Zlatan dan Pogba Berada Dalam Skuad Manchester United Menentang Newcastle

Pemain Sweden yang angkuh tetapi disenangi ramai, Zlatan Ibrahimovic membuat kepulangan kembali ke skuad Manchester United bagi perlawanan Premier League menentang Newscastle United.

Perkara ini telah disahkan oleh pengurus Syaitan Merah, Jose Mourinho bahawa Atan kembali memperkuatkan skuad selepas tersisih sejak bulan April selepas mengalami kecederaan ACL menentang Anderlecht di saingan Europa League.

Selepas bercerai Zlatan dan Setan Merah telah rujuk kembali, kali ini Zlatan akan memakai jersi bernombor 10 selepas nombor 9 yang dipakai musim lalu telah diambil oleh Romelu Lukaku.

King is back!

Selepas lama menanti, peminat Setan Merah akhirnya berpeluang untuk menyaksikan kembali aksi Zlatan yang telah menjaringkan 28 gol pada musim pertamanya di dunia bola sepak Inggeris.

Selain Zlatan, Paul Pogba dan Marcos Rojo juga kembali disenaraikan dalam pasukan menentang Newcastle United. Dalam satu sidang media Mourinho telah berkata :

“Atan telah pulih sepenuhnya. Sekarang korang jangan sangka air yang tenang tiada buaya dan jangan berharap Atan sudah bersedia untuk bermain selama 90 minit atau sudah bersedia untuk bermain semua perlawanan seperti yang dilakukan sebelum ini.”

“Musim lepas kami menggunakan Atan hampir setiap saat hinggalah Atan cedera. Musim ini kami belajar untuk bermain tanpa Atan, namum Atan tetap pemain yang penting untuk kami.”

Rojo juga kembali.

“Sekarang Atan memerlukan masa untuk mendapatkan kembali prestasi, kecergasan, keyakinan, ketajaman dan segalanya ke tahap yang sebenar.”

Paul Pogba yang terlepas 12 perlawanan kerana kecederaan hamstring juga bakal beraksi disamping Marcos Rojo yang tersayang juga mengalami kecederaan ACL.

“Ketiga-tiga merekan telah disenaraikan untuk perlawanan. Rojo mengalami kecederaan yang teruk dan telah dibedah. Rojo telah bermain bersama pasukan simpanan minggu lalu dengan sangat baik dan yakin.”

“Paul bukanlah mengalami kecederaan yang memerlukan pembedahan tetapi cedera teruk juga la. Kini mereka bertiga telah kembali.”

Cuba teka kaler rambut aku minggu ni?

“Korang tengok sendiri la game Manchester United sebelum dan selepas Pogba cedera.”

Mourinho juga yakin Zlatan mampu bermain bersama Lukaku.

“Sangat mudah. Pemain yang bagus boleh bermain bersama. Senang untuk bermain bersama.”

Zlatan, Pogba dan Rojo telah disenaraikan dalam skuad namun tidak pasti bakal diturunkan atau tidak. Tengok jela nanti.

BACA:  Zlatan Tetap Sokong Mourinho Untuk Terus Kemudi Manchester United