Untuk Jadikan VAR Lebih Telus, Premier League Akan Buat Perubahan Besar

Pelbagai kontroversi telah tercetus sejak Video Assistant Referee (VAR) dalam bola sepak terutamanya di Premier League walaupun penggunaan VAR telah menjadikan perlawanan lebih adil dan mengurangkan kesilapan pengadil.

Premier League kini dilaporkan bakal membuat perubahan besar dengan penggunaan Video Assistant Referee (VAR) dalam perlawanan bagi memberikan lebih ketelusan dan tidak membuatkan penonton terpinga-pinga.

Menurut laporan The Times perubahan tersebut adalah dengan menyiarkan perbincangan yang berlaku diantara pengadil perlawanan dan pegawai yang mengendalikan VAR.

Segala perbualan diantara pengadil dan pegawai VAR akan direkodkan dan disiarkan selepas setiap perlawanan bagi memaksimumkan tahap ketelusan.

Jika langkah ini menjadi kenyataan maka seluruh peminat bola sepak akan tahu dan faham apa yang terjadi dengan lebih jelas dan mendalam.

Richard Masters yang merupkan Ketua Eksekutif Premier League berkata bahawa dia telah mendapat sokongan kuat untuk idea itu dilaksanakan.

Dia berkata:

“Terdapat pandangan umum bahawa [menyiarkan audio] adalah perkara yang baik. Terdapat keinginan untuk lebih terbuka dengan peminat tentang bagaimana keputusan pengadil dibuat dan bagaimana kami melakukannya dengan tepat, kami perlu bekerja ke arah itu.”

Konsep ini telah pun diuji oleh Major League Soccer (MLS) di Amerika Syarikat. Kajian semula perbincangan lapangan mengenai keputusan dikeluarkan dalam format audio di YouTube.

Bekas pengadil Premier League, Howard Webb adalah ketua pengadil di Major League Soccer (MLS) tetapi dilaporkan bersedia untuk kembali ke Liga Perdana sebagai ketua pengadil yang baharu.

Howard Webb boleh dan mampu memainkan peranan penting dalam memastikan pengenalan konsep baharu berjalan selancar mungkin seperti yang dirancang.

VAR pertama kali digunakan di pentas besar dalam Piala Dunia 2018 dan secara umumnya berjaya.

Bagaimanapun, sejak diperkenalkan di Liga Perdana pada 2019, ia telah menjadi magnet yang berterusan untuk mewujudkan kontroversi dan mendatangkan kritikan.

Lebih-lebih lagi mengenai insiden mengenai tangan dengan niat serta tanpa niat dan keputusan ofsaid yang ketat. VAR tidak dapat mengesan niat seorang pemain.

Bekas pemain Manchester United pada bulan lalu telah berbicara mengenai VAR bersama Metro dan telah berpendapat:

“Kadang-kadang ia OK tetapi ia bertujuan untuk membantu situasi tetapi yang sebenarnya VAR mengeruhkan air. Dalam kejohanan antarabangsa mereka pergi dan melihat skrin serta-merta dan kecekapan serta kelajuan kelihatan lebih baik daripada yang pernah berlaku di Premier League.”

“Saya lebih suka pengadil di tengah padang membuat keputusan dengan bantuan penjaga garisannya. Ia menambah cerita dan boleh jadi bahan perbualan di pub.”

Tanpa VAR sudah pasti aksi bola sepak lebih menarik dengan drama yang tidak berkesudahan dan menjadi cerita zaman berzaman-zaman.

Semasa pertembungan Perisai Komuniti FA minggu lalu antara Manchester City dan Liverpool, peminat Blues tidak berpuas hati dengan ketidakkonsistenan berhubung penggunaan teknologi yang berkaitan dengan tuntutan bola terkena tangan yang dibuat terhadap kedua-dua pihak.

Pemain pertahanan The Reds Joel Matip terlepas dengan potensi bola terkena tangan tetapi pemain City, Ruben Dias telah dihukum atas kesalahan di dalam kotak penalti, penalti diberikan kepada Liverpool, yang disempurnakan Mohamed Salah ketika Liverpool menang 3-1.

VAR membantu pengadil dalam membuat keputusan semasa situasi berikut gol, penganugerahan penalti, insiden kad merah dan kekeliruan pengadil dalam menghukum pemain yang betul.

Video ini menerangkan bagaimana VAR berfungsi:

Sebelum ini Eden Hazard menegaskan yang beliau sememangnya tidak gembira dengan kewujudan sistem Video Assistant Referee (VAR) dalam dunia bola sepak.

Bekas bintang Chelsea itu juga turut menyatakan yang beliau sangat berhasrat mahu menguburkan sistem itu dari terus digunakan.

Bintang Real Madrid itu bercakap tentang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan sistem tersebut sejak dari awal ia diperkenalkan.

BACA:  Liverpool Keluar Kenyataan Rasmi Perangi Kezaliman VAR Dan Mutu Pengadilan EPL