Richarlison Tolak Arsenal Kerana Mahu Beraksi Di Pentas Saingan UCL

Richarlison dilaporkan sudah memberitahu Everton yang beliau mahu meninggalkan kelab, namun beliau sekeras-kerasnya menolak untuk menyertai Arsenal pada musim panas ini.

Bintang kebangsaan Brazil itu menolak untuk menyertai Arsenal kerana kelab dari London itu gagal untuk layak ke saingan Champions League musim hadapan.

Ia jelas sekali bukan musim yang baik untuk Everton pada musim ini apa lagi memikirkan yang mereka sebenarnya hampir untuk tersingkir ke saingan Championship.

Para penyokong Everton benar-benar menarik nafas lega selepas kejayaan mereka untuk mengelak dari tersingkir dan mereka hanya mampu melakukan hal itu pada hujung-hujung musim.

Frank Lampard memiliki tugas berat selepas ini dengan beliau diharapkan akan mampu memastikan Everton tidak melalui situasi yang sama lagi pada musim baharu nanti.

Walau bagaimanapun, beliau sepertinya terpaksa melakukan hal itu tanpa penjaring gol utamanya, Richarlison yang sudah mendedahkan hasratnya mahu meninggalkan kelab.

Bercakap kepada media baru-baru ini, Richarlison tampil menjelaskan yang beliau sudah bersedia untuk meninggalkan Goodison Park pada musim panas ini.

Beliau bahkan sudah menyatakan sendiri kepada pihak kelab tentang rancangannya selepas ini walaupun beliau tahu sukar untuk beliau melakukan hal itu.

Menurut laporan dari media UK, pemain kebangsaan Brazil itu mengesahkan yang beliau sememangnya mahu meninggalkan kelab dan mahu beraksi di pentas saingan Champions League.

Arsenal turut dikaitkan dengan pemain penyerang itu, dengan Mikel Arteta pada ketika ini dilaporkan sedang gigih mencari calon pengganti Alexandre Lacazette dan Pierre Emerick Aubameyang.

Selain Richarlison, Arsenal turut dikaitkan dengan bintang Manchester City, Gabriel Jesus yang kini dilaporkan sedang terdesak mahu meninggalkan Etihad.

Jesus benar-benar terdesak mahu meninggalkan Etihad dek kerana beliau mahu mencari kelab yang boleh menawarkan kepadanya minit permainan.

Selepas Man City sah menandatangani Erling Haaland, Jesus sepertinya sudah sedar yang beliau akan semakin sukar untuk mendapatkan minit permainan.

Maka kerana itulah beliau akhirnya memutuskan untuk meninggalkan Man City dan mencari kelab yang akan lebih menggunakan khidmatnya.

Walau bagaimanapun, dek kerana terlepas slot ke saingan Champions League sepertinya akan menyukarkan Arsenal untuk mendapatkan pemain-pemain berprofil tinggi.

Ditambah pula kedua-dua Richarlison dan Jesus mementingkan pasukan yang beraksi di pentas saingan Champions League, maka semakin sukarlah untuk Arsenal mendapatkan khidmat kedua-dua bintang Brazil itu.

Memandangkan pemain berusia 25 tahun itu tidak berminat untuk ke Emirates, kini tersebar dakwaan yang menyatakan bahawa PSG turut berhasrat mahu mendapatkan khidmatnya.

Chelsea dan Real Madrid turut dikaitkan dengan pemain penyerang itu, namun The Blues sepertinya lebih memilih untuk mendapatkan khidmat Raheem Sterling dari Man City.

Real Madrid ketika ini sangat terdesak mahu mencari pemain di posisi serangan, terutama selepas kegagalan mereka untuk mendapatkan tandatangan Kylian Mbappe.

Los Blancos juga pada ketika ini sedang dalam usaha mereka untuk melengkapkan perpindahan Aurelien Tchouameni dengan yuran perpindahan bernilai £85.3 juta.

Richarlison menjaringkan 10 gol dan turut mencatatkan lima assist untuk Everton walau mereka musim ini melalui musim yang sangat mendukacitakan.

Walau bagaimanapun, antara sumbangan terbesar Richarlison pada musim ini bukanlah aksinya di atas padang, namun sebaliknya tindakan beliau di luar padang yang lebih mencuri perhatian peminat.

Bekas bintang Watford itu merupakan pemain yang paling disayangi oleh penyokong Everton kerana beliau kerap menghabiskan waktunya untuk menganjing Liverpool.

Setiap kali Liverpool tewas atau terlepas apa-apa Piala, Richarlison tidak pernah menunggu lama untuk mengusik musuh sebandarnya kelabnya itu.

Kerana perasaannya yang benci kepada Liverpool itu terlalu mendalam, maka para penyokong juga turut sama menganggap beliau sebagai sebahagian dari mereka.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Unai Emery: VAR Diperlukan Untuk Membantu Wasit, Arsenal Datang Untuk Menimba Pengalaman