Undian Perlawanan Europa League Pusingan 16 Terbaik

Jika perlawanan akhir Europa League musim lalu telah menemukan dua wakil dari pasukan Inggeris. Adakah tahun ini akan berulang skrip yang sama? Apakah laluan untuk Manchester United, Wolves dan Rangers?

Manchester United kini mempunyai peluang hebat cerah bagi memenangi Liga Europa. Ole juga sudah boleh bersiap sedia untuk meraikan piala pertama beliau.

Ajax, Arsenal, Celtic, Sporting Lisbon, Porto dan Benfica adalah pasukan berprofil tinggi yang telah tersungkur dari Europa League pada perlawanan kedua pusingan 32 malam tadi.

Arsenal menanggung kekalahan penuh dramatik kepada Olympiacos untuk perlawanan kedua pusingan 32 Europa League semalam. Perlawanan yang berlanjutan ke masa tambahan itu berkesudahan dengan kemenangan Olympiacos 2-1.

Undian untuk 16 pasukan terakhir telah berlangsung pada waktu makan tengah hari semalam. Dan hasil undian itu menunjukkan banyak lagi pertemuan yang sangat menarik menanti kita di pusingan seterusnya.

Pasukan kendalian Ole Gunnar Solskjaer telah diundi untuk bertemu LASK yang mewakili Austria, United layak ke pusingan 16 terbaik selepas berjaya membenam Kelab Brugge 5-0 pada perlawanan semalam dan secara agregatnya mereka menang 6-1.

Bagi Wolves pula, mereka telah layak ke pusingan 16 terbaik atas kemenangan agregat mereka ke atas Espanyol. Dan mereka akan bertemu dengan pasukan yang telah berjaya menghumban Arsenal keluar dari kejohanan ini,Olympiacos.

Sekiranya Arsenal memenangi perlawanan semalam sudah tentu akan ada wakil England yang menanti di suku akhir.

Rangers yang juga merupakan wakil pasukan British masih berada di dalam perlumbaan, dan mereka akan bertemu Bayer Leverkusen di pusingan 16 nanti.

United dengan persembahan yang begitu mengagumkan sudah pasti akan menjadi pasukan yang paling yakin untuk mara ke suku akhir.

Undian secara menyeluruh boleh rujuk di bawah:

ฤฐstanbul BaลŸakลŸehir vs FC Copenhagen

Olympiacos vs Wolverhampton Wanderers

Rangers vs Bayer Leverkusen

Wolfsburg vs Shakhtar Donetsk

Inter Milan vs Getafe

Sevilla vs AS Roma

Frankfurt atau Salzburg vs FC Basel

LASK vs Manchester United

Perlawanan antara Frankfurt dan Salzburg berlangsung lewat sehari kerana perlawanan mereka semalam terpaksa ditunda kerana masalah cuaca yang tidak mengizinkan.

Dan dalam perlawanan semula antara kedua pasukan ini awal pagi tadi berkesudahan dengan keputusan seri 2-2. Fankfurt layak dengan keputusan agreget 6-3. Maka FC Basel akan bertemu dengan Frankfurt di pusingan 16 terbaik nanti.

BACA:ย  Europa League 2020/21: Rapid Vienna 1-2 Arsenal