Valencia Tetap Mempunyai Seorang Penyokong Walaupun Bermain Dalam Perlawanan Tertutup

Satu-satunya penyokong Valencia yang hadir menonton perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara di Mestalla awal pagi tadi adalah seorang penyokong paling setia mereka.

Pertemuan Valencia menentang Atalanta telah dimainkan secara tertutup berikutan isu penularan CoronaVirus yang teruk melanda beberapa negara-negara di seluruh dunia sekarang.

Tetapi dalam pertemuan awal pagi tadi masih ada satu sosok penyokong Valencia yang setia berada didalam stadium untuk menyaksikan perlawanan itu.

Sosok itu adalah tugu salah seorang penyokong setia Valencia bernama Vicente Navarro yang telah diabadikan sebagai tugu di dalam Mestalla selepas kematiannya yang tragis pada tahun 2017.

Beliau adalah pemegang pas bermusim untuk pasukan Valencia sejak bertahun-tahun lamanya dan walaupun beliau kehilangan pandangannya ketika usia 50-an, Navarro masih lagi muncul di stadium untuk menonton perlawanan La Liga setiap minggu.

Apabila Navarro meninggal dunia, Valencia meletakkan Tugunya di kerusi yang sering beliau duduk supaya beliau sentiasa ada dalam stadium untuk menonton perlawanan buat selama-lamanya.

Dengan perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara menentang Atalanta yang dimainkan secara tertutup, Navarro adalah satu-satunya penonton di lapangan yang menonton perlawanan itu.

Dibawah adalah beberapa imej tugunya serta rakaman sekitar perlawanan semalam yang menyaksikan beliau satu-satunya penonton yang ada di kerusi menyaksikan perlawanan itu.

Pemandangan yang sungguh indah. Itu lah yang dipanggil keindahan dalam sukan bola sepak. Valencia turut memuat naik status di laman Twitter mereka untuk mengenai Navarro sebelum sepak mula perlawanan.

“Kami adalah jiwa Mestalla, kerana disini sentiasa ada kami, tiada perlawanan yang dimainkan tanpa penonton.”

Malangnya, kelab Sepanyol itu mempunyai tugas yang berat di tangan mereka untuk layak ke peringkat suku akhir Liga Juara-juara.

Valencia tewas pada perlawanan pertama pusingan 16 kepada Atalanta dengan keputusan 4-1 dan mereka memerlukan Keajaiban untuk menewaskan Atalanta seterusnya melayakkan pasukan mereka ke pusingan suku akhir.

Josip Ilicic menjaringkan gol pertama untuk pasukan pelawat pada minit ke-3 perlawanan menerusi tendangan penalti.

Kevin Gameiro berjaya menjaringkan gol untuk Valencia seterusnya berjaya menyamakan kedudukan namun sejurus selepas itu Ilicic sekali lagi menjaringkan gol untuk Atalanta mendahului 2-1 menuju rehat separuh masa perlawanan.

Babak kedua perlawanan diteruskan dengan skrip yang hampir sama. Gameiro menjaringkan gol kedua beliau didalam perlawanan untuk menyamakan kedudukan 2-2.

Ferran Torres berjaya menjaringkan gol ketiga untuk pasukan Valencia kembali mendahului Atalanta dengan keputusan 3-2.

Tetapi Ilicic telah mempamerkan aksi luar biasanya menjaringkan lagi dua untuk menewaskan Valencia dengan keputusan 4-3.

Aksi yang luar biasa hebat di pertunjukkan oleh Ilicic dengan berjaya menjaringkan empat gol dalam perlawanan ini.

Valencia tersingkir daripada pertandingan Liga Juara-Juara selepas kalah agregat 4-8 kepada Atalanta.

Atalanta bersama Leipzig menjadi pasukan terawal yang sudah berjaya mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara musim 2019/20.

BACA:  Champions League 2021/22: Liverpool 2-0 Atletico Madrid