Perlawanan UEFA Cup 2020 seperti biasa diadakan setiap tahun bagi mencari penakluk Eropah yang baharu menemukan gergasi Jerman, Bayern Munich dan Sevilla yang mendominasi kejohanan Eropah musim lalu.
Bayer Munich selaku juara Champions League bertemu dengan Sevilla yang merupakan juara dan juga sangat pakar dalam kejohanan kelas dua Eropah, Europa League.
Perlawanan UEFA Super Cup kali ini dilangsungkan di Puskas Arena bertempat di Budapest, Hungary menyaksikan aksi kebangkitan Bayern Munich untuk muncul juara.
🔴 Bayern have won their last 22 games in all competitions.
⚪️🔴 Sevilla are 21 matches unbeaten. #SuperCup pic.twitter.com/fhnL7Ux1Es
— UEFA #SuperCup (@ChampionsLeague) September 24, 2020
Sejarah tercatat apabila perlawanan ini disaksikan oleh 15,000 penyokong yang hadir di stadium dan menjadi perlawanan major pertama Eropah membenarkan penonton masuk sejak PKP dikenakan diseluruh dunia.
Pada minit ke-13, Sevilla telah berada dihadapan melalui sepakan penalti Lucas Ocampos selepas Ivan Rakitic dikasari oleh David Alaba.
Lucas Ocampos telah mempamerkan teknik bermutu tinggi dan penuh berisiko dengan melakukan jurus sepakan ‘no look penalty’.
💯 Lucas Ocampos has scored EVERY penalty he has taken for Sevilla (6/6) 💪#SuperCup pic.twitter.com/ilSKRZWfWJ
— UEFA #SuperCup (@ChampionsLeague) September 24, 2020
Bayern Munich berjaya menyamakan kedudukan sebelum rehat separuh masa pertama melalui Leon Goretzka yang menjaringkan gol hasil sentuhan ajaib Lewandowski.
Separuh masa kedua tiada tambahan gol daripada kedua-dua pasukan Robert Lewandowski dan Leroy Sane nyaris menjaringkan gol untuk menamatkan permainan dalam masa sebenar.
Peluang keemasan dan paling besar adalah milik pemain gantian Sevilla, Youssef En-Nesyri pada penghujung perlawanan namun percubaannya dikeluarkan Manuel Neuer ketika situasi 1 vs 1.
🔴 Javi Martínez the hero as Bayern become 10th club in history to have won the Super Cup more than once 🏆🏆#SuperCup
— UEFA #SuperCup (@ChampionsLeague) September 24, 2020
Selepas 90 minit kedudukan terikat 1-1 dan permainan dibawa ke masa tambahan untuk mencari penakluk Eropah tunggal.
Dalam setiap perlawanan meruebut piala pasti ada sang wira dan Javi Martinez muncul wira Bayern Munich yang masuk dari bangku simpanan pada minit ke-99 di masa tambahan.
Hanya lima minit diperlukan Javi Martinez untuk meletakkan Bayern Munich dihadapan dan membawa Bayern muncul juara UEFA Super Cup 2020.
Sevilla XI: Bono, Jesus Navas, Carlos, Kounde, Escudero, Fernando, Jordan, Rakitic, Ocampos, Suso, de Jong
Bayern Munich XI: Neuer, Süle, Pavard, Kimmich, Alaba, Goretzka, Hernandez, Müller, Sane, Gnabry, Lewandoski