Pernahkan anda mendengar ‘Superman punch’ ?
Penggusti WWE tersohor yang pernah menjadi juara WWE, Roman Reigns merupakan individu yang mempopularkan gaya tumbukan ala-ala Superman ini.
Tumbukan seperti ini biasanya popular di gelanggang WWE tetapi pada pagi kelmarin, ia berlaku di dalam gelanggang UFC !
Pada pagi kelmarin, berlangsung ‘UFC Fight Night’ di Nashville, negeri yang popular dengan lagu Country atau ‘Irama Amerika Syarikat’.
Acara tersebut berlangsung di Bridgestone Arena dengan pertarungan divisyen ‘Welterweight’ di antara Stephen ‘Wonderboy’ Thompson menentang Anthony Pettis menjadi acara utama.
Yang pasti, pertarungan Thompson menentang Pettis nyata tidak mengecewakan. Peminat disajikan dengan satu tumbukan ‘Superman Punch’ yang berjaya menidurkan pihak lawan.
Thompson merupakan petarung ‘Welterweight’ yang berada di ranking ke-3 manakala Pettis baru melangkah naik ke divisyen tersebut dimana beliau sebelum ini bertarung dalam divisyen ‘Lightweight’.
Pusingan pertama berlangsung dengan pantas dimana Thompson dilihat menguasai pertarungan dengan tendakan bawah yang padu sehingga Pettis tidak mampu berada dekat.
Muka Pettis mula bercucuran dengan darah akibat tumbukan Thompson. Pettis seakan-akan menunggu masa untuk tumbang sekiranya beliau berterusan menerima sepakan daripada Thompson yang sebelum ini pernah muncul juara dunia ‘Kickboxing’.
Namun dalam UFC, kemenangan boleh ditentukan dalam sekelip mata sahaja. Pettis berjaya menghalang sepakan Thompson dan melihat satu ‘opening’ dan melancarkan satu ‘Superman Punch’ yang tepat hinggap ke muka Thompson.
Thompson terus tumbang dan Pettis mengambil kesempatan tersebut untuk melancarkan beberapa lagi tumbukan ke arah muka Thompson.
Wonderboy is something else…
Still with a smile on his face.
Nothing but respect ?#UFCNashville pic.twitter.com/QccSeyIkHD
— UFC on BT Sport (@btsportufc) March 24, 2019
Pengadil, Herb Dean bertindak pantas menamatkan pertarungan selepas melihat Thompson tidak sedarkan diri.
Sebaik sahaja muncul pemenang, Pettis mengelap darah yang membasahi mukanya lalu menjilatnya seperti pahlawan Sarawak, ‘Rentap’ yang baru sahaja memenggal kepala lawannya.