Werner Terkedu Ketika Wartawan Perkenalkannya Sebagai Penjaga Gol

Seorang wartawan di acara Austrian Grand Prix telah memperkenalkan bintang Chelsea dan Jerman, Timo Werner sebagai seorang penjaga gol ketika sedang bersiaran langsung.

Werner yang mendengar dirinya dipanggil sebagai seorang penjaga gol kaku dan suasana temu bual itu terus nampak janggal.

Pemain penyerang berusia 25 tahun itu menghabiskan masa hujung minggu beliau untuk pergi menonton perlumbaan F1 di Driver’s Championship di Styria.

Ketika acara tersebut berlangsung, beliau telah dipanggil oleh salah seorang penyampai Sky Sports, Natalie Pinkham, yang memulakan temu bual di The Red Bull Ring itu dengan menyatakan:

“Saya ada Timo Werner di sini. Penjaga Gol Chelsea dan Jerman. Apa khabar?”

Werner telah menunjukkan sikap terpujinya dengan mengabaikan kesalahan itu dan meneruskan saja temu bual tersebut seperti biasa.

“Saya sihat, terima kasih.”

Walaupun beliau nampak tenang dan tidak peduli dengan kesalahan itu, tapi peminat boleh rasa kekecewaan di sebalik topeng mukanya itu.

Pelbagai kesimpulan boleh dibuat dari kesalahan itu, boleh jadi Werner dianggap sebagai penjaga gol kerana kedunguan beliau yang selalu mempersia-siakan peluang keemasan.

Boleh jadi juga kerana sering melihat Werner mengeluarkan bola dari kawasan bahaya pihak lawan, maka wanita itu menganggap bintang Jerman itu merupakan seorang penjaga gol.

Reaksi Werner setiap kali terlepas peluang keemasan

Pelbagai andaian yang boleh dilakukan dari satu kesalahan kecil itu, namun mujur saja Werner tetap tenang dan tidak ambil kisah tentang kesalahan tersebut.

Walau bagaimanapun, peminat di media sosial tidak akan membiarkan kesalahan itu sekadar berlalu pergi, ramai yang membincangkan isu itu dan ramai juga yang bersimpati dengan nasib Werner.

“Wei dia kenalkan Werner sebagai penjaga gol, adakah dia peminat Chelsea? Mustahil wartawan Sky Sports tak kenal dengan pemain berprofil tinggi seperti Werner.”

“Kalau dia tersilap panggil pemain pertahanan sebagai penjaga gol boleh diterima lagi, ini penyerang, tambahan pula Werner ada sejarah selalu terlepas peluang, atau wartawan tu memang sengaja menganjing dia?”

“Suasana di situ tetap nampak janggal walau Werner meneruskan temu bual itu dan tidak membetulkan kesalahan fatal dari wartawan tersebut.”

“Saya sedih memikirkan Werner dihina, tapi saya lagi sedih bila saya sedar Werner turut terlepas maksud sebalik soalan dari wartawan itu. Dia bukan hanya lepaskan peluang saja, bahkan orang salah sebut pasal dia di depan muka dia pun dia boleh terlepas.”

Tidak lama selepas temu bual tersebut, wartawan Sky Sports, Natalie Pinkham kemudiannya bergurau di media sosial dengan memuat naik status yang mengesahkan Werner secara rasmi sudah bertukar posisi dari penyerang ke penjaga gol.

Berbicara soal masa depan Werner di Stamford Bridge, beliau ketika ini sedang dipantau oleh pengurus Real Madrid, Carlo Ancelloti yang berminat untuk membawa penyerang Jerman itu ke Santiago Bernabeu.

Menurut laporan dari media Sepanyol, Ancelloti sememangnya berminat untuk mendapatkan Werner dan beliau mahu menandatangani bintang Chelsea itu pada musim panas ini.

Werner melalui pelbagai suka dan duka sejak beliau mula menyertai Chelsea dari RB Leipzig dengan yuran perpindahan bernilai £47.5 juta.

Beliau awalnya sukar untuk memberikan impak ketika beraksi di bawah kendalian Frank Lampard dengan hanya mampu menjaringkan dua gol sahaja dari enam penampilan awal dalam saingan liga.

Namun beliau sepertinya sedikit cemerlang di pentas saingan Eropah selepas berjaya menjaringkan gol bertemu Rennes, FK Krasnodar dan Real Madrid ketika membantu Chelsea menjuarai saingan Champions League.

Bintang berusia 25 tahun itu akhirnya berjaya menjaringkan 12 gol dari 40 penampilan untuk The Blues pada musim lalu, dengan beliau menunjukkan peningkatan yang mendadak sejak bermain di bawah kendalian Thomas Tuchel.

Terdapat laporan terbaru yang menyatakan bahawa Werner mungkin lebih sesuai untuk bermain di bawah kendalian Carlo Ancelloti yang baru sahaja dilantik menjadi pengurus Real Madrid selepas perletakkan jawatan Zinedine Zidane.

Pengurus dari Itali itu mahu membina semula skuad Los Blancos menjelang bermulanya musim baharu nanti dan beliau juga turut telah menyenaraikan senarai pemain yang mahu ditandatangani.

Menurut laporan media dari Sepanyol, Fichajes, Ancelloti ketika ini sangat berminat untuk mendapatkan Timo Werner dan Houssem Aouar untuk digandingkan dengan Gareth Bale yang akan kembali sertai kelab musim panas ini.

Ancelloti dikatakan sangat berminat dengan gaya permainan Werner yang turut boleh bermain di posisi sayap dan bintang Jerman itu antara pemain yang paling masuk akal untuk mereka tandatangani pada ketika ini.

Dengan rekod hutang bernilai €901 juta, Real Madrid hanya mampu menawarkan Chelsea harga yang murah untuk mendapatkan Werner, dan tidak lebih dari nilai The Blues bayar kepada Leipzig yang bernilai £47.5 juta sebelum ini.

Sumber: SB

BACA:  Akhirnya Romelu Lukaku Kembali Ke Chelsea Untuk Selesaikan Masalah Timo Werner