Pengurus Arsenal, Unai Emery mungkin menerima hukuman dari pihak FA England berikutan insiden menendang botol yang terkena seorang penyokong Brighton yang berada di tempat duduk penonton.
Menurut laporan Sky Sports News, pihak FA telah melancarkan siasatan bagi menyiasat lebih lanjut kejadian tersebut dan Emery mungkin menerima penggantungan perlawanan sekiranya terbukti beliau bersalah.
Ketika perlawanan Brighton menentang Arsenal semalam, Emery dilihat menendang botol yang berada berhampirannya kerana kecewa dengan apa yang berlaku di atas padang ketika lewat permainan. Malangnya, botol tersebut terkena seorang penyokong Brighton yang berada berhampiran.
Selepas tamat perlawanan tersebut, Emery mengakui botol yang disepaknya terkenal penyokong Brighton dan beliau dengan cepat meminta maaf atas keterlanjurannya itu.
Bekas pengurus Manchester United, Jose Mourinho pernah menerima penggantungan satu perlawanan atas insiden yang sama yang mana berlaku pada tahun 2016. Dalam perlawanan tersebut, Mourinho telah diperintahkan meninggalkan padang oleh pengadil yang bertugas. Nasib Emery mungkin akan diketahui dalam masa terdekat ini.
Ketika bercakap kepada pemberita selepas tamat perlawanan, Emery berkata beliau terus meminta maaf terhadap penyokong Brighton itu selepas menendang botol tersebut.
“Saya meminta maaf kepada penyokong terbabit kerana menendang botol berikutan tindakan mengecewakan yang dilakukan kami pada minit-minit terakhir perlawanan.”
Dalam aksi Boxing Day semalam, Arsenal yang turun dengan misi untuk mengutip tiga mata terpaksa berpuas hati dengan satu mata sahaja.
Penyerang tengah panas, Pierre Emerick-Aubameyang meletakkan Arsenal terlebih dahulu di hadapan dengan jaringan cantik seawal minit ke-7.
Walau bagaimanapun, kesilapan yang dilakukan pemain veteran, Stephan Lichsteiner membolehkan Brighton menyamakan kedudukan pada minit ke-35 menerusi jaringan Jurgen Locadia.
Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan dan Arsenal patut berasa kecewa kerana gagal membawa pulang mata penuh dalam perlawanan yang jelas dikuasai mereka.
Emery juga menerima kecaman dari penyokong Arsenal di laman sosial kerana bertindak mengeluarkan Mesut Ozil pada awal babak kedua disamping mengeluarkan Alexander Lacazette tidak lama kemudian.
Disaat Arsenal memerlukan gol untuk memenangi perlawanan, Emery mengambil keputusan yang agak kontroversi apabila mengeluarkan dua pemain paling berbahaya mereka bagi memasukkan Alex Iwobi dan Aaron Ramsey.
Unai Emery: We need to score a goal.
Unai Emery’s brain: Take off Ozil and Lacazette.
Unai Emery: Bu…
Unai Emery’s brain: Take. Them. Off.#BRIARS pic.twitter.com/DKDUgchxIr
— Daniel (@dcw127) December 26, 2018
@UnaiEmery_ Is not able to utilize good talent like @MesutOzil1088..
Why will u take #ozil out for #iwobi who is not performing well for weeks now— Styleesh El Maestro (@StyleeshM) December 26, 2018
Truth be told @UnaiEmery_ got it all wrong 2day #iwobi shudnt have played at all u cant take @MesutOzil1088 & @LacazetteAlex out & expect 2 win or atleast score what is #Guendouzi doing playin 90mins when @AaronRamsey is always on d bench. Give #Netiah & #Saka a chance.
— Jeff-Freee Sonix G. (@freeesonix) December 26, 2018