Wenger: Aubameyang Ke Arsenal Tidak Akan Berlaku

Penyerang Borussia Dortmund, Pierre Emerick Aubameyang sekali lagi dikaitkan dengan perpindahan ke England untuk menyertai Arsena, tetapi Arsene Wenger menegaskan pemain ini tidak akan menyertai pasukannya.

Wenger memberitahu beliau tidak mempunyai sebarang minat untuk membawa masuk pemain ini ke Emirates dalam tirai perpindahan yang kembali dibuka bulan ini.

Tak minat. Next

Penyerang antarabangsa Gabon ini telah lama dikaitkan dengan perpindahan ke England, dengan kelab seperti Chelsea dan Liverpool dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Everton yang kini dibimbing Sam Allardyce antara kelab terbaru yang sedang mempertimbangkan Aubameyang, dengan Everton kini sedang mencari penyerang berbisa untuk mengatasi masalah pasukan yang ketandusan gol sekarang ini.

Wenger pula menegaskan beliau tidak akan menyertai sebarang perlumbaan untuk mendapatkan Aubameyang. Pemain ini telah menjaringkan 21 gol setakat musim ini walaupun pernah digantung kelab kerana melanggar peraturan yang ditetapkan Dortmund.

Jilake Wenger. Ko tunggu

Apabila ditanya dalam sidang media mengenai berita yang mengaitkan Arsenal dengan Aubameyang, Wenger dipetik berkata:

“Tidak, tiada sebarang peluang ia akan berlaku.”

Walaupun mengelak dari berbicara mengenai pemain yang bakal dibawa masuk, Wenger lebih terbuka apabila ditanya mengenai pemain mana yang mungkin keluar dari Arsenal.

Pemain yang dilaporkan bakal dilepaskan Wenger adalah pemain paling lama berkhidmat dengan Arsenal ketika ini iaitu Theo Walcott.

Pemain berusia 28 tahun ini gagal mendapat tempat dalam pasukan utama musim ini dan hanya bermain dalam saingan Piala Carabao dan Europa League. Kedua-dua pertandingan tersebut tidak diberikan tumpuan oleh Wenger dengan pengurus ini sering menurunkan barisan simpanannya untuk pertandingan tersebut.

Pemain macam Walcott mahu disimpannya. Memang x kemana la Arsenal musim ini

Pemain antarabangsa England ini belum lagi diturunkan dalam kesebelasan utama untuk mana-mana perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini. Walaupun bukan lagi dianggap pemain utama Arsenal, Wenger menegaskan beliau mahu Walcott terus kekal di Emirates kerana pemain ini termasuk dalam perancangan beliau.

“Saya mahu beliau [Walcott] kekal bersama Arsenal. Saya ada terbaca mengenai minat Southampton terhadap Walcott tetapi saya mahu beliau kekal.”

Walcott sudah membuat 395 penampilan dan berjaya menjaringkan 108 gol setakat ini bersama Arsenal. Beliau adalah produk akademi Southampton dan menyertai Arsenal pada tahun 2006 ketika masih lagi berusia 16 tahun.

BACA:  Rangkuman Aksi Ramsdale Bertemu Leicester Bukti Beliau Antara Penjaga Gol Paling Berprestasi