Wayne Rooney Berada Dalam Senarai Calon Pengganti Steve Bruce

Wayne Rooney telah disenaraikan dalam senarai pendek untuk menggantikan Steve Bruce sebagai pengurus Newcastle United.

SPORTbible mendedahkan yang mereka telah mengesahkan hal tersebut dari sumber paling dipercayai kelab, dan dari Wayne Rooney sendiri tentang hal tersebut.

Yang mana bekas pemain penyerang Manchester United itu ketika ini sudah diberitahu yang beliau merupakan antara calon kegemaran untuk menggantikan Steve Bruce di St James Park.

Pengurus berusia 35 tahun itu pada ketika ini sedang menguruskan kelab Championship, Derby County dan beliau juga sangat berminat untuk menerima tawaran tersebut.

Masa depan Rooney di Pride Park juga terus menjadi topik perbualan hangat, selepas pihak pimpinan kelab sendiri sepertinya mahu melepaskan beliau.

Derby telah menghantar permohonan rayuan secara rasmi selepas mereka menerima hukuman penolakkan 12 mata pada bulan lalu.

Namun ia berakhir dengan kegagalan dan dengan kedudukan mereka yang tiga mata sahaja terselamat dari zon penyingkiran, sukar untuk Derby diselamatkan.

The Rams hanya mampu mendapatkan satu mata sahaja selepas mencatatkan keputusan seri 0-0 bertemu Preston pada hujung minggu lalu.

Berkait tawaran sebagai pengurus Newcastle, Rooney kini menyertai nama seperti Roberto Martinez, Steven Gerrard dan Unai Emery sebagai calon pengurus yang akan menggantikan Steve Bruce.

Sebelum aksi pertemuan bertemu Spurs, sudah banyak rumours yang mengatakan bahawa ia akan menjadi perlawanan terakhir Steve Bruce untuk mengurus Newcastle.

Bahkan, ketika aksi perlawanan bertemu Tottenham di St James Park, segelintir penyokong Newcastle tidak henti-henti bersorak meminta pihak kelab memecat Steve Bruce.

The Magpies menderita kekalahan 3-2 di tangan Tottenham Hotspur dan lebih teruk lagi kekalahan itu disaksikan sendiri oleh pemilik baru kelab.

Gol jaringan Tanguy Ndombele, Harry Kane dan Son Heung Min mengesahkan kemenangan untuk skuad kendalian Nuno Espirito Santo.

Selepas wisel penamat dibunyikan, Bruce yang meraikan perlawanan ke-1000 beliau sebagai pengurus, mengakui yang beliau sendiri tidak yakin dengan masa depannya di St James Park.

“Saya akan tunggu sehingga mereka nampak lebih cergas dan kita akan lihat apa yang akan mereka kata.”

Jelas Bruce.

“Kamu patut tanya orang lain tentang itu.”

Amanda Staveley yang menjadi individu terpenting sebalik pengambilalihan Newcastle turut menjelaskan tentang perancangan kelab di bawah pemilik baru.

“Ini merupakan pelaburan jangka masa panjang. Kami sangat teruja tentang prospek masa hadapan Newcastle.”

Jelas Amanda Staveley.

“Kami berhasrat untuk menerapkan philosophy bersatu di sini, mengukuhkan matlamat yang jelas, dan membantu menjadi pemimpin yang akan memimpin Newcastle United mendapatkan kejayaan lebih besar di masa hadapan.”

“Cita-cita kami selari dengan keinginan peminat, untuk mencipta kejayaan yang konsisten dan akan selalu bertanding merebut kejuaraan utama dan menjadi kebanggaan seluruh dunia.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Van Gaal Membalas Kritikan Media Terhadap Rooney Atas Prestasi Hambar Sebagai Penyerang