Viking Clap dari Ultras Malaya berserta penyokong yang hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang mampu menggetarkan jiwa dan raga mereka yang berada di stadium menjadi penutup terbaik kepada kejayaan Harimau Malaya.
Usai tamat perlawanan yang membawa Malaysia ke Piala Asia 2023, para pemain dan staf kejurulatihan mengelilingi padang untuk berterima kasih di atas sokongan tidak berbelah bahagi.
Mereka kemudiannya berhenti dihadapan Ultras Malaya dan disajikan dengan Viking Clap yang merupakan upacara bertepuk tangan secara berjemaah disusuli dengan sorakan seperti ngauman.
Terima kasih pemain ke-12 Harimau Malaya. Sokongan padu anda membawa kita ke Piala Asia 2023!#ACQ2023 #MASvBAN pic.twitter.com/keMx6Ij0Km
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 14, 2022
Gamat suasana di stadium dengan tepukan dan sorakan dari puluhan ribu penyokong yang turut serta melakukan Viking Clap yang sememangnya menaikkan bulu roma.
Viking Clap ini mampu menggetarkan jiwa dan raga bagi yang mendengarnya, jika pasukan sendiri sudah pasti akan menaikkan semangat ke tahap tertinggi.
Kalau pasukan lawan dengar kus semangat, melemahkan semangat dan mungkin boleh membuatkan mereka terkencing dua tiga titik.
Viking Clap!#HarimauMalaya pic.twitter.com/LAGIvjdJON
— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) June 14, 2022
Viking Thunder Clap atau viking clap ini telah lama diguna pakai oleh penyokong kelab bola sepak namun menjadi popular pada EURO 2016 selepas pasukan Iceland melakukannya dengan penuh bertenaga.
Pada Piala Dunia 2018, Iceland turut layak dan sekali lagi viking clap dari penyokong Iceland menjadi perhatian dan mula diguna pakai oleh penyokong lain diseluruh dunia.
Menurut Wikipedia, Penyokong pasukan Harimau Malaya mula menggunakan viking clap ini dikejohanan Piala AFF 2018 dan selepas itu terus menjadi tradisi sehingga ke hari ini.
Pendukung pasukan Vietnam juga turut mula menggunakan viking clap ini di perlawanan akhir Piala AFF Suzuki.
Menurut cerita-cerita orang atas talian, sorakan ini dinspirasi dari filem 300 yang diterbitkan pada tahun 2006 dan ada yang percaya bahawa viking clap ini buat pertama kalinya digunakan oleh penyokong kelab Scotland, Motherwell FC.
Ada berpendapat kelab Perancis, Lens telah melakukannya sejak dua dekad yang lalu. Penyokong liga Greece, PAOK juga bersorak ‘PAOK’ dengan menepuk tangan sejak dari pertengahan tahun 90-an lagi.
Kepala persatuan bola sepak Iceland, Styrmir Gislason berkata chant ini dinspirasikan dari sorakan penyokong pasukan bola baling Poland.
Dan Viking Clap ini tidak terhad hanya kepada bola sepak dan telah tersebar ke sukan lain. Walau penyokong mana pun melakukannya impaknya tetap menaikkan bulu-bulu yang ada.
Viking clap semasa final Piala FA 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil diantara perak dan Kedah yang dihadiri 83,520 telah mencipta rekod kebangsaan dan diiktiraf oleh Malaysia Book of Record.
Selain viking clap sebagai tanda hadiah atas kejayaan ini, Jurulatih Malaysia, Kim Pan Gon turut dihadiahkan dengan sehelai tshirt yang berwarna putih.
Di dada Thsirt tersebut tepampan tulisan ‘Dari Korea Untuk Malaysia’ – Kedatangan Pan Gon yang awalnya diragui kini telah menyapu pergi segala keraguan.
Kali terakhir Malaysia bermain di Piala Asia adalah pada 2007 ketika itu layak kerana menjadi tuan rumah bersama Indonesia, Thailand dan juga Vietnam.
Asian Cup#HarimauMalaya
"Dari Korea untuk Malaysia" pic.twitter.com/P0UEL6fjBP
— 🐈 (@cingu4eva) June 14, 2022
Piala Asia 1980 yang berlangsung di Kuwait pula merupakan kali terakhir Malaysia layak secara merit dan mempamerkan prestasi paling cemerlang walaupun tidak lepas peringkat kumpulan.
Sepanjang kewujudan kejohanan Piala Asia ini, secara keseluruhannya hanya 3 kali Malaysia berjaya melayakkan diri kali pertama pada 1976 di Iran, 1980 dan 2007.
Dalam ketiga-tiga edisi Malaysia layak ini, Harimau Malaya gagal melepasi peringkat kumpulan dan paling cemerlang di tahun 1980.