Wayne Rooney Belum Mahu Bersara

Kapten England, Wayne Rooney mengakui belum mahu bersara daripada pasukan kebangsaan dan akan terus menggalas tugas selaku ketua pasukan The Three Lions untuk mengharungi kempen pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 Russia selepas ini.

Skuad England pulang awal daripada kempen Euro 2016 selepas tewas 2-1 kepada pasukan kerdil, Iceland di Stadium Allianz Riviera dekat Nice pada peringkat 16 terbaik pagi tadi.

Rooney ketika ini ditugaskan sebagai pemain tengah serangan iaitu posisi baharunya di bawah kendalian Roy Hodgson. Kekalahan itu dianggap paling memalukan dalam sejarah bola sepak England.

Rooney mengakui dia akan berjuang mendapatkan tempat dalam pasukan Three Lions yang bakal melantik pengurus baharunya menjelang pertemuan pertama pusingan kelayakan menentang Slovakia pada 4 September depan bagi memulakan kempen England ke Piala Dunia 2018 di Russia.

Mengulas mengenai persaraan Hodgson, Rooney mengakui sumbangan pengurus itu wajar dihargai kerana memberi peluang kepada pembangunan bola sepak England terus menyinar.

“Kita tidak boleh melupakan jasanya membawa masuk ramai pemain muda dalam pasukan kebangsaan dan saya rasa masa depan amat cerah buat pasukan kita.

“Malangnya ia tidak menjadi kali ini tetap harapnya nasib berubah pada masa depan meskipun sukar memperkatakannya dan melihat perubahan ketika ini, saya rasa Roy adalah pengurus yang baik, kalangan pemain dan saya akan selalu mengingatinya,” kata Rooney. – Agensi

Sumber : Berita Harian

BACA:  Rooney : Hanya Satu Kesilapan Klopp, Menjadi Pengurus Liverpool