Wenger Risau Mkhitaryan Terkeluar Dari Pasukan Sehingga Penghujung Musim

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menjangkakan Henrikh Mkhitaryan tidak akan dapat bermain selama beberapa minggu selepas mengalami kecederaan ligamen di lutut kirinya.

Pemain antarabangsa Armenia itu terpaksa diusung keluar ketika Arsenal mencatatkan kemenangan selesa 4-1 ke atas CSKA  Moscow awal pagi Jumaat dalam perlawanan pertama suku akhir Europa League.

Berita buruk buat peminat Arsenal disaat prestasi pasukan bertambah baik kebelakangan ini

Mkhitaryan akan menjalani pemeriksaan lebih lanjut pada hari ini bagi mengetahui tahap kecederaan beliau dan Wenger mengesahkan pemain tersebut tidak akan dapat diturunkan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Southampton hujung minggu ini.

Ketika bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Wenger telah ditanya adakah Mkhitaryan tidak akan dapat bermain selama beberapa minggu.

“Ya, itu yang saya takutkan. Tetapi saya berharap dugaan saya salah.”

Ospina senasib. 3 minggu tak dapat bermain

Penjaga gol kedua Arsenal, David Ospina turut mengalami kecederaan yang menyebabkan beliau tidak akan dapat bermain selama 3 minggu. Wenger turut mengesahkan pemain muda, Ainsley Maitland-Niles juga tidak akan dapat bermain menentang Southampton.

Dalam perlawanan awal pagi tadi, Alexander Lacazette dan Aaron Ramsey masing-masing menjaringkan dua gol bagi memberikan bekalan yang selesa buat The Gunnners untuk dibawa ke Russia minggu hadapan.

Lacazette yang baru sahaja sembuh dari kecederaan yang dialaminya dua bulan lepas bermain cukup baik dalam perlawanan tersebut. Kini Wenger mempunyai masalah sama ada untuk kembali meletakkan Pierre Emerick-Aubameyang sebagai penyerang utama untuk perlawanan seterusnya ataupon membiarkan kedua-dua penyerang ini bermain bersama di bahagian serangan pasukan.

Lacazette kembali dari kecederaan dengan mempamerkan prestasi yang terbaik

Penyerang antarabangsa Perancis ini dibawa masuk pada jendela perpindahan musim panas lalu dari Lyon dalam perjanjian bernilai hampir £50juta. Beliau hanya mampu menjaringkan 3 gol dalam 4 bulan pertamanya bersama Arsenal, tetapi Wenger percaya terdapat ruang dalam Arsenal untuk Lacazette dan Aubameyang bermain bersama.

“Bagi Aubameyang, saya tahu beliau boleh beraksi di bahagian kiri. Beliau beraksi di posisi tersebut pada awal kariernya.”

“Sudah tentu kedua-dua pemain ini mampu bermain bersama dengan Lacazette berada di tengah dan Aubameyang di bahagian kiri. Ataupon Aubameyang di depan dan Lacazette bermain di belakangnya. Ia salah satu pilihan buat kami.”

Peminat Arsenal amat berharap Lacazette dan Aubameyang akan diturunkan bermain bersama. Bukan Danny Welbeck
BACA:  Aubameyang Dilabel Badut Dan Bodoh Kerana Tampil Dalam Video Promosi Chelsea vs Arsenal