Pemain pertahanan Perancis, Dayot Upamecano telah memberi satu cadangan dengan menyuruh pemain England untuk tidur lebih awal jika mereka mahu menghentikan kehebatan Kylian Mbappe.
Kenyataan dari Dayot Upamecano ini nyata telah membarakan lagi kehangatan perlawanan suku akhir Piala Dunia yang akan menemukan England dan penyandang juara, Perancis.
Sudah pasti ketika ini yang menjadi persoalan ramai, bagaimana England akan menyekat dan merantai pemain muda sensasi Kylian Mbappe yang terus menyinar sejak 2018.
Setakat ini Kylian Mbappe mendahului senarai kasut emas dengan lima gol dan secara keseluruhannya 9 gol dalam dua edisi Piala Dunia. Sesuatu yang sukar dilakukan mana-mana pemain.
🔔 | France defender Dayot Upamecano urges England players to ‘go to bed early’ in order to stop Kylian Mbappe https://t.co/PcT57T5yxf
— SPORTbible News (@SportBibleNews) December 8, 2022
Menjelang perlawanan England vs Perancis, pertahanan tengah Bayern Munich dari Perancis, Upamecano telah menasihatkan pemain England supaya mendapat tidur yang lena untuk menghentikan Mbappe.
Dia berkata:
“Kylian adalah penyerang yang sama sekali berbeza dengan orang lain. Dia pemain bertaraf dunia dan sukar untuk bertahan menentangnya. Awak kena tidur awal.”
Kemungkinan bek kanan Manchester City, Kyle Walker akan menjadi orang yang ditugaskan untuk menghentikan kelincahan Kylian Mbappe yang sangat liar itu.
Jika di Liga Petani Perancis, Ligue 1, Mbappe mungkin dapat bermaharajalela tetapi berdasarkan rekod permainan Kylian Mbappe bersama PSG dan keputusan PSG sendiri menentang pasukan Eropah yang lain, Mbappe bukanlah pemain yang langsung tidak dapat dihentikan.
Youssouf Fofana believes Kyle Walker deserves “credit” if he really has worked out a way to stop Kylian Mbappe. pic.twitter.com/1x3yzspdlX
— The Athletic | Football (@TheAthleticFC) December 8, 2022
Pemain tengah Perancis, Youssuf Fofana telah memberi amaran keras kepada pemain Inggeris itu, menyatakan bahawa tiada pasukan dalam liga Perancis dapat menyekat atau mengurangkan pengaruh Mbappe.
Dia berkata:
“Jika dia boleh menghentikan Kylian, maka bagus untuknya. Tetapi terdapat 19 pasukan lain dalam Liga Perancis yang masih menunggu untuk mencari jawapan itu.”
“Kebenaran akan berada di atas padang dan kita akan lihat pada hari Sabtu apa yang akan berlaku. Tetapi, sebagai orang Perancis, saya percaya pada Kylian.
“Kylian tidak membaca apa yang ditulis, dia menumpukan perhatian pada perlawanan. Dia akan memberi tumpuan kepada apa yang diharapkan daripadanya, bukannya pemain yang akan dihadapinya. Dia sangat tenang dan tegas.”
France defender Dayot Upamecano has told England’s players to get an early night to have any chance of stopping Kylian Mbappe #engvfra #WorldcupQatar2022 https://t.co/MeFTIRxN6G
— Irish Mirror Sport (@MirrorSportIE) December 8, 2022
Dayot Upamecano sendiri akan menghadapi perlawanan yang sukar kerana dia akan ditugaskan untuk bertahan menentang kapten England, Harry Kane.
Pemain Bayern itu telah mendedahkan bahawa rakan sepasukan Kane di Tottenham Hotspur, Hugo Lloris telah memberitahu cara menangani pemain utama England itu.
“Saya pasti kita akan membincangkannya. Mereka adalah rakan sepasukan dari Tottenham.”tambah Upamecano.
“Saya tahu Kane, cara dia bermain. Dia seorang penyerang yang datang untuk mencari bola dan boleh berlari dengan sangat pantas, jadi kami perlu berhati-hati dan bersedia.”
🗣️ “I’ve played against him a number of times. He’s a fantastic player in great form so it’s not going to be easy. I think he’s one of, if not the best in the World at the moment.”
Kyle Walker on going head to head with Kylian Mbappé. 💨 #FRA #ENG #FIFAWorldCup pic.twitter.com/Q1I2utqPbu
— Football Daily (@footballdaily) December 7, 2022
Kyle Walker pula nyata teruja kerana dapat menentang pemain terbaik dunia dan mengakui bahawa ini bukanlah satu tugas yang mudah.
“Dia seorang pemain yang hebat dalam bentuk yang hebat jadi ia bukan satu tugas yang mudah.”
“Tetapi sebagai seorang profesional anda mahu bermain menentang pemain terbaik dan dia adalah antara yang terbaik di dunia.”
“Sudah tentu saya faham fokus dan saya faham apa yang perlu saya lakukan untuk menghalangnya. Ia lebih mudah diucapkan daripada dilakukan tetapi saya tidak memandang rendah diri sendiri.”
🗣️ “The games not England v Mbappé, it’s England v France. I’m not going to role out a red carpet for him. It’s do or die.”
Kyle Walker on the battle with Kylian Mbappé. 💨#FIFAWorldCup pic.twitter.com/Cuae4Db3Pq
— Football Daily (@footballdaily) December 7, 2022
Kyle Walker walaupun menyanjung Mbappe namun tidak sesekali memandang rendah keupayaan sendiri dan tidak akan membentangkan karpet merah untuk Mbappe.
“Saya telah menentang beberapa pemain terbaik di dunia tetapi saya perlu menganggapnya sebagai perlawanan lain. Anda perlu memberi penghormatan kepadanya tetapi tidak terlalu banyak.”
“Ia akan menjadi perlawanan yang sukar tetapi pasukan tidak boleh hanya melibatkan seorang. Saya tidak akan menyediakan permaidani merah untuknya dan menyuruhnya menjaringkan gol. Ini Piala Dunia, ia hidup atau mati.”
Siapa akan terciduk dan meneruskan perlawanan ke separuh akhir?