Liverpool memuat naik ucapan khas untuk pemain midfield, Fabinho di laman media sosial mereka, selepas ayah kepada bintang Brazil itu disahkan meninggal dunia.
Isteri kepada pemain midfield Liverpool itu, Rebeca Tavares telah mengesahkan hal tentang kematian bapa mertuanya semalam di laman media sosial miliknya.
Ia satu berita yang tidak begitu baik untuk kem Liverpool terutama Fabinho yang tentunya sangat sedih dengan pemergian ayahnya yang tercinta.
You'll Never Walk Alone, Fabinho ❤️ pic.twitter.com/rVZMmB6jq6
— Liverpool FC (@LFC) August 20, 2021
Pihak kelab menunjukkan tanda sokongan pada Fabinho dengan memuat naik gambarnya di media sosial dengan caption, ‘You’ll Never Walk Alone.’
Jurgen Klopp sendiri sudah mengesahkan yang Fabinho berkemungkinan tidak akan diturunkan ketika aksi bertemu Burnley dalam saingan Premier League hujung minggu ini.
Klopp dalam kenyataannya beliau menyatakan bahawa:
“Saya mahu katakan di sini yang ia adalah situasi yang peribadi. Fab ada di sini dan dia telah melakukan yang terbaik semampu dia dan itu sudah cukup bermakna.”
Morning y’all.
For those who are asking on Instagram …. Fabinho’s father has passed. He will be missed. pic.twitter.com/xUmof1AQLZ— Rebeca Tavares (@reebecatavares) August 20, 2021
“Kami semua bersama dia, kami simpati dengan apa yang berlaku pada dia. Doa kami semua hanya untuk dia dan keluarga dia dan kami cuba berikan segala ketenangan, kasih sayang dan segalanya untuk dia pada ketika ini. Selain dari itu agak peribadi.”
Pihak kelab sebelum ini turut melakukan hal yang sama ketika penjaga gol Liverpool, Alisson Becker meninggal dunia pada Februari lalu.
Liverpool pada ketika itu memuat naik gambarnya dengan caption yang sama, ‘You’ll Never Walk Alone, @Alissonbecker.’
Klopp turut mendedahkan yang Jordan Henderson dan Thiago Alcantara berkemungkinan akan diturunkan beraksi bertemu Burnley nanti.
We send our condolences to Fabinho and his family after the passing of his Father. YNWA Fabinho we are very sorry for your loss. pic.twitter.com/8q99p6d7iL
— IrishLiverpoolReds (@IrishLivReds) August 20, 2021
Kedua-dua pemain midfield itu tidak diturunkan ketika aksi kemenangan 3-0 Liverpool menewaskan Norwich sebelum ini dengan mereka sebenarnya sedikit terlewat kembali menyertai skuad kerana terlibat dengan kejohanan Euro 2020.
“Mereka sudah cergas, mereka nampak berada dalam keadaan yang baik-baik, sekarang kita perlu buat keputusan.”
Jelas Klopp.
“Mereka nampak sangat bagus ketika aksi perlawanan persahabatan dan ketika sesi latihan minggu ini. Sekarang semuanya atas saya untuk membuat keputusan.”
Liverpool sebelum ini berjaya menewaskan Norwich 3-0 ketika aksi perlawanan pembukaan saingan Premier League minggu lalu.
🚨 NEW: Liverpool are likely to be without Fabinho against Burnley on compassionate grounds with the Brazilian having missed training this week following the death of his father. #awlive [liverpool echo] pic.twitter.com/t5s5pY3vEF
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) August 20, 2021
Diogo Jota, Roberto Firmino dan Mohamed Salah berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan tersebut.
Salah tidak dinafikan sedang berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini dengan beliau berjaya meledak satu gol dan mencatatkan dua assists dalam perlawanan tersebut.
Para peminat tentunya berharap agar Liverpool berjaya mengekalkan tahap persembahan yang sama dan bakal menewaskan Burnley malam ini.
Liverpool have posted a message of support to midfielder Fabinho on social media after it was confirmed his father had died #LFC https://t.co/aMka5uFdXV
— talkSPORT (@talkSPORT) August 21, 2021
Liverpool pada musim lalu memulakan kempen saingan liga dengan agak teruk, sebelum mereka kembali bangkit mencatatkan sembilan kemenangan berturut-turut di akhir musim untuk mengesahkan slot khas ke saingan Champions League musim ini.
Sumber: talkSPORT