Pemain sayap Manchester City, Leroy Sane sekali lagi menjadi mangsa terjahan keras dari pemain lawan ketika mewakili pasukan kebangsaan Jerman menentang Serbia malam tadi.
Dalam perlawanan persahabatan tersebut, Jerman meneruskan prestasi hambar mereka sejak Piala Dunia 2018 dengan sekadar seri 1-1 menentang Serbia di hadapan penyokong sendiri.
Namun insiden yang paling mencuri perhatian dalam perlawanan tersebut berlaku pada waktu kecederaan separuh masa kedua.
Dengan pengadil hampir meniupkan wisel penamat, Sane menerima bola di bahagian tengah kiri padang. Ketika cuba melepasi pemain lawan, muncul Milan Pavkov dari belakang melakukan terjahan keras ke arah kaki kiri beliau.
Sane terus terjatuh dan mengerang kesakitan selepas itu. Pengadil perlawanan tanpa teragak-agak melayangkan kad merah kepada Pavkov atas terjahan yang mampu menyebabkan kaki Sane patah.
https://twitter.com/Realjoebobo/status/1108520024820592641
Sane terus meninggalkan padang selepas itu dalam keadaan terhincut-hincut dan ini merupakan situasi yang tidak ingin dilihat pengurus Manchester City, Pep Guardiola.
Sane kerap menjadi mangsa terjahan keras sejak mewakili Manchester City. Musim lepas, beliau menerima bentesan yang sangat keras dan bahaya dari pemain Cardiff, Joe Bennet dalam perlawanan Piala FA. Terjahan Bennett menyebabkan Sane terpaksa dikeluarkan pada rehat separuh masa pertama.
Sané hat wohl Knochen aus Titan #GERSRB #leroysane pic.twitter.com/EnYuTrFfId
— Sirozha ? (@Pillendreher_04) March 20, 2019
Terjahan Bennett juga menyebabkan Sane terpaksa berehat selama 6 minggu. Bennett hanya dikenakan kad kuning walaupun ulang tayang menunjukkan kad merah wajar dilayangkan dalam situasi tersebut.
Berikutan insiden tersebut, Pep Guardiola menggesa pengadil supaya memberi lebih perlindungan terhadap pemain seperti Sane.
“Pengadil perlu melindungi – bukan pemain saya sahaja, tetapi semua pemain yang berada di atas padang.”
Manchester City forward Leroy Sane has suffered ankle ligament damage after suffering a bad tackle in his side's FA Cup win at Cardiff on Sunday https://t.co/t6hLTrYin8
— Deji Faremi (@deejayfaremi) January 29, 2018