Wahbi Khazri Jaring Gol Paling Jauh Dalam Sejarah Ligue 1

Bekas pemain tengah Sunderland, Wahbi Khazri telah mencipta sejarah yang tersendiri apabila telah menjaringkan gol yang paling jauh dalam sejarah Ligue 1 yang dikenali sebagai liga petani.

Wahbi Khazri telah menjaringkan gol yang sangat menakjubkan lagi luar biasa dari kawasan sendiri untuk Saint-Etienne menentang Metz di liga Perancis itu.

Metz mendahului Saint-Etienne seawal minit ke-9 hasil jaringan Farid Boulaya dalam perlawanan yang berlangsung di Stade Saint-Symphorien.

Namun gol pendahuluan Metz itu tidak kekal lama.

Pada minit ke-16 Wahbi Khazri telah menjaringkan gol penyamaan dan gol tersebut bukan biasa-biasa tetapi dari jarak yang sejauh 68 meter atau 75 ela.

Wahbi Khazri yang merupakan pemain dari Tunisia telah mengambil bola dari bawah dan membawa bola ke atas tanpa sebarang tekanan dari pemain lawan.

Dengan hanya seorang sahaja rakan di depan bersama dengan tujuh pemain Metz, Whabi Khazri tidak mempunyai banyak pilihan selain menghantar bola kepada rakan disebelah kiri atau kanan.

Namun Wahbi Khazri telah mengesan sesuatu dan menyedari bahawa penjaga gol Metz, Alexandre Oukidja berada agak jauh dari garisan gol dan cita-cita setinggi gunung terus menerpa.

Wahbi Khazri bukan sahaja mempunyai visi yang tajam malah telah melakukan satu percubaan jarak jauh dengan sangat sempurna dan menakjubkan serta secukup rasa.

Bola percubaan Wahbi Khazri terus melambung tinggi dan penjaga gol Metz, Alexandre Oukidja menyedari apa yang dilakukan oleh Wahbi Khazri.

Alexandre Oukidja kelam kabut cuba kembali ke gawang yang ditinggalkan namun sudah terlewat bola bertaraf dunia Wahbi Khazri terus menerjah jaring.

Jika diperhatikan gol sebegini pasti kita akan teringat gol yang pernah dijaringkan oleh Wayne Rooney dan juga David Beckham.

Gol dari Wahbi Khazri ini layak untuk dicalonkan untuk anugerah Puskas dan tiada keraguan lagi jika boleh menjadi gol terbaik di Ligue 1 bagi musim ini.

Jaringan dari jarak 68 meter ini telah menjadi gol paling jauh dalam sejarah Ligue 1.

Mengikut data statistik dari Opta gol Wahbi Khazri dari jarak 68 meter menentang Metz merupakan gol paling jauh di Ligue 1 sejak Opta mula mengumpul data bermula musim 2006/07.

Jika berdasarkan data Opta maka inilah gol paling jauh dalam Ligue 1 dan tidak mungkin Ligue 1 tidak mengumpul rekod jaringan seperti ini jika pernah dijaringkan sebelum musim 2006/07.

Wahbi Khazri memulakan kariernya bersama Bastia ketika mereka berada di liga bawahan bola sepak Perancis sebelum menjaringkan 34 gol.

Dia kemudiannya menyertai Bordeaux sebelum beraksi dalam Liga Perdana bersama Sunderland dan sempat bermain sebanyak 42 perlawanan.

Wahbi Khazri telah bersama Saint-Etienne sejak tahun 2018 dan menikmati musim terbaiknya apabila dia menjaringkan 13 gol ketika pasukan itu menduduki tempat keempat dalam kempen sulungnya.

Wayne Rooney ketika beraksi bersama DC United di Major League Soccer (MLS) telah menjaringkan gol dari kawasan sendiri hasil dari serangan balas. Jauh bangat. Nampak sangat tiru gol puskas Herold Goulon.

Serangan pasukan Orlando berjaya dipatahkan dan bola dikeluarkan dari kotak penalti dan menemui Rooney.

Melihat posisi penjaga gol Orlando, Brian Rowe yang mabuk ketum keluar dari kawasan Rooney terus melakukan tendangan jarak jauh.

Bola melambung jauh melepasi jangkauan Rowe yang hanya mampu melihat bola itu menjunam ke gawang.

Gol itu merupakan gol tunggal perlawanan menyaksikan DC United mengutip 3 mata penuh.

Rooney pernah menjaringkan gol seperti ini ketika bersama Everton dan Manchester United.

BACA:  Kisah Juara Champions League Penuh Skandal Dan Paling Kontroversi Di Dalam Sejarah Pertandingan