(WHO) Menggesa Semua Saingan Bola Sepak Dibatalkan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dilaporkan meminta agar semua saingan bola sepak seluruh dunia ditangguhkan hingga akhir musim depan – 2020/2021.

Dipercayai bahawa WHO ingin menerapkan langkah paling selamat untuk memastikan tidak ada gelombang Covid-19 yang seterusnya.

Media penerbitan dari Itali, La Repubblica, telah menyatakan bahawa organisasi itu membincangkan idea tersebut semasa persidangan bersama UEFA baru-baru ini.

Namun UEFA telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa WHO tidak pernah mengeluarkan idea tersebut.

“Ini tidak betul. WHO tidak pernah mencadagkan agar saingan bola sepak tidak boleh diteruskan hingga 2021.”

Menurut UEFA sekiranya kesemua saingan bola sepak dibatalkan, sebilangan kelab akan mengalami masalah krisis kewangan yang teruk.

Sumber utama mereka ketika hari perlawanan akan terjejas maka hal itu akan memberi impak kepada ekonomi kelab.

Pelbagai langkah awal telah diambil demi untuk menyelamatkan kelab dari terkesan dengan impak dari penularan wabak ini, antaranya adalah pemotongan gaji pemain.

Arsenal merupakan salah satu pasukan dari Premier League yang mahu mengamalkan sistem ini, tetapi tiga pemain utama mereka telah menolak cadangan tersebut.

Pemain midfield mereka, Mesut Ozil antara pemain yang menolak cadangan itu. Beliau mahu melihat laporan penuh kewangan kelab yang terkesan dengan wabak Covid-19 ini sebelum membuat keputusan.

Pemain berusia 31 tahun turut menghormati keputusan pemain lain yang bersetuju dengan cadangan itu dan beliau meminta agar keputusannya juga boleh dihormati.

Pemenang Piala Dunia, Mesut Ozil juga dipercayai bersedia untuk menerima pemotongan gaji yang lebih tinggi daripada 12.5% yang telah dipersetujui sebelum ini.

Sementara itu, Barcelona pula kini dilaporkan mahu menjual hak cipta nama Nou Camp buat pertama kalinya dalam usaha membiayai Kos penyelidikan Covid-19.

Gergasi Catalan itu telah beraksi di stadium keramat mereka sejak dari tahun 1957 dan mereka tidak pernah mendapatkan penaja untuk itu.

Sehingga kini masih belum ada keputusan rasmi berkenaan status penyambungan semula saingan liga bola sepak di Eropah.

Jika diikutkan kepada perancangan dari UEFA, mereka tetap berpendirian mahu menghabiskan juga kesemua saingan liga musim ini demi untuk menyelamatkan kelab dari terkesan dengan krisis ekonomi.

BACA:  Mourinho Ambil Tindakan Nekad Tinggalkan Badan UEFA