Timo Werner Secara Rasminya Milik Chelsea

Timo Werner kini secara rasminya sudah sah menjadi milik pasukan Chelsea selepas perkara itu diumumkan oleh kelab melalui satu kenyataan rasmi oleh mereka sendiri.

Werner sendiri juga telah mengesahkan kebenaran berita itu dan beliau kelihatan teruja untuk menyarung jersi The Blues musim hadapan.

“Hai semua, saya sangat gembira apabila dapat menyertai the blues pada musim hadapan.”

“Saya rasa ianya adalah langkah yang tepat untuk saya dan saya sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada Chelsea FC.”

“Saya rasa sangat tidak sabar hendak bermain dengan pasukan sehebat Chelsea, pasukan ini sungguh menakjubkan dan mempunyai sejarah mereka yang tersendiri.”

Timo Werner pada musim ini telah mempamerkan aksi yang cukup luar biasa dan beliau banyak menjaringkan gol untuk pasukannya.

Melihat kepada kecemerlangan beliau, Chelsea terus bersetuju untuk membayar nilai £53 juta yang ada dalam klausa pelepasan Timo Werner.

Sebelum ini Chelsea dilaporkan hanya dalam sesi rundingan untuk mendapatkan Timo Werner dari RB Leipzig selepas mendapat berita Liverpool menghentikan usaha mereka untuk mendapatkan pemain tersebut.

Chelsea tidak menunggu lama untuk menandatangani Timo Werner dan mereka terus menyatakan bahawa pihak the blues mahu mengaktifkan klausa perlepasan yang ada dalam kontrak pemain kebangsaan Jerman itu.

Beberapa media dari Eropah dan Jerman khususnya seperti Bild serta Matt Law dari Telegraph telah mengesahkan perkara tersebut lebih awal lagi.

Fabrizio Romano turut melaporkan bahawa ketika itu Chelsea sudah menghantar bidaan rasmi menerusi ejen mereka untuk menyelesaikan urusan perpindahan Werner.

Chelsea dilaporkan sedia untuk membayar sekitar €60 juta kepada RB Leipzig untuk menyempurnakan urusan perpindahan Timo Werner.

Hal ini kerana mereka akan mendapat sejumlah dana berjumlah €54 juta daripada Atletico Madrid hasil penjualan Alvaro Morata pada akhir musim ini.

Chelsea sebenarnya menghadapi masalah yang sama sahaja seperti pasukan lain di England. Keadaan ekonomi mereka sungguh terkesan ekoran dari penularan wabak Koronavirus.

Akan tetapi, mereka berjaya mendapatkan pulangan hasil daripada penjualan pemain mereka untuk membeli pemain lain pada jendela perpindahan musim panas ini.

Hasil dari penjualan Alvaro Morata, Chelsea hanya perlu menambah sekitar €7 juta sahaja untuk menandatangani Timo Werner dari RB Leipzig.

Tidak dinafikan Chelsea berjaya mendapat pulangan yang lumayan dalam sesi penjualan Alvaro Morata yang mana mereka menjualnya dengan nilai yang sangat tinggi.

Malah sebenarnya, hasil keseluruhan dari penjualan Morata, ditambah dengan nilai bayaran ketika pemain itu dipinjamkan, melebihi nilai klausa perlepasan Timo Werner.

Yang menariknya, keuntungan yang mereka dapat dari menjual bintang sendiri digunakan untuk mendapatkan pemain yang sedang dalam keadaan terbaik dengan nilai yang berpatutan.

Timo Werner dijanjikan bakal menerima €220,000 seminggu di Stamford Bridge, satu tawaran yang sangat lumayan untuk beliau datang bermain di England.

Werner merupakan pemain yang boleh bermain di kesemua posisi bahagian serangan. Jadi Chelsea boleh menggandingkan beliau dengan bintang sedia ada mereka dan bakal menjadi salah sebuah pasukan paling digeruni.

Pembelian yang berbaloi dari Chelsea dan semoga saja peminat Liverpool boleh terima berita ini dengan hati yang terbuka, sebab The Reds memang tak minat nak beli Werner bukan?

BACA:  Isteri Thiago Silva Buat U-Turn Dan Mula Memuji Timo Werner