Walaupun Rasa Geli Dan Jijik Nak Sebut, Tetapi Haaland Terpaksa Sebut Manchester United

Erling Haaland telah diumumkan sebagai pemain Manchester City pada hari Ahad — dan segera menyasarkan musuh ketat mereka Manchester United.

Lebih menggelikan hati, Haaland menyatakan dia sebenarnya agak leceh nak menyebut nama Manchester United dari mulutnya. Tapi nak buat macamana, orang dah tanya, kelab mana dia sudah tak sabar nak rembat. Kelab itu adalah Manchester United.

Peminat City gembira kerana jelas sekali Haaland sudah menunjukkan jiwa ke-siti-annya dengan membenci Manchester United secara terang terangan.

Pemain berusia 21 tahun itu menyertai kelab Manchester City dari Borussia Dortmund dalam perjanjian €60 juta bulan lalu. Dia merupakan salah seorang daripada empat pemain musim panas diumumkan kepada ratusan peminat yang berkumpul di luar Stadium Etihad.

Dan apabila ditanya pasukan mana yang paling dia sudah tak sabar menanti untuk menentangnya, Haaland menjawab: “Saya tidak mahu nak sebut perkataan itu, tetapi … Manchester United.”

Tak baik tau, jangan sampai diorang boikot game kau macam diorang boikot game Liverpool dulu. Keluar awal dari Stadium Haaland oi.

Haaland dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford pada satu ketika dulu. Dan bersepah video koleksi welcom to old Trafford untuk Erling Haaland.

Tetapi bapanya, Alf-Inge, bermain untuk City pada awal 2000-an dan dia mengakui memiliki baju-T Sergio Aguero, mendakwa penjaring gol terbanyak kelab itu adalah seorang idola baginya.

Ketika menjelaskan mengapa dia memilih untuk menyertai City, penyerang Norway itu mengimbas kembali pengalaman bersama Dortmund menentang pasukan Pep Guardiola pada suku akhir Liga Juara-Juara tahun lalu.

“Anda melihat sesuatu di TV dan apabila anda benar-benar bertemu ia adalah berbeza sama sekali,” katanya.

“Saya mendapat perasaan itu. Tiba-tiba saya tidak menyentuh bola selama 25 minit dalam permainan. Saya seperti, ‘Tolong, [Ilkay] Gundogan, berhentilah bermain tiki-taka sepanjang masa.'”

“Ia adalah tahap yang berbeza, saya perlu katakan. Bagaimana pendekatan permainan mereka, cara mereka bermain, bagaimana mereka mencipta peluang. Itulah yang saya mahu menjadi sebahagian daripadanya.”

“Akhirnya, saya hanya ada perasaan di dalam diri saya. Perasaan, cara mereka bermain, segala-galanya, saya hanya mempunyai perasaan untuk Manchester City.”

Haaland mengurangkan tekanan kepadanya untuk membantu City mengekalkan mahkota Liga Perdana atau tekanan mahu menamatkan penantian mereka untuk trofi Liga Juara-Juara Eropah sulung kelab mereka.

“Dengan saya sebagai penyerang, saya mahu berseronok. Apabila saya seronok, saya menjaringkan gol. Saya tersenyum, saya seronok bermain bola sepak dan segala-galanya. Pada akhirnya saya hanya berharap untuk banyak tersenyum,” katanya.

“Ia adalah satu cabaran besar, sebuah negara baharu, liga baharu, jurulatih baharu, segala-galanya baharu. Tetapi saya tahu bagaimana ia datang ke kelab baharu. Saya telah melakukannya beberapa kali sebelum ini. Jadi saya benar-benar sudah tak sabar berada di sana.”

Haaland diumumkan bersama Julian Alvarez, Stefan Ortega Moreno dan Kalvin Phillips, walaupun Phillips tidak dapat menghadiri acara itu secara peribadi kerana sakit.

Alvarez, pembelian €17 juta daripada River Plate, menggariskan hasratnya untuk mengikuti legenda terdahulu dari negaranya — termasuk Aguero, Pablo Zabaleta, Carlos Tevez dan Nicolas Otamendi.

“Manchester City mempunyai banyak sejarah dengan pemain Argentina sebelum saya datang ke sini untuk mencipta sejarah saya sendiri, untuk mencapai kemuncak dan meneruskan laluan saya sendiri,” kata Alvarez.

“Bermain banyak dan menyumbang untuk pasukan dengan gaya permainan saya, saya mahu memenangi trofi, saya mahu memenangi Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara Eropah dan semua trofi yang mungkin.”

Adakah Haaland dan rakan rakannya akan terus membirukan Manchester City? Sejak ditinggalkan Sir Alex Ferguson, Man United tak pernah menamatkan saingan liga di atas Man City. Namun satu satunya cara mereka masih mengklaim bandar Manchester milik mereka adalah dengan sejarah kelab yang unggul.

BACA:  Rangnick Dijanjikan Bonus £8 Juta Andai Bantu Kelab Dapatkan Pemain Ini