UFC 265: Fiziev Mengejutkan Ramai Pihak Selepas Beliau Mencabar Hasbulla Untuk Bertarung Dengannya

Rafael Fiziev dengan tiba-tiba menyebut nama bintang yang menjadi sebut-sebutan dalam dunia sukan MMA ketika ini, Hasbulla Magomedov ketika temu bual tamat perlawanan beliau di acara UFC 265.

Beliau seolah-olah tidak memikirkan kesan dan implikasi dari cabarannya itu yang berani-beraninya mencabar legenda Tik-Tok Hasbulla Magomedov.

Fiziev dan Bobby Green bertarung dalam acara utama bersama pertarungan merebut sabuk kejuaraan interim heavyweight antara Ciryl Gane bertemu Derrick Lewis.

Kedua-dua petarung itu telah mempamerkan aksi pertarungan yang sungguh luar biasa menakjubkan, dengan petarung dari Kazakhstan, Fiziev berjaya memenangi pertarungan tersebut.

Dek kerana hebatnya aksi yang dipamerkan oleh kedua-dua pertarung itu, mereka turut menerima ‘Fight of the Night bonus’ selepas tamat perlawanan tersebut.

Fiziev yang memenangi pertarungan tersebut telah ditemu bual di atas gelanggang oleh Daniel Cormier, beliau yang awalnya bersorak atas kemenangannya, dengan tiba-tiba menyebut nama Hasbulla.

Hasbulla merupakan seorang remaja kelainan upaya dari Rusia yang kini berusia 18 tahun, namun mempunyai fizikal dan sikap yang sama seperti kanak-kanak berusia 7 tahun.

Beliau telah menjadi fenomena internet sejak beberapa bulan kebelakangan ini, terutama sekali ketika perseteruan hangatnya dengan Abdul Rozik.

Hasbulla turut pernah mencabar beberapa bintang UFC seperti Henry Cejudo dan Conor McGregor untuk mencabar mereka bertarung dengannya di dalam Octagon.

Magomedov turut dikenali sebagai ‘Mini Khabib’ dengan legenda UFC dari Dagestan, Nurmagomedov sendiri pernah bersemuka dengan Hasbulla.

Khabib bahkan turut sempat bergurau meramalkan yang Hasbulla akan berjaya untuk menewaskan Cejudo seandainya mereka dipertemukan.

Walau bagaimanapun, tidak ada sesiapa dari UFC yang benar-benar mencabar Hasbulla di atas gelanggang seperti apa yang dilakukan oleh petarung dari Kazakhstan itu.

Tidak pasti sama ada Fiziev benar-benar memaksudkan apa yang beliau katakan atau beliau sekadar bergurau dengan Hasbulla, dan jika ia benar, beliau mungkin perlu dapatkan rawatan mental.

Kerana beliau seolah-olah mahu mengatakan yang Hasbulla telah merampas segala yang beliau usahakan untuk berjaya dalam dunia sukan MMA ini.

Peminat semuanya sedar yang Hasbulla sekadar bergurau dan mustahil untuk beliau benar-benar bertarung dengan Cejudo atau McGregor atau Fiziev sendiri.

Namun jika beliau sekadar bergurau, Fiziev bolehlah dipuji kerana beliau bijak memanfaatkan kesempatan yang ada untuk mendapatkan perhatian ramai.

Pertarungan antara Fiziev bertemu Green sememangnya antara yang terbaik tahun ini

Terdapat laporan yang turut menyatakan bahawa, Hasbulla dengan seteru utamanya, Abdul Rozik kini sudah ada penaja utama yang berminat untuk menaja pertarungan mereka.

Bila perlawanan itu akan dilangsungkan masih belum diketahui, namun satu hal yang pasti, peminat seluruh dunia tentunya tidak sabar untuk menonton perlawanan yang bakal menjadi pertarungan paling epik itu.

Selain isu Fiziev yang seolah menggantung diri dengan mencabar Hasbulla, satu lagi insiden menarik yang berlaku di acara UFC 265 adalah ketika melihat Gane menewaskan Lewis pada pusingan ketiga pertarungan mereka, untuk menjadi Juara interim kategori heavyweight dunia UFC.

Apa alasan sebenar UFC menyediakan sabuk kejuaraan interim masih belum di ketahui, kerana Francis Ngannou baru sahaja memenangi kejuaraan heavyweight dunia UFC pada bulan lalu dan beliau tidak tercedera.

Francis Ngannou selepas ini akan bertemu dengan Juara interim itu dalam tempoh waktu yang tidak jauh dari sekarang.

Untuk Fiziev pula, beliau seharusnya lebih berhati-hati dengan apa yang beliau minta dan inginkan, kerana Hasbulla tak akan berdiam diri dan akan memberinya pengajaran berharga.

Sumber: SB

BACA:  Khabib Mengucapkan Tahniah Kepada Justin Geathje Kerana Menewaskan Tony Ferguson