Petarung meningkat naik UFC, Yair Rodriguez menghasilkan salah satu ‘knock-out punch’ paling hebat yang pernah disaksikan sepanjang sejarah UFC ketika menewaskan Chan Sung Jung dengan pertarungan hanya berbaki satu saat sahaja !
Pertarungan Rodriguez dan Sung Jung atau lebih dikenali sebagai ‘Zombie Korea’ merupakan ‘Main Event’ bagi UFC Fight Night 139 yang berlangsung di Denver, Amerik Syarikat kelmarin.
Ketika pertarungan memasuki saat terakhir iaitu pada 4 minit 59 saat pusingan ke-5, petarung dari Mexico itu tunduk lalu melibas sikunya dari belakang lalu terkena kepala Sung Jung. Pengadil terus memberhentikan pertarungan selepas melihat Sung Jung jatuh terkulai tidak sedarkan diri.
Sayang buat Sung Jung kerana beliau sebenarnya sedang mendahului kiraan pertarungan dengan dua dari tiga pengadil yang mengadili pertarungan tersebut meletakkan beliau sebagai pemenang.
Dengan kemenangan ini, Rodriguez memperbaiki rekodnya dalam UFC kepada 11 kemenangan dan 2 kekalahan.
Dalam satu Instagram post selepas pertarungan berakhir, Rodriguez mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyokongnya dan tidak lupa kepada Sung Jung yang memberikan tentangan sengit kepadanya.
“Terima kasih kepada mereka yang masih mempercayai saya !”
“Terima kasih juga kepada @koreanzombiemma atas ‘perang’ tadi dan hormat dari pasukan anda. Anda membuatkan saya kagum dan hormat kepada anda.”
https://twitter.com/derr_ubermensch/status/1061527009904545792
#UFCDenver #UFC Korean Zombie got KO'd on d last sec of 5th rnd by wicked elbow of Yair Rodriguez ?? pic.twitter.com/ww7rcANY2J
— Elias♥Salome (@kr1skraken) November 11, 2018
WHAT. AN. ELBOW.
Yair Rodriguez gets the KO victory with seconds left. pic.twitter.com/G6Y8VYhAcC
— FOX Sports: UFC (@UFCONFOX) November 11, 2018