Bale Menunjukkan Skill Berkelas Dunia Ketika Melakukan Debutnya Bersama LAFC

Gareth Bale telah melakukan debutnya bersama Los Angeles FC pada malam kemarin selepas beliau melengkapkan perpindahannya menyertai kelab dari Amerika Syarikat itu pada bulan lalu.

Pemain kebangsaan Wales itu telah menandatangani kontrak selama satu tahun bersama kelab dari Major League Soccer, Los Angeles FC dari Real Madrid.

Beliau telah melakukan debutnya ketika beraksi bersama Nashville SC dengan Bale telah dimasukkan pada minit ke-72 dalam perlawanan tersebut.

LAFC pada ketika itu sedang mendahului perlawanan dengan keputusan 2-1 selepas Cristian Arango dan Jose Cifuentes meledak gol pada aksi babak pertama dan kedua permainan.

Walaupun bintang berusia 33 tahun itu hanya diturunkan di hujung-hujung permainan, namun harus diakui yang beliau masih tetap berjaya untuk mencuri perhatian ramai selepas mempamerkan skill berkelas dunia dalam perlawanan tersebut.

Bekas bintang Real Madrid itu dengan segera mendapat sorakan padu dari para penyokong sebaik beliau menjejak kaki masuk ke padang.

Lebih menarik lagi, Bale berjaya mempamerkan aksi dan persembahan berkelas dunia sebaik beliau diturunkan untuk beraksi.

Beliau berjaya melakukan beberapa sentuhan yang sungguh luar biasa dasyat dan jelas sekali para penyokong benar-benar terpukau melihat persembahan mantap beliau.

Selepas melakukan flick untuk menghantar bola kepada rakan sepasukannya, Bale kemudiannya sekali lagi menerima bola di sudut tepi padang.

Beliau kemudiannya melakukan skill yang sangat dasyat ketika memperdaya pemain pertahanan Nashville, Daniel Lovitz sebelum melorongkan bola kepada rakan sepasukannya.

Jelas sekali ia merupakan skill yang sungguh luar biasa menakjubkan dan kerana itulah para peminat merasa teruja dan terpukau melihat kehebatan beliau itu.

Bale mungkin akan sedikit kecewa kerana gagal untuk menjaringkan gol, namun beliau masih tetap memainkan peranan penting ketika membantu LAFC mengutip tiga mata berharga dalam perlawanan tersebut.

Pemain kebangsaan Wales itu mendapat penghargaan dan pujian menggunung dari pelbagai pihak selepas beliau melakukan debut dengan mempamerkan aksi persembahan yang sungguh dasyat.

Majikan terbaru beliau, Los Angeles FC pada ketika ini sedang berada di puncak saingan MLS dengan mendahului Austin fC dengan kelebihan satu mata.

Austin FC walau bagaimanapun masih mempunyai kelebihan satu perlawanan yang masih belum dimainkan dan mereka berpotensi untuk memintas LAFC untuk mendahului carta saingan MLS.

Bercakap selepas tamat perlawanan tersebut, Bale mendedahkan yang beliau sangat gembira melakukan debutnya bersama LAFC.

“Ia satu perasaan yang sangat menakjubkan untuk melakukan debut.”

Jelas Bale kepada media Amerika Syarikat.

“Saya sudah bersedia sejak aksi babak pertama.”

Tambah Bale lagi.

“Sebaik saya duduk di bangku simpanan saya sudah mahu mencuba untuk bangun, masuk ke padang dan membantu pasukan saya. Ia juga sangat penting untuk saya dapatkan balik tahap kecergasan terbaik saya.”

Selepas melalui beberapa musim yang sukar, ia jelas sekali satu hal yang menggembirakan Bale kerana mampu beraksi bersama kelab yang akan lebih menghargai beliau.

Bukan hanya akan mendapat minit permainan yang mencukupi, Bale juga tentunya sangat gembira melihat para penyokong tak henti-henti memberi sokongan padu kepadanya.

Tidak ramai pemain berkelas dunia yang mampu untuk betul-betul menyerlah dalam saingan MLS, namun Bale sepertinya berpotensi besar untuk menjadi pemain paling bersinar dalam saingan bola sepak Amerika Syarikat itu.

Para penyokong LAFC jelas sekali sangat berharap agar Bale akan mampu membantu kelab untuk memenangi pelbagai kejuaraan dan pada masa sama turut mengharapkan bintang Wales itu akan memperkenalkan kelab di mata dunia.

Sumber: GMS

BACA:  "Menjijikkan" - Bale Hentam Semula Media Yang Menggelarnya Parasit