Wayne Rooney Nafi Pemain Menentang Hodgson

CHANTILLY (Parancis): Kapten England, Wayne Rooney menafikan laporan pemain senior mempersoalkan pemilihan pemain yang dibuat Roy Hodgson sebelum mereka dimalukan Iceland 2-1 pada aksi pusingan kalah mati, awal pagi semalam.

“Bagi membalas laporan media, saya mengesahkan laporan terbabit adalah tidak benar,” kata Rooney menerusi kenyataan yang dikeluarkan kepada Press Association (AP).

“Saya mewakili pemain menyokong keputusan yang dibuat pengendali England, namun kami memahami sebab dia meletakkan jawatan.

Kami meletakkan sepenuh kepercayaan kepadanya sepanjang kejohanan ini.”

Kenyataan Rooney itu dibuat susulan laporan media British yang mendakwa pemain senior terkejut dengan formasi yang dirancang oleh Hodgson pada kejohanan terbabit, termasuk beberapa pemilihan pemain.

Hodgson mengesahkan dia tidak lagi memikul tanggungjawab selaku pengurus England selepas mereka tewas di tangan Iceland, sekali gus menyaksikan mereka tersingkir daripada Euro 2016. – AFP

Sumber : Berita Harian

BACA:  Rooney Melabel Segala Kritikan Diterima Sebagai Sampah