Ketahui Bagaimana Penentuan Sepakan Penalti Dijalankan MLS Pada Tahun 90-an

Amerika Syarikat merupakan negara yang terkenal dengan pelbagai benda. Antaranya adalah kegilaan mereka dalam mencipta sukan yang baru seperti bola lisut, bola keranjang dan American Football.

Namun begitu, sekitar 90-an dahulu, Amerika Syarikat telah membawa satu kelainan dalam sukan bola sepak dan ia merupakan perkara yang agak kelakar untuk difikirkan.

Mimpi ngeri bagi Lukaku tetapi pemain seperti Mbappe akan tersenyum lebar jika menggunakan format ini.

Gara-gara tidak berpuas hati dengan bagaimana penentuan sepakan penalti dilakukan dalam sukan bola sepak, Amerika Syarikat menerusi Major League Soccer (MLS) telah mencipta peraturan baru dalam usaha mereka untuk meng’Amerika’kan bola sepak.

Sama seperti sukan hoki, pemain yang mengambil penalti akan membawa bola dari tengah padang untuk berhadapan dengan penjaga gol dalam situasi 1-lawan-1.

Jika anda masih lagi tidak faham apa yang ingin disampaikan disini, tontonilah video di bawah ini. Adakah anda setuju dengan ciptaan ini ?

Walau bagaimanapun, format ini tidak bertahan lama kerana peminat bola sepak di Amerika Syarikat sendiri tidak gembira dengan format tersebut.

Akhirnya pada tahun 1999, MLS kembali menggunakan cara tradisi dalam penentuan sepakan penalti, sama seperti negara-negara lain.

BACA:  Tim Krull Pakar Penyelamat Tendangan Penalti