Wilshere Sedia Bermain Di Luar England Selepas Tolak Tawaran Kontrak Dari Arsenal

Pemain tengah England, Jack Wilshere merupakan salah satu pemain yang meninggalkan Arsenal berikutan tindakan pemain tersebut yang menolak tawaran lanjutan kontrak dari Arsenal.

Pemain berusia 26 tahun itu mengesahkan berita tersebut seminggu yang lalu dan Wilshere akan meninggalkan kelab yang beliau sertai sejak tahun 2001. Selain Wilshere, terdapat juga beberapa pemain utama seperti Per Mertesacker dan Santi Cazorla meninggalkan Arsenal.

Wilshere meninggalkan kelab yang telah membesarkan beliau sejak berumur 10 tahun

Walau bagaimanapun, Mertesacker masih lagi akan bersama Arsenal selepas ini dimana beliau akan bertindak selaku Ketua Akademi Arsenal yang baru.

Ini bukan kali pertama Wilshere bermain untuk kelab selain dari Arsenal. Pada tahun 2010, ketika beliau sedang berusaha untuk memasuki pasukan utama Arsenal, Wilshere telah dipinjamkan kepada Bolton Wanderers secara pinjaman selama setengah musim. Beliau juga pernah dipinjamkan kepada AFC Bournemouth untuk musim 2016/2017 untuk mendapatkan waktu permainan yang lebih banyak.

Ketika bercakap kepada Sky Sports selepas membintangi filem ‘A League of Your Own’, Wilshere berkata beliau bersedia untuk bermain di liga luar untuk mencari angin baru.

“Saya bersedia untuk bermain di luar negara jika saya mendapat tawaran yang tepat. Tetapi, semua orang tahu saya sukakan Liga Perdana Inggeris dan pertarungan dalam setiap perlawanan di sini.”

Wilshere enggan melanjutkan kontraknya di Arsenal kerana beliau bukan lagi pemain utama dalam skuad

“Saya akan mengambil tawaran dan peluang terbaik yang saya terima. Saya tidak tergesa-gesa untuk membuat keputusan kerana hari ini [Sabtu] merupakan hari terakhir saya sebagai pemain Arsenal. Ia hari yang agak janggal buat saya.”

“Saya telah bermain untuk Arsenal selama 10 tahun sebagai pemain profesional dan telah bersama kelab tersebut selama 17 tahun. Saya sedang menilai segala tawaran yang tiba dan saya sedang memastikan diri berada dalam keadaan yang cergas. Jika ada tawaran yang tiba, saya bersedia untuk pergi.”

Wilshere telah dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa buah kelab seperti Fenerbahce, yang dilihat sangat berminat untuk membawa pemain tersebut ke Turki. Terdapat juga laporan kelab Liga Perdana Inggeris seperti Fulham, Crystal Palace, West Ham, Everton dan Wolves turut berminat untuk melakukan perkara yang sama.

Adakah Bournemouth akan cuba membawa masuk kembali Wilshere ?

Walaupun sedar beliau akan menerima banyak tawaran selepas ini, Wilshere berkata beliau tidak tergesa-gesa untuk membuat keputusan mengenai kelab yang akan disertainya selepas ini.

“Ini merupakan peluang terbaik buat saya untuk berehat dan menilai kembali kehidupan saya dan apa yang saya mahu lakukan. Saya tidak akan terburu-buru untuk membuat keputusan.”

“Tirai perpindahan pemain akan ditutup awal Ogos, jadi saya masih mempunyai masa. Dengan Piala Dunia masih lagi berlangsung, banyak perkara akan berlaku selepas kejohanan tersebut berakhir.”

“Semua orang tahu bagaimana ‘Deadline Day’. Semua pasukan akan panik. Saya tidak meletakkan tarikh tutup mengenai perkara ini.”

BACA:  Piers Morgan Anggap Ronaldo 'Tuhan', Harus Datang Ke Arsenal Bergandingan Dengan Jesus