Kejutan besar terjadi dalam bola sepak Asia Tenggara apabila Persekutuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) dilaporkan mahu meninggalkan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).
Persekutuan Bola Sepak Asia Timur (EAFF) dikatakan menjadi pilihan Indonesia selepas merasa tidak puas hati dengan peraturan di kejohanan Piala AFF B-19 yang berlangsung pada awal bulan ini.
Namun pusingan U telah dilakukan apabila Persekutuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) menyatakan bahawa meninggalkan AFF tidak pernah ada dalam perancangan Indonesia.
Peraturan head-to-head yang dilaksanakan oleh AFF di kejohanan Piala AFF B-19 menyaksikan skuad B-19 Indonesia terkandas di saingan peringkat kumpulan dan gagal melayakkan diri ke peringkat separuh akhir kejohanan.
Didesak Gabung EAFF, Indonesia Rugi Besar Tinggalkan AFF https://t.co/Rkspdd71Hp
— CNN Indonesia (@CNNIndonesia) July 21, 2022
Malah PSSI turut mendakwa Vietnam dan Thailand telah berpakat untuk sengaja seri 1-1 untuk memastikan Indonesia yang beraksi sebagai tuan rumah tersingkir awal.
Dari kontroversi ini timbul laporan bahawa PSSI mahu meninggalkan AFF dan menyertai EAFF.
Ketum PSSI, Mochamad Iriawan atau turut dikenali sebagai Iwan Bule berkata pihak PSSI telah melakukan komunikasi dengan EAFF.
Hasil komunikasi tersebut Iwan Bile mendakwa EAFF telah memberi reaksi positif sekiranya PSSI mahu menjadi ahli gabungan persekutuan itu.
“Iya sudah disampaikan melalui setiausaha agung dan mereka senang saja kalau kita masuk, tapi kami ya mau menghitung dulu,” kata Iwan Bule, seperti dipetik dari Sportstar.id sebelum ini.
“Karena meski [pertandingan] AFF bukan resmi dari FIFA kalau pertandingan ya jadi kami tidak bisa ambil pemain dari luar tetapi kita sering bertanding kan,” tambahnya.
Indonesia Ingin Tinggalkan AFF dan Gabung EAFF, Eks Pelatih Timnas Thailand: PSSI Kekanak-kanakan https://t.co/TSa193vWnO pic.twitter.com/UQcKXOOROS
— Yahoo Indonesia (@Yahoo_ID) July 24, 2022
Namun melalui kenyataan terbarunya, Iwan Bule menafikan mahu PSSI meninggalkan AFF untuk menyertai EAFF dan menegaskan meninggalkan AFF tiada dalam perancangan.
Malah beliau berkata hajat untuk menukar persekutuan itu sebenarnya dilahirkan oleh idea para netizen yang dipanjangkan olehnya untuk dipertimbangkan.
Persekutuan Bola Sepak Asia Timur (EAFF) berbesar hati menerima Indonesia untuk menyertai mereka dalam perbincangan yang mereka lakukan.
Batal Tinggalkan AFF, PSSI dan Timnas Indonesia Diledek Media Vietnam! – Okezone – https://t.co/oZFP0JBOFD – #Arenanews https://t.co/STMaAjg2tb
— Opsi Media Informasi (@Opsi_min) July 26, 2022
Namun, Mochamad Iriawan kini mengeluarkan kenyataan bertentangan. Beliau menegaskan sebenarnya tidak ada perancangan daripada PSSI untuk meninggalkan AFF.
Kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh beliau di hadapan anggota media di Stadium I Wayan Dipta Gianyar pada Sabtu, 23 Julai 2022 yang lalu.
“Saya tidak mengatakan kami akan keluar dari AFF. Saya hanya menyampaikan keinginan warganet. Tidak pernah. Tolong ini diperhatikan,” kata Mochamad Iriawan.
“Kami harus meneliti, menganalisis, tidak bisa membuat keputusan begitu cepat. Ini adalah asosiasi negara-negara ASEAN, secara politik kita berdiri bersama dalam asosiasi ini”.
Pakar sepak bola ASEAN sebut Indonesia mustahil tinggalkan AFF, sebut PSSI seperti bocahhttps://t.co/6Q139kiWG4
— iNews.id (@inewsdotid) July 24, 2022
Tidak dapat dipastikan mengapakah polemik PSSI mahu meninggalkan AFF untuk menyertai EAFF sengaja diperbesarkan sekiranya ia hanya cadangan daripada netizen.
Ada yang bertanggapan polemik itu sengaja diperbesarkan untuk menutup kegagalan skuad B-19 Indonesian di kejohanan Piala AFF B-19 yang lalu.
Indonesia adalah sebuah negara di mana rakyatnya sangat gilakan bola sepak. Kegagalan pasukan itu di pentas antarabangsa tanpa mengira peringkat umur pertandingan sering kali memberi tekanan kepada PSSI.
Adakah isu perpindahan persekutuan turut disengajakan oleh PSSI bagi menutup kegagalan pasukan muda mereka? Selepas menuduh Thailand dan Vietnam sengaja berpakat menyingkirkan mereka di peringkat kumpulan.
Kabar Timnas Indonesia Tinggalkan AFF Disebut Hanya Pengalihan Isu atas Kegagalan di Piala AFF U-19 2022 – Okezone – https://t.co/AeeuKXnS5M – #Arenanews https://t.co/JHVfZjkcFF
— Opsi Media Informasi (@Opsi_min) July 26, 2022
Malaysia mengulangi kejayaan yang pernah dilakukan pada 2018 apabila sekali lagi muncul juara Piala AFF B-19 selepas menewaskan Laos 2-0 di perlawanan akhir.
Walaupun tewas 0-1 di peringkat kumpulan kepada lawan yang sama sebelum ini, pasukan negara kali ini tampil lebih berbeza dengan corak permainan lebih kemas.
Skuad bimbingan Hassan Sazali Mohd Waras menutup mulut para pengkritik apabila muncul juara apabila dikecam hebat di media sosial kerana corak permainan yang tidak menarik.
Malah kemenangan 3-0 ke atas Vietnam juga diperlekehkan dan Malaysia akhirnya muncul juara.