Chairman WWE, Vince McMahon telah mengumumkan persaraan beliau dari WWE menerusi satu muat naik di laman media sosial miliknya.
Pemilik WWE yang berusia 76 tahun itu menulis:
“Memandangkan saya sudah hampir berusia 77 tahun, saya rasa sudah tiba masa untuk saya bersara sebagai chairman dan CEO WWE. Selama ini, adalah satu kebanggaan untuk berikan kamu kegembiraan menerusi WWE, menginspirasikan kamu, mengujakan kamu, mengejutkan kamu dan sentiasa menghiburkan kamu.”
Breaking: Vince McMahon is retiring as WWE chairman and CEO, he announced today.
He said that his daughter Stephanie and current WWE president Nick Khan will be taking over as co-CEOs. https://t.co/ZfUsdeZhrN pic.twitter.com/yBBLfMSsCl
— ESPN (@espn) July 22, 2022
“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada keluarga yang menyumbang kepada kejayaan kita, dan saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada semua bintang kita dari dahulu hingga sekarang dan para pekerja atas dedikasi dan semangat mereka untuk jenama kita.”
“Paling penting sekali, saya mahu ucapkan terima kasih kepada penyokong kita kerana menyaksikan kita setiap minggu dan menjadi pilihan hiburan kamu semua.”
“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada generasi peminat kita di seluruh dunia yang pernah suka, masih suka dan kadang kala menyukai sukan hiburan seperti kita.”
At 77, time for me to retire.
Thank you, WWE Universe.
Then. Now. Forever. Together. #WWE #thankful— Vince McMahon (@VinceMcMahon) July 22, 2022
“Penyokong global kita boleh merasa lega kerana WWE akan terus menghiburkan kamu dengan semangat sama, dedikasi dan keazamaan seperti biasa.”
McMahon jelas sekali antara individu paling berpengaruh dalam dunia gusti profesional dan beliau telah mengambil alih WWE dari ayahnya, Vince Mcmahon Sr pada tahun 1982 yang lalu.
WWE juga turut dianggap sebagai syarikat gusti profesional yang paling berjaya sejak 40 tahun kebelakangan ini dengan net worth McMahon dikatakan bernilai $2 billion.
Beliau berjaya menyingkirkan pesaing terdekat dari World Championship dan Extreme Championship Wrestling yang turut pernah menggegar dunia bola sepak pada era 90 an yang lalu.
Breaking: Vince McMahon announces he is retiring from WWE pic.twitter.com/sntJHRBK1b
— Bleacher Report (@BleacherReport) July 22, 2022
McMahon sudah sah bersara dari WWE namun beliau pada ketika ini masih lagi pemegang saham dalam syarikat tersebut.
Stephanie McMahon anak kepada Vince turut mengesahkan yang beliau bakal menjadi chairwoman baru dan akan turut menjadi co-CEO bersama Nick Khan.
“Saya sangat yakin untuk meneruskan kejayaan WWE, dan saya tinggalkan syarikat di tangan yang berkemampuan dan kumpulan bintang gusti yang sungguh dasyat, pekerja dan executives, terutama kedua-dua chairwoman dan Co-CEO Stephanie McMahon dan Co-CEO Nick Khan.”
“Sebagai sebahagian dari pemegang saham, saya akan terus menyokong WWE dengan apa cara sekalipun.”
“Ucapan terima kasih saya untuk semua komuniti dan rakan niaga, pemegang saham dan lembaga pengarah atas bimbingan dan sokongan selama ini. Dulu. Kini. Selamanya. Bersama.”
Stephanie McMahon and Nick Khan will serve as co-CEOs of WWE following Vince McMahon’s retirement. pic.twitter.com/gF74W3krmj
— B/R Wrestling (@BRWrestling) July 22, 2022
McMahon mengundurkan diri dari jawatan beliau sebagai chairman dan CEO WWE pada Jun lalu memandangkan beliau sedang berada dalam penyiasatan.
Beliau dikatakan telah membayar sejumlah duit yang banyak kepada bekas pekerjanya kerana mahu menyembunyikan hubungan sulit beliau.
Berita Vince McMahon mengumumkan persaraan beliau dari terus mengemudi WWE sebenarnya dianggap berita yang paling menggembirakan para peminat.
Bahkan, para peminat sememangnya sudah lama berharap agar Vince Mcmahon bersara dari WWE dan mengangkat Triple H sebagai CEO baru.
Idea McMahon dikatakan sangat lapuk dan sudah tidak relevan lagi untuk dunia gusti profesional hari ini.
🚨 OFICIAL 🚨
Vince McMahon se retira oficialmente.
Se acabó. Vince me marcha de WWE y se jubila. Es la noticia más importante de la historia del wrestling. Esto es un antes y un después. pic.twitter.com/N9q4GXeJ0p
— 𝘛𝘶𝘳𝘯𝘏𝘦𝘦𝘭𝘞𝘳𝘦𝘴𝘵𝘭𝘪𝘯𝘨 (@TurnHeelWres) July 22, 2022
Jalan cerita yang beliau hasilkan juga sebenarnya sangat membosankan dan kerana itulah ramai yang berharap agar beliau segera meninggalkan WWE.
Memandangkan Vince McMahon sudah tiada, jelas sekali para peminat sangat berharap agar WWE akan semakin menarik untuk disaksikan.
Ketika ini masih tiada berita yang mengaitkan Triple bakal mengambil alih WWE, namun satu hal yang pasti para peminat berharap agar beliau akan dilantik sebagai pengganti kekal Vince McMahon.
Sumber: SPORTbibble