[VIDEO] Cubaan Meniru Penalti ‘Panenka’ Di Hadapan Zlatan Berakhir Dengan Sayu

Percubaan pemain pertahanan Vancouver, Ali Adnan yang ingin mengambil sepakan penalti ‘Panenka’ berakhir dengan kegagalan apabila sepakan yang diambilnya lemah dan berjaya ditangkap penjaga gol.

Dalam saingan Major League Soccer semalam, La Galaxy bertandang ke Kanada untuk berhadapan dengan Vancouver Whitecaps FC.

Ali Adnan mengambil sepakan penalti sambil diperhatikan Zlatan

La Galaxy dianggap pasukan pilihan untuk meraih 3 mata memandangkan Vancouver hanya mampu memungut 1 mata dari 4 perlawanan liga setakat ini.

Walau bagaimanapun, LA Galaxy mempamerkan permulaan yang sedikit goyah apabila melepaskan sepakan penalti kepada Vancouver seawal minit pertama.

Pemain pertahanan Vancouver, Ali Adnan diberi tanggungjawab untuk mengambil sepakan penalti tersebut dan beliau memilih untuk mencuba sesuatu yang berbeza dari biasa.

Sambil diperhatikan Zlatan Ibrahimovic yang berada di belakangnya, Ali cuba melakukan penalti ‘Panenka’ untuk memberikan gol pendahuluan kepada pasukannya.

Walau bagaimanapun, niat tidak menghalalkan cara. Penjaga gol LA Galaxy, David Bingham bijak membaca bola Ali yang disepak agak perlahan.

Sesungguhnya, ia merupakan sepakan penalti yang cukup buruk yang diambil oleh Ali dan mengeceakan ribuan peminat Vancouver yang berada di dalam stadium.

Tindakan Ali nyata memakan diri kerana pada separuh masa kedua, LA Galaxy berjaya menjaringkan 2 gol untuk membawa pulang 3 mata penuh.

Zlatan bermain cemerlang dengan menjaringkan 1 gol dan mencipta 1 assist. Jaringan pertama LA Galaxy hadir pada minit ke-63 menerusi jaringan Daniel Steres yang menanduk masuk hantaran cantik daripada Zlatan.

Tidak lama selepas itu, giliran Zlatan pula untuk mencetak nama selaku penjaring. Beliau mendada bola hantaran dari sebelah kanan padang dan menyepak bola dengan kencang ke dalam gawang Vancouver untuk gol ke-2 LA Galaxy.

Tidak cukup dengan itu, Twiter LA Galaxy memerli Ali dengan memuat naik video penalti beliau yang berjaya diselamatkan dengan caption bertulis ‘Dare to Zlatan ?’.

BACA:  Akibat Kena 'Sapu' Dengan Zlatan, Azpilicueta 'Tertomoih' Dekat Bahu Rakan Sepasukan