UEFA Nations League: Portugal 3-0 Sweden

Tanpa Cristiano Ronaldo yang dijangkiti wabak yang sedang melanda dunia kini, Portugal tiada masalah untuk mencatatkan kemenangan penuh bergaya ke atas Sweden di UEFA Nations League.

Ketiadaan Ronaldo di padang sedikit sebanyak membantutkan usaha beliau untuk memecahkan rekod penjaring gol sepanjang zaman di peringkat antarbangsa.

Pemain baru yang dibeli Liverpool, Diogo Jota menggalas tugas yang sudah lama berada di bahu Cristiano Ronaldo apabila menjaringkan dua gol dan satu assist.

Diogo Jota hampir membuka jaringan pada seawal minit pertama perlawanan melalui satu rembatan padu tapi sayang rembatannya itu sedikit tersasar disebelah kiri gawang.

Portugal terus garang, dua minit kemudian hantaran silang cantik Joao Cancelo berjaya menemui William Carvalho yang tidak dikawal dan tandukan bebas Carvalho terkena tiang.

Pada minit ke-21 hantaran penuh bersahaja, tenang dan memukau Diogo Jota mudah disempurnakan oleh Bernardo Silva dengan satu sepakan lencong dari kaki kiri.

Sebelum tamat separuh masa pertama Diogo Jota menggandakan kedudukan selepas menyudahkan hantaran panjang Joao Cancelo dengan satu rembatan jarak dekat.

Hantaran gelembung buaya Cancelo melantun ke tanah dan tepat mencari Jota yang bijak melakukan larian dan terlepas perangkap offside dengan satu kawalan bola dengan pinggang, boom gol.

Sudah menjadi takdir buat Sweden akan menjadi mangsa ketajaman dan kegarangan Diogo Jota yang menjaringkan gol ketiga pada minit ke-73.

Menerima hantaran dari William Carvalho dari kiri padang, Jota telah membuka satu larian solo seperti lipas kudung dan memotong ke dalam kotak.

Kelajuan Jota dan kawalan bola menakjubkan dipamerkan Jota gagal untuk dihalang 3 pemain Sweden dan satu rembatan dilepas, Robin Olsen tertewas buat kali ketiga.

Secara keseluruhannya Diogo Jota telah terlibat dalam kesemua gol Portugal dalam perlawanan ini dengan statistik yang mengagumkan:

55 touches
6 shots
4 take-ons completed
2 goals
2 chances created
1 assists

Dengan kecemerlangan ini Jota telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

SWEDEN XI: 1. Olsen, 2. Lustig, 18. Jansson, 3. Lindelof, 5. Bengtsson, 15. Kulusevski, 20. Olsson, 8. Ekdal, 17. Claesson, 9. Berg, 22. Quaison

PORTUGAL XI: 1. Patricio, 20. Cancelo, 3. Pepe, 4. DIas, 5. Guerreiro, 13. Pereira, 14. Carvalho, 11. Fernandes, 21. Jota. 23. Felix, 10. B.Silva

BACA:  Tidak Akan Ada Kelibat Itali atau Portugal Di Piala Dunia Qatar 2022