEFA