Wonder kid AC Milan Francesco Camarda terpaksa melupakan beraksi dalam perlawanan UEFA Champions League menentang Newcastle United pada bulan hadapan disebabkan peraturan ketat oleh UEFA.
Pemain berusia 15 tahun itu menjadi pemain termuda melakukan penampilan di Serie A pada Sabtu lalu untuk membantu pasukannya merekodkan kemenangan 1-0 ke atas Fiorentina.
Camarda tampil daripada bangku pemain simpanan untuk menggantikan Luka Jovic ketika perlawanan berbaki 7 minit, dan aksi yang ditampilkan pemain muda itu sudah cukup untuk menyebabkan penyokong Milan yang hadir di San Siro memberikan standing ovation kerana kagum dengan apa yang ditampilkan oleh pemain itu.
Here Francesco Camarda’s parents in tears when 15 year old striker entered the pitch at San Siro ❤️✨
AC Milan’s 2008 born talent became the youngest debutant in Serie A history. 🇮🇹 pic.twitter.com/jzCCfooLaY
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 26, 2023
Cemerlang dalam perlawanan tersebut menyebabkan ramai penyokong Milan berharap mereka mampu melihat lebih banyak aksi daripada Camarda.
Wonder kid Milan itu mendapat perhatian Stefano Pioli untuk diserapkan ke skuad utama selepas merekodkan purata 5.5 gol di setiap perlawanan bersama skuad remaja.
Dan jika anda berharap menyaksikan aksi Camarda di pertandingan elit bola sepak Eropah seperti Champions League pada musim ini, ia tidak akan berlaku di masa terdekat.
Ini kerana UEFA mempunyai peraturan ketat berkenaan had umur dan kontrak profesional pemain yang hanya membenarkan pemain di atas usia 16 tahun sahaja untuk mengambil bahagian.
Camarda sebaliknya hanya genap berusia 16 tahun pada Mac tahun hadapan. Ini bermakna buat masa ini pemain penyerang itu tidak layak beraksi di Champions League.
Francesco Camarda is now the youngest Serie A player ever (15 years, 260 days) 🔴⚫️#UCL pic.twitter.com/7kSnxCwk6Y
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) November 26, 2023
Pemain itu kini turut menjalani hukuman gantung beberapa perlawanan selepas menerima layangan kad merah di perlawanan peringkat usia dalam perlawanan menentang skuad B-19 PSG pada bulan lalu.
Camarda sebenarnya hanya dipanggil untuk berlatih bersama skuad utama Milan sebelum kekalahan 3-1 kepada Borussia Dortmund.
Di perlawanan tersebut, Camarda bagaimanapun tidak berada di dalam skuad hari perlawanan.
Milan kini berada di kedudukan terbawah peringkat kumpulan Champions League, dan satu-satunya kemenangan yang direkodkan setakat ini adalah ketika menentang PSG pada bulan lalu.
Ini juga bermakna Milan wajib menewaskan Newcastle selepas ini untuk layak ke pusingan kalah mati.
Dan Piolo terpaksa melakukannya tanpa bintang baharu dalam pembikinan mereka itu.