UEFA Mengundi Hapuskan Peraturan Gol di Tempat Lawan

Para pembesar dalam Jawatankuasa Pertandingan Kelab(UEFA) telah mengundi untuk menghapuskan peraturan gol di tempat lawan. Keputusan ini dicapai dalam satu mesyuarat pada hari Jumaat lalu dan kini keputusan penuh adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Eksekutif UEFA sama ada ingin meneruskan hasil daripada undian tersebut atau tidak.

Peraturan sebelum ini menyatakan sekiranya kedua-dua pasukan terikat jumlah jaringan selepas dua pusingan perlawanan, pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol di tempat lawan akan layak ke pusingan seterusnya.

Undian daripada pihak UEFA ini dilakukan selepas mereka merasakan bahawa peraturan ini sudah ketinggalan zaman dan dikatakan sebenarnya sudah bersetuju untuk menghapuskan peraturan tersebut dalam satu konvensyen di Porto.

Kini mereka memasuki fasa untuk melakukan perubahan dan melobi pembuat keputusan di peringkat Jawatankuasa Eksekutif.

Antara bekas pemain yang berada dalam Jawatankuasa Eksekutif ini adalah bintang Piala Dunia 1998 Croatia, Davor Suker, dan bekas pemain AC Milan, Dejan Savićević.

Satu laporan awa ada menyebut bahawa penggunaan gelanggan neutral ketika pusingan suku akhir kejohanan UCL dan Europa hujung musim lalu menjadikan petaturan ini tidak lagi diminati oleh penggiat bola sepak.

Sesetengah pegawai UEFA pula berpendapat bahawa pada zaman ini bermain di tempat sendiri juga tidak menjadi satu kelebihan buat kebanyakan pasukan.

Hal ini terbukti pada musim ini di mana pasukan yang tewas dalam perlawanan akhir Liga Europa tempoh hari dilihat cemerlang di tempat lawan berbanding di laman sendiri pada musim ini.

Dalam era bola sepak moden hari ini, antara pasukan yang mendapat faedah daripada peraturan ini adalah Tottenham Hotspur yang layak ke perlawanan akhir UCL selepas seri dengan Ajax Amsterdam secara aggregat, dan juga Manchester United yang menyingkirkan Paris Saint Germain selepas menang di tempat lawan 3-1, menjadikan aggregat 3-3.

Pada musim ini, Juventus ditendang keluar daripada saingan UCL oleh Porto pada peringkat pusingan 16 pasukan di mana mereka tewas 1-2 di tempat lawan, dan menang 3-2 di laman sendiri.

Antara watak utama yang mengkritik peraturan ini adalah pengurus lagenda Arsenal, Arsene Wenger, yang kini bekerja sebagai Ketua Pembangungan Bola Sepak Sejagat FIFA.

“Aku percaya bahawa permainan taktikal ke arah mencari gol di tempat lawan menjadi terlalu penting,” katanya pada tahun 2008.

“Pasukan seri 0-0 di tempat sendiri dan mereka gembira. Berbanding mempunyai kesan yang positif, dia dah jadi pasukan terlalu bertaktik dalam perlawanan era moden ini.

“Dia dapat kesan yang berlawanan daripada yang sepatutnya. Pasukan jadi lebih bertahan bila bermain di laman sendiri.”

Tentangan terhadap peraturan ini dikuatkan lagi tiga tahun lalu di mana pengurus berprofil tinggi seperi Jose Mourinho, Unai Emery dan Massimiliano Allegri mahukan kajian semula.

Sebagai jawapan balas, Giorgio Marchetti, Timbalan Setiausaha Agung UEFA berkata,”Para jurulatih rasa menjaringkan gol di tempat lawan tak sesukar zaman dulu.

“Mereka rasa peraturan ini perlu dikaji dan itulah yang kita akan buat.”

Dalam satu laporan oleh Daily Telegraph, data menunjukkan bahawa semakin sedikit pasukan yang mencatatkan clean sheet di tempat sendiri, dengan pasukan pelawat lebih banyak mencatatkan kejayaan dalam beberapa musim kebelakangan ini.

Bilamana peraturan baru mula digunapakai di Eropah, pasti akan ada banyak negara yang akan mengikut jejak langkah ini termasuk Malaysia. Ye lah, kiblat bola sepak Malaysia kan terletak di Eropah. Gaya rambut pemain di Malaysia pun dah sama taraf dengan pemain Eropah.

Sumber : Mirror

BACA:  Mourinho Ambil Tindakan Nekad Tinggalkan Badan UEFA