[VIDEO] Shane Long Menjaringkan Gol Paling Pantas Dalam Sejarah Liga Perdana Inggeris

Penyerang Southampton, Shane Long muncul pemain paling pantas menjaringkan gol dalam sejarah Liga Perdana Inggeris dimana beliau hanya mengambil masa selama 7.69 saat untuk menjaringkan gol pertama perlawanan ketika Southampton bertemu Watford pada musim 2018-19 season.

Jaringan Long hadir beberapa saat selepas Watford melakukan sepak mula perlawanan dimana Long berjaya menghalang clearance yang cuba dilakukan pemain pertahanan Watford, Craig Cathcart.

Bola yang tertampan kaki Long jatuh betul-betul di hadapannya dan peluang itu tidak dipersiakan pemain antarabangsa Republik Ireland itu untuk gol pertama perlawanan.

Shane Long catat nama dalam lipatan sejarah ! Paling pantas menjaringkan gol dari sepak mula dengan 7 saat sahaja !

Long dengan mudah memperdayakan penjaga gol Watford, Ben Foster dengan menyungkit bola melepasi Foster untuk mencipta rekod baru sebagai pemain paling pantas dalam sejarah Liga Perdana Inggeris menjaringkan gol dari sepak mula.

Jaringan Long juga meleburkan rekod selama 19 tahun yang dipegang oleh bekas kapten Tottenham, Ledley King.

King berjaya menjaringkan ketika Spurs bertemu Bradford pada Disember 2000 dimana beliau hanya memerlukan 9.82 saat untuk memecah kebuntuan perlawanan.

Walaupun berjaya menjaringkan gol awal, Long gagal membantu pasukannya meraih 3 mata kerana Watford berjaya bangkit dan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 3-3.

Ketika bercakap kepada wartawan selepas tamat permainan, Long meluahkan perasaan terkejutnya dengan rekod tersebut dan tidak menyangka mampu menjaringkan gol sebegitu rupa.

“Bos [pengurus pasukan] meminta kami untuk membuat permulaan yang pantas bagi meletakkan mereka dalam keadaan tertekan. Ini merupakan rekod yang bagus untuk saya miliki.”

“99 dari 100 anda melakukan halangan, anda tidak akan mampu menghalang clearance pihak lawan. Tetapi saya berjaya melakukannya dan bola terkena badang saya.”

“Ben Foster adalah penjaga gol yang hebat. Beliau pandai membesarkan badannya jadi bola sungkit adalah cara yang baik untuk menjaringkan gol – dan mujurlah ia berjaya.”

“Tetapi saya tetap kecewa kerana kami gagal mengutip 3 mata kerana saya rasa kami sudah berusaha secukupnya untuk meraih kemenangan.”

BACA:  Southampton Berjaya Lakukan Comeback Untuk Gagalkan Usaha Spurs Cabar Kedudukan Empat Teratas