Ulasan Sharip Dolsson: Arsenal Yang Berjaya Menjadi Lapang Sasar

Malam yang hening pastinya indah apabila anda menonton aksi tembak menembak di dalam televisyen. Rahim Martial, Hairi Kante dan Rizal Firmino, kali ini duduk semeja. Dengan adalah hiburan malam itu.

Tinggal Arsenal, pasukan yang diuruskan lelaki Sepanyol, bernama Turki, berwajah Loki, pasukan big 6 yang tak turun beraksi.

Mesut Zakri sudah menunggu rakan-rakannya yang lain di open air kedai mamak. Maklumlah, lawan Watford. Pasukan paling corot. Pasukan yang baru tukar jurulatih dan lantik semula Kiki Challenge sebagai jurulatih.

Zakri dengan sengaja meminta Rahim, Hairi dan Rizal mendengar: “Ini kalilah, tengok line up pun dah tahu menang mudah. Ada Luiz ada pemain kebangsaan Perancis, Guendouzi, ada Ceballos, Ozil pun kembali. Habislah kau Troy Deeney.”

Dendam Zakri dan penyokong Arsenal kepada Deeney tak akan padam. Pemain yang pernah melabel Arsenal sebagai tidak begitu berkojon (cojone), ataupun tiada kepala ko*e. Elok lagi Norwich yang ada Pukki.

“Mana kau Deeney? La tak main rupanya,” tambah Zakri lagi.

Bermula sahaja perlawanan, Arsenal terus memburu gol dan mereka dengan pantasnya mendapat 2 gol pada separuh masa pertama.

Siapa lagi kalau bukan Aubameyang. Pemain yang sentiasa komited dengan tugasannya sebagai penjaring gol.

Pada separuh masa kedua, David Luiz dan Sokratis turut komited dengan tuga mereka seperti Aubameyang. Di mana Sokratis dan Luiz melakukan aksi kelakar dan memberikan lawan gol.

Mesut Zakri mulai panik apabila pasukannya dibolosi selepas aksi komedi si Sokratis. Pemain yang pernah melabel serangan Burnley lebih kuat daripada Liverpool.

Dalam kedudukan 2-1, Guendouzi punyalah bangga memberitahu dunia bahawa mereka kini sedang mendahului.

Loki kemudian mengeluarkan beberapa pemain utama termasuk Dani Ceballos, Ozil dan memasukkan budak wicet, di Willock dan juga Torreira.

Jika penyokong Arsenal mahukan kemenangan, Loki pula ada misi yang lain. Misi beliau adalah mahu menjadikan Arsenal sebagai lapang sasar. Tempat pasukan lawan berlatih menembak.

Sepanjang perlawanan Watford diberikan kebenaran melakukan percubaan ke arah gol, lagi, lagi dan lagi. Sehinggakan Bernd Leno kelihatan mahu balik ke Jerman.

Aubameyang hanya mampu bercekak pinggang melihat usaha Unai Emery itu. Beliau sudah berkali-kali dalam situasi ini. Menjaringkan gol di hadapan, dan rakan-rakannya di belakang pula cuba mencari bolos.

Tidak cukup dengan itu. David Luiz pula meneruskan misinya untuk menghalang Arsenal layak ke Champions League. Beliau memberikan 1 lagi penalti kepada lawan.

Selepas berjaya menghalang Arsenal musim lalu, Luiz kembali meneruskan misinya musim ini

Arsenal akhirnya berjaya untuk seri dengan Watford. Xhaka tetap berpuas hati dengan seri, membawa pulang 1 mata walaupun mereka gagal dalam misi untuk kalah daripada kedudukan leading 2 gol.

Terpancar senyuman di wajah Unai Emery yang bakal menerima bonus daripada pemilik, selepas mencapai KPI baharu iaitu, menjadikan Arsenal tempat lapang sasar.

3 perlawanan sahaja Arsenal berjaya membenarkan lawan mereka menembak mereka 84 kali. Mana ada pasukan lain yang seperti Arsenal.

Di Vicarage Road, kejayaan itu mereka capai hasil penat lelah dan usaha berlipat ganda pada separuh masa kedua. Di mana pada second half mereka dirembat 23 kali oleh lawan.

Jelas sekali pembelian David Luiz semakin membuahka hasil untuk Unai Emery terus memberikan hiburan kepada penyokong lawan dan menjadikan Arsenal tempat berlatih shooting.

Mana ada calon pemain lain lebih baik daripada Luiz, jika anda mahu menjadi lapang sasar?

Malah jumlah shot yang mereka hadapi malam itu adalah jauh lebih banyak daripada yang mereka hadap ketika dibantai 8-2 oleh Setan Merah dan juga kalah 5-1 di tangan pasukan Burung, serta dibelasah 6-3 oleh kelab Pak Arab.

Di tengah, letak pula Xhaka, memang ngam. Pepe masih menjadi pemain yang hanya datang melakukan persembahan menggelecek. Dan itu pastinya mengejutkan Mesut Zakri dan Roy Torreira. Mereka berkata: “Bukan ini yang kita tengok kat youtube hari tu.”

Kata mereka berdua yang sebenarnya sebelum ini tak tahu pun siapa Pepe ni. Cuma ketika ditandatangani Arsenal baru keluar segala macam statistik dan pemujian kehebatan Pepe. Itu belum cerita kegirangan mereka melihat Pepe menggelecek Van Dijk dengan larian ke tiang corner.

Siap membandingkan Pepe dengan Daniel James. Aduh, Daniel James tu pun kau nak bandingkan dengan Pepe. Itupun James dan skor banyak daripada Pepe.

Apalagi, peluang la peminat Setan Merah nak tembak balik. Mereka pun bukan selalu nak menang dalam pertarungan troll ni.

Tamat perlawanan, semua penyokong Arsenal meneruskan kehidupan normal sebagai penyokong Arsenal. Dia kutuk Rahim Martial dan Rizal Firmino sembang sejarah, dan dia pula jadikan modal pasukan invincibles untuk berkonfrontasi.

Hari tu, dia jugalah yang troll si Setan Merah cakap: “Ala seri je pun, bukan kalah.”

Harap dia tak guna ayat yang sama. Ini seri dengan Watford tau, dari kedudukan pendahuluan 2 gol. Dan bukan seri dengan pasukan big 6, ataupun comeback daripada 2 gol.

BACA:  Arsene Wenger Percaya Mesut Ozil Mahu Kekal di Arsenal