UEFA Didesak Untuk Ulang Semula Perlawanan Antara England Bertemu Denmark Kerana Ada Kecurangan Yang Berlaku

Salah seorang peminat bola sepak yang bengang dengan keputusan pengadil perlawanan yang dianggap terlalu berpihak kepada England telah melancarkan petition untuk meminta perlawanan itu diulang semula.

Para peminat merasakan ada yang tidak kena dengan keputusan pengadil perlawanan, Danny Desmond Makkelie yang menghadiahkan sepakan penalti kepada England dalam aksi pertemuan bertemu Denmark awal pagi tadi.

The Three Lions terlebih dahulu ketinggalan pada aksi babak pertama permainan selepas Mikkel Damsgaard menjaringkan gol yang cukup cantik untuk Denmark mendahului permainan.

Bintang berusia 21 tahun itu menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dalam kejohanan Euro 2020 ini.

Sepakan percuma yang cukup cantik dan padu itu berjaya menewaskan Jordan Pickford yang masih belum mencatatkan bolos dari lima perlawanan dalam saingan Euro 2020 sebelum ini.

Jadi agak berbaloi untuk melihat gol secantik itu memecahkan rekod bersih England tidak dibolosi sepanjang kejohanan setakat ini.

Selain rembatan yang kemas dan padu, pujian juga harus diberikan kepada pemain Denmark yang membina tembok mereka sendiri sebelum membolosi England buat pertama kali dari enam perlawanan.

Namun Denmark hanya mendahului permainan selama sembilan minit sahaja sebelum Bukayo Saka membantu England untuk menyamakan kedudukan.

Bintang Arsenal itu cuba melakukan hantaran mencari Raheem Sterling, namun Simon Kjaer tersilap meletakkan bola itu di dalam gawang golnya sendiri.

Kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk menambah gol pada aksi babak kedua permainan, dengan Pickford turut berjaya menyelamatkan satu percubaan berbahaya dari Kasper Dolberg.

Insiden berlakunya isu yang mengatakan Sterling dive

Harry Maguire turut sempat untuk melakukan taktik keji dengan merebahkan badan di dalam kotak penalti namun tidak mendapat perhatian dari pengadil perlawanan.

Kane berjaya meletakkan England di hadapan ketika perlawanan masuk ke aksi tambahan masa hasil dari keputusan kontroversi pengadil yang memberikan The Three Lions sepakan penalti.

England berjaya menewaskan Denmark 2-1 seterusnya mara ke perlawanan akhir untuk bertemu Itali pada hujung minggu nanti.

Cris Pinto telah melancarkan petition menerusi Change.org untuk meminta UEFA supaya membatalkan gol Harry Kane kerana penalti yang dihadiahkan kepada England tidak telus.

Beliau menulis di The Change.org dengan menyatakan:

“Kami berharap pihak kamu membatalkan keputusan berkait sepakan penalti England ketika bertemu Denmark.”

“Ia merupakan keputusan yang salah, untuk berikan penalti, ia perlukan sentuhan dan untuk isu ini, dia langsung tidak disentuh.”

“Jika hal ini tidak diperbetulkan, ia jelas menunjukkan kegagalan UEFA dan keindahan dalam dunia bola sepak.”

Walau bagaimanapun, petition itu hanya ditandatangani oleh 122 orang peminat sahaja ketika artikel ini ditulis( 3pm 8/07/2021).

Walaupun petition itu jelas tidak akan mengubah keputusan perlawanan, namun kesemua mereka yang sudah menurunkan tandatangan masing-masing tentu berpuas hati selepas meluahkan rasa geram mereka berkait keputusan pengadil perlawanan itu.

“Saya mahu lihat penentuan sepakan penalti antara kedua-dua pasukan itu dan ia akan berikan keputusan yang lebih adil.”

“Saya setuju. Ia nampak terlalu berat ke England, itu bukan penalti.”

“Saya hairan, kenapa di waktu terdesak seperti itu, pengadil tidak pergi merujuk sendiri VAR sebelum membuat keputusan.”

“Bukan penalti, tambahan pula ada bola kedua di atas padang, perlawanan sepatutnya dihentikan.”

Ramai yang percaya perlawanan sepatutnya dihentikan sebelum Sterling berpura-pura jatuh di dalam kotak penalti, kerana adanya bola kedua di atas padang pada ketika itu.

Skuad kendalian Gareth Southgate berjaya mara ke perlawanan akhir saingan Euro 2020 selepas mencatatkan kemenangan 2-1 menewaskan Denmark awal pagi tadi.

Selepas terikat dengan keputusan 1-1 perlawanan dilanjutkan ke aksi tambahan masa dan England berjaya menjaringkan gol yang agak kontroversi pada minit ke-104 untuk mengesahkan tempat mereka di perlawanan akhir nanti.

Raheem Sterling memenangi sepakan penalti selepas mendakwa dirinya dijatuhkan oleh Joakim Maehle dan keputusan pengadil untuk memberikan sepakan penalti telah mencetuskan kontroversi.

Selain kerana menganggap Sterling jelas merebahkan badan, peminat juga mengesan ada bola kedua di atas padang sebelum Sterling masuk ke dalam kotak penalti.

Sterling bahkan membawa bola betul-betul di hadapan bola kedua yang berada di atas padang, dan walaupun bola kedua itu tidak mengganggu permainan, namun pengadil sepatutnya menghentikan seketika perlawanan.

Ada dua bola di atas padang

Harry Kane berjaya menyempurnakan bola rebound yang menuju ke arahnya selepas sepakan penalti beliau diselamatkan oleh Kasper Schmeichel.

Skuad kendalian Gareth Southgate itu berjaya mara ke perlawanan akhir pertama mereka di pentas bola sepak antarabangsa sejak tahun 1966.

Sebelum membawa pulang Piala impian negara itu, England perlu memastikan mereka sudah cukup bersedia untuk berdepan dengan Itali selepas ini.

The Azzuri itu merupakan pasukan pilihan untuk memenangi kejohanan ini dengan mereka juga sedang berada di tahap persembahan yang terbaik pasukan.

Pertembungan antara Itali dan England jelas merupakan perlawanan paling dinanti-nantikan oleh para peminat.

Kedua-dua pasukan tentunya akan menyajikan aksi yang menarik dan menakjubkan pada hari perlawanan nanti dalam usaha mereka untuk menjulang Piala terbesar dalam pentas saingan bola sepak Eropah itu.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Taktik Pelik Penjaga Gol Romania Punca Henderson Gagal Jaringkan Penalti?